Salam petang suma... Entri kali nie saya nak berciter pasal lorong seni Kampung Cina, Kuala Terengganu.. Kampung Cina nie memang terkenal dengan bangunan-bangunan lama orang-orang Cina dan ianya berdekatan dengan Pasar Payang dan Bukit Puteri.
Kat situ jugaklah ada satu lorong yang diberi nama Lorong Haji Jamil, tempat di mananya ada rumah arwah habib (datuk) saya dan di situ jugaklah tempat bermain saya di masa kecil... Walaupun di kelilingi oleh orang-orang Cina tapi mereka tetap bersahabat baik dan tak pernah bersengketa dengan penduduk kaum yang lain... Lorong Haji Jamil juga didiami oleh penduduk Melayu dan India tapi kebanyakan orang Melayu kat situ sumanya ada pertalian darah dengan saya...
Part yang paling best adalah rumah arwah habib saya sentiasa dipenuhi orang kerana hanya selang 5 langkah saja daripada rumah, terdapat sebuah surau lama dan ahli2 surau adalah di kalangan kami sekeluarga..Kebanyakan pekerja Islam yang bekerja di kedai-kedai sekitar Kampung Cina, akan bersolat di situ... Dan apabila tiba hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, penduduk akan memenuhi surau untuk bersolat sunat hari raya... Dan jika pada hari raya Aidiladha, sewaktu kami hendak korbankan lembu, ramai penduduk menjadi pemerhati, terutama anak-anak Cina yang tak pernah melihat lembu dikorbankan, dan mereka tak pernah meminta daging korban tersebut kerana mereka tahu yang mereka tak boleh mengambil daging korban tersebut...
Kini Lorong Haji Jamil hanya tinggal pada nama sahaja kerana rumah-rumah yang didiami oleh penduduk asal sudah dirobohkan untuk pembangunan negeri... Tapi hanya Kampung Cina saja yang dikekalkan kerana terlalu banyak seni lama berada di situ dan ianya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara...
Part yang paling best adalah rumah arwah habib saya sentiasa dipenuhi orang kerana hanya selang 5 langkah saja daripada rumah, terdapat sebuah surau lama dan ahli2 surau adalah di kalangan kami sekeluarga..Kebanyakan pekerja Islam yang bekerja di kedai-kedai sekitar Kampung Cina, akan bersolat di situ... Dan apabila tiba hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, penduduk akan memenuhi surau untuk bersolat sunat hari raya... Dan jika pada hari raya Aidiladha, sewaktu kami hendak korbankan lembu, ramai penduduk menjadi pemerhati, terutama anak-anak Cina yang tak pernah melihat lembu dikorbankan, dan mereka tak pernah meminta daging korban tersebut kerana mereka tahu yang mereka tak boleh mengambil daging korban tersebut...
Kalu awak suma pergi ke Terengganu, sudikanlah singgah di situ yea...
Jaa nee..
Blh g nanti...sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDeleteSaya dah follow... :)
DeleteAssallammualaikum..
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
DeleteMemang nampak keseniannya pun...
ReplyDeleteSalam ukhuwah dari BUNDA...
Salam ukhuwah kepada Bunda jgak...trima kasih kerana sudi menjenguk ke sini...
Deleteada dalam list...nak pergi pulau2 kat ganu =)
ReplyDeleteSelamat bercuti ke pulau kat ganu, kalu awak pegi pada bulan Mei, tentu lagi seronok sebab masa tue adalah musim candat sotong...
DeleteLorong Cina ni pun ana dh pergi. Belah malam ada macam2 persembahan. Best sgt. Sambil jalan sambil shopping. Hehe
ReplyDelete