Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..
Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..
Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..
Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..
Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..
Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..
Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..
moga BERMANFAAT....
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun..
Wallahualam
- Keanggotaan bomba di Amerika Syarikat adalah seramai lebih kurang 30,542 orang anggota dan seramai 26,942 jumlah tersebut adalah dari sukarelawan atau separuh masa sahaja.
- Sekitar 1600an beberapa enjin jentera telah dicipta namun ianya tidak sesuai digunakan kerana cara kupling atau penyambungan yang tidak sempurna. Namun pada tahun 1690, John Lofting telah mencipta alat yang sesuai untuk memasang hos ke sumber air atau jentera. Ianya juga dipertingkatkan penghasilannya dengan ciptaan pereka seperti Richard Newsham dan hinggalah 1900 Merryweather dan anaknya telah mecipta satu enjin yang sesuai bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran.
- Penggunaan kuda untuk menarik jentera berenjin telah diperkenalkan pada 1832 di New York untuk menggantikan tenaga manusia sebelum itu. New York Mutual Hook And Ladder Company No. 1 adalah merupakan syarikat pertama yang menggunakan kuda sebagai penggerak untuk menarik enjin stim berjentera.
- Loceng kecemasan telah diperkenalkan dan digunakan seawal tahun 1068 bagi memberi peringatan kepada penduduk dan orang ramai tentang bahaya kebakaran yang berlaku. Ianya diperkenalkan oleh William the Conquer pada waktu itu.
- Penggunaan hos telah digunakan seawal tahun 400 sebelum Masihi sebagai satu alat bantuan pemadaman dan ianya diperbuat daripada gumpalan bulu-bulu kerbau besar/seladang sebagai punca air utama pemadaman sebelum pengenalan kepada bekas takungan yang lain.
- Tahun 1736 merupakan tahun pertama seorang sukarelawan telah diterima masuk dalam jabatan bomba bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran yang berlaku di Philadelphia, Amerika Syarikat.
- Pada tahun 1673,dua orang Belanda iaitu Jan Van Der Heiden dan anaknya telah mencipta hos yang sesuai dengan menggunakan kulit yang dijahit bersambung-sambung oleh tukang kasut.
- Akhirnya pada tahun 1803 sebuah kilang membuat hos telah dibuka untuk memenuhi keperluan penggunaan hos bagi kes-kes kebakaran. Philadelphia Hose Company telah dibukabagi tujuan ini. Kemudian diikuti kilang-kilang lain seperti American Fire Hose Manufacturing Company di Chelsea dan Massachusetts ("first seamless cottons fire produced for steam fire engine").
- Disebabkan ikatan penyambung antara kuda dan jentera agak merbahaya, popularitinya agak tenggelam sedikit sehinggalah Charles E Berry dari Jabatan Bomba Massachusetts pada tahun 1840an mencipta satu alat penyambung yang sesuai yang dipanggil hook harness menggantikan tali penyambung yang lama dan barulah penggunaan kuda ini kembali terkenal.
Assalamualaikum wbt..
Sori arinie saya tak dapat nak update entri banyak2 untuk hari nie sebab hari nie saya nak ambik halfday, adik saya dapat keluar wad hari nie, semalam adalah bermalam di sana yang terakhir dan saya perlu menghantar dia ke Puncak Alam..
Buat sementara waktu, dia akan berehat di sana hingga kakinya yang bengkak betul2 pulih seperti sediakala.. Yealah, kerjaya sebagai seorang guru akan membataskan pergerakan dia untuk berjalan di sana sini dengan kaki yang bengkak...
Alhamdulillah, dengan berkat doa awak suma, adik saya sudah hampir sembuh dan terima kasih kerana mendoakan dia... Moga2 Allah membalas jasa baik kalian di akhirat nanti, Insha Allah...
Okey, saya nak update entri terbaru dalam blog library pulak... Kalu awak suma ada masa, sudikanlah jenguk blog library saya yea,nie addressnya..
atau fanpage facebook library
Jaa nee..
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُُ
DOA PAGI HARI RABU
DOA PAGI HARI RABU
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِـــــــيمِ
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami.
Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..
Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.
Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.
lah hati kami pada`MU.
Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.
Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.
Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.
Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia)
adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang
diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen
menyebabkan hemoglobin
dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai
penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi
dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang
mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh
manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang
normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin
(Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan
manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan
mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin
sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel
tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan
hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal
berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal
berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah
iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai
kelebihan melawan penyakit Malaria.
Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
- Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
- Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Malaysia
Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau
masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia
kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah
pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap
kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)
Pesakit Talasemia
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
- Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
- Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
- Jaundis
- Tumbesaran terbantut
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
- Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
- Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
- Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
- Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik
dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah
tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia
memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna,
beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal
dunia di usia remaja.
Persatuan Talasemia Malaysia
Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit
talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir
(contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan
pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan
dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang
memudahkan kajian dan pembentukan polisi.
Assalamualaikum...
Minna-san, genki desu ka? camne hari nie? okey ke tak okey? sama macam semalam, saya keluar dari HKL pada jam 5.55 pagi dan sampai di tempat kerja pada jam 6.30pagi...
Pakaian yang sama saya pakai semalam tapi saya pergi dobi pakaian nie, jadi takdelah bau busuk dan saya tak kisah pun kalu sahabat saya perasan yang saya memakai baju semalam..
Insha Allah, berkemungkinan besar adik akan keluar wad hari nie, tapi kalu doktor belum bagi keluar sekalipun saya masih boleh menemani dia... Yealah, walaupun dia sudah bersuami tapi lelaki tak dibenarkan menemani wad orang perempuan, hanya waris perempuan saja yang dibenarkan menemani pesakit perempuan.. okeylah, sekurang-kurangnya terjaga aurat perempuan yang lain, kan.. Semalam saya berborak dengan pesakit sebelah katil adik, seorang makcik dalam lingkungan awal 70-an tapi nampak masih cergas dan muda.. Dia mengalami sakit lutut, bahagian belakang dan bahu, serta sikit diabetes...
Dia bercerita yang pagi tadi dia dimarahi oleh doktor wad sebab keadaan badan fizikal dia yang menyebabkan dia sakit..untuk pengetahuan makcik nie dalam kategori obes tapi biasalah orang tua, dan keadaan fizikal mereka tak sama dengan keadaan mereka 20 tahun dulu... yang membuatkan dia rasa sedih sangat2 adalah nad suara doktor yang nyaring memarahi dia hingga membuatkan dia berasa malu pada adik...
Kalu saya berada di situ, memang saya marah balik kat doktor tue, takde adab semasa bercakap dengan orang tua... Makcik tue obes bukannya sengaja dan takde siapa pun yang inginkan kesihatan mereka merosot..kalupun seseorang obes, sepatutnya doktor tersebut menasihatinya dengan lembut dan bukannya mengherdik, apatah lagi bila bercakap dengan orang yang lebih tua.. sebab hati dan perasaan orang tua lebih sensitif jika dibandingkan dengan hati perasaan orang yang muda..
Saya pasti akan berkata, apa perasaan doktor bila seseorang doktor memarahi ibunya sendiri, mengatakan sakit yang ibu tersebut adalah disebabkan obes... Adakah doktor tau sejarah kesihatan ibu tersebut dan mengapa dia obes?
Sebab tue ramai yang cakap kakitangan hospital kerajaan takde adab sopan bila bercakap dengan pesakit... Saya bukannya nak marah kepada semua kakitangan hospital tapi bila parasit2 kecil seperti inilah yang memburukkan nama baik kakitangan hospital lebih2 lagi hospital kerajaan..
Assalamualaikum,
Apakah yang dimaksudkan JATI DIRI?
JATI DIRI membawa maksud sifat atau ciri yang unik dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang dan bangsa. Untuk menjadi satu jati diri, seseorang perlu ;
1. Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap cintakan kecemerlangan dan sentiasa mengidam-idamkan kecemerlanganAzam mestilah sentiasa dihidup dan disemarakkan hingga akhir hayat hingga kejayaan menjadi kenyataan.
2. Usaha gigih tersusun dan sistematik Untuk mencapai kecemerlangan mesti dimulakan dengan usaha gigih iaitu dengan cara membuat perancangan teratur dan sistematik. Masa dan tenaga diperlukan dan anda harus bijak menggunakan masa.
3 Mengetahui dan mempraktikkan “study smart”
Ramai pelajar menyangkakan bahawa kejayaan hanya tercapai jika kita “study smart”. Sebenarnya di samping belajar bersungguh-sungguh kita mesti belajar secara berkesan iaitu mendapat hasil paling maksimum dan mencurahkan masa dan tenaga yang paling minimum.
Kita tidak boleh belajar secara membuta tuli dan tidak sistematik. Kita harus belajar secara berkesan.
4. Disiplin diri
Disiplin diri yang kukuh dan bertungkus-lumus dalam menghadapi cabaran dan rintangan iaitu bijak mengurus masa dan menahan diri daripada semua godaan.
5. Kemantapan jiwa, mental dan fizikal iaitu
- Cintakan kejayaan dan kecemerlangan
- Cinta ilmu dan peningkatan
- Cinta persaingan dan kemenangan
- Cinta masa dan bijak menguruskannya
- Cinta usaha dan kegigihan
- Cinta Tuhan, diri keluarga dan bangsa.
6. Tidak mudah putus asa
Pelajar yang cemerlang ibarat seorang jaguh sukan yang sentiasa menang dalam pertandingan yang disertainya dan tidak pernah merungut dengan kepenatan dan keletihan. Oleh itu, seseorang pemenang tidak akan mudah putus asa dan puas hati dengan pencapaian yang sederhana.
7. Penghalang ke arah kecemerlangan
Secara sedar atau tidak ramai pelajar kurang mempunyai sikap positif ke arah kecemerlangan. Penghalang kepada kecemerlangan ialah sikap diri pelajar itu sendiri, iaitu budaya takut bertanya dan malu tidak bertempat serta mudah terjebak dengan perlakuan negatif. Antara ungkapan negatif ialah :
- Cemerlang bukan miliku
- Berasa cukup dengan apa yang ada
- Tewas sebelum berjuang dan malas berusaha
- Suka menangguhkan kerja
- Kecemerlangan bukan memerlukan otak yang geliga
- Tidak perlu jadi ulat buku dan antisosial untuk berjaya
Assalamualaikum...
Hari nie hari ke-6 adik dimasukkan ke wad...Dengan berat hati untuk tinggalkan dia pagi tadi, tapi saya gagahkan jugak untuk ke opis,mencari rezeki..
Walaupun begitu saya amat kagum dengan ketabahan hati adik kerana walaupun dia mengalami kesakitan tapi air mukanya tetap tenang... Yea, mungkin dia mengenangkan 'setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa kecil'... jadi dia perlu tabah dalam menghadapi dugaan nie...
Pada jam 5.50pagi saya bergerak dari HKL menuju ke Presint 7, Putrajaya dan setelah selesai membuat kerja-kerja menyusun suratkhabar bahagian, saya terus memecut balik ke rumah untuk menyalin pakaian kerja... Tapi sampai aje di rumah,saya teringat yang baju yang berada dalam bakul belum di basuh..dengan kesempatan nie saya mengambil masa sikit untuk membasuh baju dan memejam mata sekejap..
Dan setelah selesai tugasan di rumah, saya bergegas ke tempat kerja untuk mencari sesuap nasi, dan insha Allah petang nie saya akan ke sana lagi...
Jaa nee...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons