Nukilan petang

Friday, September 04, 2015


Assalamualaikum, 
Saya harap saya tidak double-post benda ni.. Info disahkan sahih..... Please take note suma pengguna jalanraya.. Sesiapa yang akan ke Putrajaya pada masa ini..

Berhati hati jika ada orang tua nak tumpang dekat lebuhraya Mex. Kejadian berlaku sewaktu saya berhenti dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke Putrajaya daripada Kuala Lumpur. Oleh kerana mengantuk saya berhenti rehat di RnR. Sewaktu berehat datang seorang tua yang berpakaian agak comot, lalu menegur saya..

“Anak nak ke mana?”.

Saya menjawab ringkas, "Putrajaya pakcik ".

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke presint 7."

Tanpa selidik dijawab oleh saya “Ehm… bolehlah”.

Lantas orang tua itu pun masuk & duduk di dalam kereta saya. Dalam hati saya berkata, “Hai, siapa pulak org tua nii, orang ka atau...” 

Seram jugak bila tengok pakcik tu membisu ja.

Saya pun meneruskan perjalanannya. Sebaik lebih kurang 2km menghampiri Putrajaya org tua tadi bertanya,

“Anak nak kaya tak?” 

Saya tersentak dan berkata dalam hati,

“Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi saya kaya pulak. Orang tua ni nak bagi saya nombor kot. Atau nak menguji saya”

Lalu saya pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”

Orang tua tu senyap semula. Jalanraya tatkala tu agak lengang.. Dalam hati saya berkata mungkin jawapan saya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Tak lama kemudian org tua tu tanya lagi, 

“Anak nak kaya tak?”

Saya pun memberi jawapan yang serupa seperti tadi, 

“Tak apalah pakcik, saya lebih suka hidup sederhana”.

Sampai di Presint 7, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata,

“Nak.. tu pakcik ada tinggalkan satu tin KAYA cap Bumiputera untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.. Roti ank beli sendiri ya.. Terima kasih, ya nak.” lalu org tua tu turun dari kereta.


Begitulah ceritanya ...... senyum selalu. Jangan stress sangat! hehehehe gotcha... !!!





2 comments

  1. owh...alhamdulillah ditinggalkan kaya..tidak mencederakan atau apa apakan..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧