-
Melaksanakan syariat Islam dengan bersungguh-sungguh, mendoakan kesejahteraan ahli keluarga dan dan berakhlak mulia. Kata-kata yang baik dan penghargaan menjadi amalan harian seisi keluarga
-
Memupuk dan mempamerkan kasih sayang tanpa syarat. Era telekomunikasi seharusnya memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk berkomunikasi dan menyatakan sayang. Kanak-kanak contohnya sangat gemar berbual melalui telefon. Pasangan yang agak pemalu juga lebih mudah menyatakan sayang melalui pesanan ringkas.
-
Sentiasa peka pada perasaan ahli keluarga dan bertanya tentang perasaan mereka,. Elakkan diri daripada membuat andaian seperti “ Kakak tentu gembira hari ini” tetapi tanyalah perasaan mereka seperti “Apa perasaan kakak hari ini?”
-
Memahami gender dan tahap umur ahli keluarga contohnya kanak-kanak, remaja dan warga tua. Ini akan membantu kita untuk sentiasa peka pada perubahan-perubahan yang dilalui oleh ahli keluarga dan menyatuni mereka secara hikmah.
-
Berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Masalah akan menjadi lebih kecil bila diceritakan kepada ahli keluarga yang menjadi pendengar yang baik, bersikap terbuka, memberi sokongan dan alternatif kepada permasalahan yang dihadapi. Galakkan anak-anak memberi pandangan dan meluahkan perasaan sejak kecil.
-
Mencintai ilmu dan sentiasa menimba ilmu dan berusaha untk kemajuan diri. Setiap ahli menyokong kepada kemajuan ahli yang lain dalam pelajaran, sukan, kerjaya dan dakwah.
-
Amalan berbincang, bermuhasabah dan tegur-menegur bantu membentuk peribadi mulia.
-
Lakukan aktiviti-aktiviti masa berkualiti bersama ahli keluarga seperti bercerita, bermanja, bergurau dan bermain bersama seperti bermain congkak dan carrom. Bersama-sama berinteraksi dengan alam ciptaan Allah SWT disekitar rumah dan kawasan kediaman. Galakkan ahli keluarga mempunyai hobi tersendiri. Aktiviti-aktiviti begini membantu menenang dan mendamaikan jiwa bagi menghadapi kehidupan hari ini yang serba cepat dan menekan.
-
Yang ringan sama dijinjing dan yang berat sama di junjung. Bantu membantu dalam urusan rumahtangga. Jadikan setiap ahli keluarga berfungsi supaya tidak ada pihak yang terbeban dengan kerja-kerja rumah.
In:
InFOrMaSi,
PelBagAi TiPs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
great
ReplyDelete