Assalamualaikum...
Orang tua-tua kata, jika kita dizalimi oleh seseorang, hendaklah kita membaca doa Nabi Yunus, dan itulah yang menjadi amalan saya setiap selepas solat.. Apabila saya membacanya ketika hati saya gundah gulana atau dalam keadaan sedih, dengan bacaan doa tersebut dapat membuatkan hati saya tenang semula...
Siapa yang masih ingat lagi kisah Nabi Yunus A.S. ditelan seekor ikan Nun, kerana Nabi Yunus A.S. berputus asa dan berperasaan marah serta sedih untuk terus berdakwah pada kaumnya.. Semasa Nabi Yunus A.S. berada di dalam perut ikan tersebut, Nabi Yunus sedar akan kesalahannya kerana meninggalkan kaumnya dari terus berdakwah agama Allah dan setiap hari Nabi Yunus bertasbih kepada Allah SWT dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT...
Saya pernah mengalami kesusahan satu ketika dulu, dan tasbih inilah yang menjadi amalan saya setiap selepas solat dan jugak setiap doa yang saya bacakan.. Insha Allah ianya akan menjadi amalan saya hingga ke akhir hayat saya... Kalau awak semua berasa gundah gulana, bacalah doa ini, Insha Allah, awak akan tenang semula dan airmata yang keluar akan terhenti daripada mengalir.. Dan percayalah yang apa jua berlaku pada diri kita semuanya perancangan daripada Allah, sentiasalah bersangka baik dengan Allah, pasti Allah ada rancangan yang lebih baik buat kita, kerana Allah mengenali kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧