Info yang berguna untuk kita suma.. Kadang2 rasa rimas jugak kan bila kita bukak satu2 laman web atau blog, mesti penuh dengan iklan sampai naik fed-up nak baca info di laman web atau blog tue.. Mungkin ada baiknya iklan tue tapi kalu dah bukak satu iklan lepas tue keluar lagi iklan dan lagi iklan dan lagi iklan, sesiapa pun naik rimas dibuatnya...kan..
Kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web
- Ada beberapa cara kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web. Antaranya pop up, pop under, penggunaan flash dan sebagainya.
- Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpa pengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).
- Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:
- Pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;
- Jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com);
- Baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";
- Jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";
- Jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;
- Dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;
- Browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.
- Jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧