Sumber gambar : Google Images |
Hari nie destinasi percutian seterusnya adalah di pantai Kelulut, daerah Marang. Lokasi nie terletak kira-kira 21km daripada bandar Kuala Terengganu. Kalu awak datang dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke sini, dengan syarat awak kena ikut laluan pantai dan bukannya melalui LPT 2..
Sumber gambar : Google Images |
Sumber gambar : Google Images |
Sumber gambar : Google Images |
Tempat nie memang sesuai untuk perkelahan tapi AWAS!!!! kat pantai nie tak boleh mandi manda, sama seperti kebanyakan pantai di Terengganu.
Masa saya kecik-kecik dulu, ummie dan abah selalu bawak kami adik beradik berkelah dan kebiasaannya kami pegi pada hari Jumaat pagi... Dengan makanan yang banyak, perkakas permainan pasir dan gugusan plastik untuk kutip cengkerang menjadi acara kami...
Sumber gambar : Google Images |
Masa dulu,cengkerang seperti nie banyak terdapat di pantai Kelulut, tapi sekarang nie dah kurang, sebab kebanyakannya dah pecah dipijak orang yang melalui pantai nie.. Dan itulah hobi saya di masa kecik, suka kumpul cengkerang sampaikan ummie saya mengamuk sebab sepahkan rumah (hihi nakalnya...)
Kat area pantai kelulut, terdapat banyak gerai-gerai jualan keropok dan hasil laut, dan tak lupa jugak makanan tradisional Terengganu iaitu satar ikan...
Sumber gambar : Google Images |
Ada jugak gerai yang menjual makanan lain seperti ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung..memang best sangat makan hasil laut nie ditambah pulak makan di tepi pantai yang berangin...perghhh sedapnya... (ahakss)
Sumber gambar : Google Images |
Dan satu lagi tarikan orang ke sini iaitu air nira atau lebih dikenali sebagai air tuak.. AIR TUAK??? hihi nama aje air tuak tapi ianya tak memabukkan pun...Dulu masa di zaman saya kecik-kecik memang orang tempatan panggil air nie sebagai air tuak.. Lepas tue, bila kami suma dah tau maksud sebenar nama air tuak sebagai air yang memabukkan, kami pun tukarkan nama asalnya semula iaitu air nira...
Air nira nie terhasil daripada pokok kelapa ataupun pokok nipah.. Rasanya masam+manis tapi kena minum cepat-cepat sebab kalu disimpan lama-lama ianya akan menjadi lebih masam dan tak sedap diminum..
Sumber gambar : Google Images |
Jika saya balik ke kampung, pantai ini dah jadi satu kewajipan pada kami berdua suami isteri untuk singgah makan dan berehat.. Hubby suka berehat di situ sebab katanya anginnya yang bersepoi-sepoi, nyaman katanya... hihihi
Kalau awak pergi holiday ke Kuala Terengganu, jangan lupa tau singgah di sini untuk melihat keindahan ciptaan Allah SWT...
akak belah mana ? sapa la dengan ira, ganu kite bohh ! :D
ReplyDeleteMek pernah singgah kelulut ni. Tapi time mek pergi memang makanan hmmmm skala 4 je. Klau bab scenary memang cntik :) Sebab dia ade batu batu yg cntik ntuk photoshoot :)
ReplyDeleteLama benar saya tak pergi pantai kelulut. Last pergi sana tahun 2004
ReplyDeleteHari tu penah sekali je ana singgah di sini. InsyaAllah hujung Mac balik ganu boleh lagi singgah lagi.
ReplyDeleteSatar dan celup2 tepung tu memang best..
ReplyDeleteantara tarikan untuk ke Terengganu...
tapi air nira tu memang sha tak minum.. Kesukaan abah sha tu..
tiap kali ke tganu, takkan lupa singgah makan sotong celup tepung.
ReplyDeleteterbaik !!!
Pernah singgah juga ke sini
ReplyDelete