Rakan facebook saya telah meninggal dunia | Salam takziah

Monday, August 24, 2015



Assalamualaikum, selamat petang suma members..
Alhamdulillah, kita suma masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik, masih lagi diberi nafas untuk meneruskan kehidupan... Tapi pagi tadi saya dikejutkan dengan berita sahabat fesbuk saya yang telah kembali menemui Pencipta..walaupun kami hanya bersembang melalui fesbuk kerana tinggal berjauhan (Salak Tinggi - Singapura) tapi kami agak rapat jugak.. saya juga sering mengikuti suma post yang dia hantar, tapi sejak selepas bulan Ramadhan, arwah sudah tak post lagi di dalam fesbuk.. saya dan rakan-rakan yang lain tertanya-tanya ke mana hilangnya arwah tapi rupa-rupanya arwah sudah menghembus nafas terakhir pada petang semalam..


Al-Fatihah untuk allahyarhamah Nyonya Mansor...

 

1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧