Assalamualaikum...
Minna-san, genki desu ka? camne hari nie? okey ke tak okey? sama macam semalam, saya keluar dari HKL pada jam 5.55 pagi dan sampai di tempat kerja pada jam 6.30pagi...
Pakaian yang sama saya pakai semalam tapi saya pergi dobi pakaian nie, jadi takdelah bau busuk dan saya tak kisah pun kalu sahabat saya perasan yang saya memakai baju semalam..
Insha Allah, berkemungkinan besar adik akan keluar wad hari nie, tapi kalu doktor belum bagi keluar sekalipun saya masih boleh menemani dia... Yealah, walaupun dia sudah bersuami tapi lelaki tak dibenarkan menemani wad orang perempuan, hanya waris perempuan saja yang dibenarkan menemani pesakit perempuan.. okeylah, sekurang-kurangnya terjaga aurat perempuan yang lain, kan.. Semalam saya berborak dengan pesakit sebelah katil adik, seorang makcik dalam lingkungan awal 70-an tapi nampak masih cergas dan muda.. Dia mengalami sakit lutut, bahagian belakang dan bahu, serta sikit diabetes...
Dia bercerita yang pagi tadi dia dimarahi oleh doktor wad sebab keadaan badan fizikal dia yang menyebabkan dia sakit..untuk pengetahuan makcik nie dalam kategori obes tapi biasalah orang tua, dan keadaan fizikal mereka tak sama dengan keadaan mereka 20 tahun dulu... yang membuatkan dia rasa sedih sangat2 adalah nad suara doktor yang nyaring memarahi dia hingga membuatkan dia berasa malu pada adik...
Kalu saya berada di situ, memang saya marah balik kat doktor tue, takde adab semasa bercakap dengan orang tua... Makcik tue obes bukannya sengaja dan takde siapa pun yang inginkan kesihatan mereka merosot..kalupun seseorang obes, sepatutnya doktor tersebut menasihatinya dengan lembut dan bukannya mengherdik, apatah lagi bila bercakap dengan orang yang lebih tua.. sebab hati dan perasaan orang tua lebih sensitif jika dibandingkan dengan hati perasaan orang yang muda..
Saya pasti akan berkata, apa perasaan doktor bila seseorang doktor memarahi ibunya sendiri, mengatakan sakit yang ibu tersebut adalah disebabkan obes... Adakah doktor tau sejarah kesihatan ibu tersebut dan mengapa dia obes?
Sebab tue ramai yang cakap kakitangan hospital kerajaan takde adab sopan bila bercakap dengan pesakit... Saya bukannya nak marah kepada semua kakitangan hospital tapi bila parasit2 kecil seperti inilah yang memburukkan nama baik kakitangan hospital lebih2 lagi hospital kerajaan..
ala comelnya
ReplyDelete