Assalamualaikum wbt...
Nak update blog pun takde mood, pening kepala, mata berpinar, dan berpeluh macam duduk dalam sauna, gara-gara ketiadaan aircond opis satu bangunan, seyhh...adoiiii.. Ada kipas pun tak okey jugak sebab library nie ada 2 jea kipas, kedua2nya pakai untuk user library...
Sabar Shikin...Sabar... Peningnya kepala..!Nak lari balik rumah takleh sebab kena kerja...apapun, kerja perlu diutamakan..
Jaa nee..
Nak update blog pun takde mood, pening kepala, mata berpinar, dan berpeluh macam duduk dalam sauna, gara-gara ketiadaan aircond opis satu bangunan, seyhh...adoiiii.. Ada kipas pun tak okey jugak sebab library nie ada 2 jea kipas, kedua2nya pakai untuk user library...
Sabar Shikin...Sabar... Peningnya kepala..!Nak lari balik rumah takleh sebab kena kerja...apapun, kerja perlu diutamakan..
Jaa nee..
Assalamualaikum wbt.. Renungan buat kita semua...
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astaghfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isteri ).
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja.
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang prihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datuk dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
19. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
20. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
21. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
22. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
23. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
Dah
menjadi lumrah manusia, ada saja yang tak kena pada pandangan, mesti
ada pertanyaan yang melibatkan rahsia Allah...
Entahlah,
bila diberi jawapan yang diterima akal, masih ada yang meragui
dengan
jawapan tersebut malah ada yang mempertikaikannya...
Jadi,
apakah jawapan sebenar yang mereka cari? Apakah jawapan yang
memuaskan hati mereka yang bertanya?
aku happy sangat ..
Bila aku ketawa ..
kau senyum saja ..
Bila kau ketawa ..
aku tahu kau happy sangat2 ..
Bila kau nakal ..
aku lagi nakal ..
Bila aku degil ..
kau marah ..
Bila kau degil ..
aku lagi marah. ..
TAPI.......
Kalau suatu hari nanti aku telah pergi ..,
kau jangan ikut tau! ..
..aku nak kau teruskan hidup kau macam biasa. ..
.. aku tak nak kau nangis. ..
.. aku tak suka tengok airmata orang yang aku sayang mengalir. ..
"Tegurlah aku jika aku mulai sombong...
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh...
Tegurlah aku jika aku mulai salah kerana aku masih sangat perlu sahabat seperti kamu, hari ini esok dan selamanya".....
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"
Assalamualaikum wbt...
Jom kita ramai2 pergi ke Ekspo Buku Malaysia 2015 di PWTC, Kuala Lumpur.. Banyak penerbit dan pembekal buku berada di sana dengan pembelian secara diskaun..
Walaupun ianya tak semeriah semasa pesta buku antarabangsa, tapi at least ramailah jugak penerbit berada di sana.. Jom kita pergi...
jangan suka komplen
jangan ada hasad dengki
jangan tamak
jangan tamak
Perlu ada
semangat nak berjaya
sentiasa belajar dan gali ilmu
bersedekah walaupun hanya dgn senyuman..
semangat nak berjaya
sentiasa belajar dan gali ilmu
bersedekah walaupun hanya dgn senyuman..
Assalamualaikum..Selamat pagi...Ohayo gozaimasu, minna-san...!
Syukur alhamdulillah kerana diberi kenikmatan untuk bernafas pada hari nie, walaupun badan terasa lesu..Dan syukur alhamdulillah kerana diberi kenikmatan rezeki yang melimpah ruah pada diri ini...
Syukur alhamdulillah kerana Allah telah memberi segala kenikmatan pada kita semua, baik yang baik mahupun sebaliknya...
Apapun dugaan dan cabaran yang berlaku pada hari semalam, hari nie dan seterusnya, kita harus hadapinya dengan tabah dan selalu ingatkan diri untuk bersyukur...
Assalamualaikum wbt...
Kalu awak suma nak saya blogwalking dan menambahkan trafik di blog awak, awak boleh letakkan link blog awak di bawah nie..
Insha Allah, saya akan jalan2 di blog awak... tapi make sure alamat blog tue betul yea..
Jaa nee...
Kalu awak suma nak saya blogwalking dan menambahkan trafik di blog awak, awak boleh letakkan link blog awak di bawah nie..
Insha Allah, saya akan jalan2 di blog awak... tapi make sure alamat blog tue betul yea..
Jaa nee...
Assalamualaikum
Apakah ada manusia yang sempurna?
Tiada manusia yang sempurna, kerana setiap orang mempunyai kelemahan. Seseorang yang beriman, tentu mempunyai kesalahan dan memiliki sifat buruk yang sukar dihilangkan. Tiada orang Mukmin yang murni atau sempurna.
Pandangan orang jarang ditujukan pada hal-hal yang berada di pertengahan antara dua hal yang berdekatan. Bagi seseorang sesuatu itu warnanya putih saja, sebahagian yang lain hitam saja, mereka lupa adanya warna yang lain, tidak putih dan tidak pula hitam.
Nabi ﷺ pernah bersabda kepada Abu Dzar r.a., baginda bersabda,
"Engkau seorang yang masih ada padamu sifat Jahiliyah.
Abdullah bin Mubarak meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a. yang mengatakan sebagai berikut:
"Seorang Mukmin itu permulaannya tampak sedikit putih dalam kalbunya; setiap kali iman bertambah, maka bertambah putihlah kalbu itu. Begitu seterusnya, hingga kalbunya menjadi putih semua
Abu Dzar adalah seorang sahabat yang utama, termasuk dari orang-orang pertama yang beriman dan berjihad, akan tetapi masih ada kekurangannya.
Juga didalam Sahih Bukhari diterangkan oleh Nabiﷺ:
"Barangsiapa yang meninggal bukan kerana melakukan jihad dan tidak dirasakannya (tidak ingin) dalam jiwanya maksud akan berjihad, maka dia mati dalam keadaan sedikit ada nifaknya."
Sesungguhnya,,setiap kelemahan seseorng itu menandakan ianya tidak sempurna..jangan terlalu kehendakkan kesempurnaan,kerana setiap makhluk Allah itu tidak sempurna..jangan terlalu cepat menghakimi seseorang,kerana kita tidak tahu situasi sebenar mereka. adakah mereka dalam kesusahan dan mereka dipaksa untuk membuat pilihan yang sukar??
hanya Allah yang tahu....
manusia adalah makhluk Allah yang indah namun tidak sempurna...setiap orang akan melakukan kebaikan dan keburukan..itu adalah lumrah alam,,dan janganlah kerana setiap kesalahan yang dilakukannya,dia dibenci sehabis mungkin..mungkin itu kelemahan dia..namun,kelemahan kamu??pernahkah kamu terfikir dan berfikir yang kita dan dia alami sekarang,mungkin akan berlaku lagi..namun dalam situasi yang berbeza..kamu dalam situasi si dia dan si dia dalam situasi kamu...
siapa kamu untuk menidakkan setiap percaturan Allah...
kata akhir:: janganlah terlalu cepat menghakimi seseorang..kerana itu sangat menyakitkan hati seseorang..jangan terlalu expect yang si dia terlalu terlalu perfect sehingga tiada kesalahan yang akan dibuat,dan jika ada kesalahan si dia akan berada dalam zon air mata yang tiada kesudahan..kerana dengan kesalahan yang kecil,si dia dipersalahkan oleh orang sekeliling..cuba menegur dengan positif,moga ada perubahan
yang dibuat...
KITA ADALAH MANUSIA...TIADA YANG SEMPURNA...
HIDUP INI SEPERTI RODA..KADANG DIBAWAH DAN KADANG DIATAS..
SEMUANYA BERGANTUNG
PERCATURAN ALLAH..
TIADA SIAPA MAMPU MENIDAKKANNYA
HIDUP INI SEPERTI RODA..KADANG DIBAWAH DAN KADANG DIATAS..
SEMUANYA BERGANTUNG
PERCATURAN ALLAH..
TIADA SIAPA MAMPU MENIDAKKANNYA
wallahu "alam
Dari tanah kita semua dicipta,
ke tanah juga kita akan kembali,
Tak mampu lagi untuk berkata,
segalanya tercatat untuk diadili.
Ada yg senyum puas hati,
sanggup menyakiti tanpa simpati
ke tanah juga kita akan kembali,
Tak mampu lagi untuk berkata,
segalanya tercatat untuk diadili.
Ada yg senyum puas hati,
sanggup menyakiti tanpa simpati
Berbuat dosa sesuka hati,
Seolah hidup tiada mati.
Bagaimana nanti jawab diberi,
Pada Allah Rabbul Izzati
ketika terbongkar kesilapan diri,
sesal pun dah tiada arti,
Seolah hidup tiada mati.
Bagaimana nanti jawab diberi,
Pada Allah Rabbul Izzati
ketika terbongkar kesilapan diri,
sesal pun dah tiada arti,
Selagi masih ada masa,
taubatlah segera pada Yang Esa,
Hentikanlah segala dosa,
Agar terlepas dari siksa.
Angin bertiup dingin terasa nyaman,
taubatlah segera pada Yang Esa,
Hentikanlah segala dosa,
Agar terlepas dari siksa.
Angin bertiup dingin terasa nyaman,
Syukur tak terhingga nikmatMu Tuhan,
kuatkan semangatmu hadapi dugaan,
Sujud setiap hari jangan dilupakan ..
Biar diuji beribu dugaan,
kuatkan semangatmu hadapi dugaan,
Sujud setiap hari jangan dilupakan ..
Biar diuji beribu dugaan,
Biar susah hadapi rintangan,
Biar sakit hati menahan,
Namun dengan NUR KEIMANAN,
Dengan sabar menjadi pegangan
pasti Allah limpahi kebahagiaan..
Biar sakit hati menahan,
Namun dengan NUR KEIMANAN,
Dengan sabar menjadi pegangan
pasti Allah limpahi kebahagiaan..
Assalamualaikum wbt,
Awak ingat lagi tak pada GA Brooch Mini Giveaway dari Cinta Itu Indah .. Alhamdulillah, gift sis dah selamat sampai di destinasi saya..
Arigatou gozaimasu..!
Ustaz Abu Jarir
Para pembaca rahimakumullah, Dunia merupakan kehidupan yang penuh dengan ujian. Beragam ujian akan dirasai oleh setiap insan, baik berupa kesenangan atau kesedihan.
Allah menegaskan dalam firmannya :-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".
-Surah An Anbiya Ayat 35-
Semua itu Allah Taala takdirkan dalam rangka melihat siapa diantara hamba hambanya yang jujur dalam keimanannya. Siapa pula diantara mereka yang bersabar, bersyukur dan terbaik amalannya.
Para pembaca rahimakumullah, sakit merupakan salah satu ujian dari jenis kesedihan dan kesusahan. Seseorang yang sakit akan kehilangan nikmat yang besar iaitu nikmat kesihatan.Ramai diantara kita tidak sedar besarnya nikmat sihat sehingga ramai yang melalaikannya padahal Rasulullah salallahu alaihi wasalam telah mengingatkan :-
"Ada dua nikmat yang kebanyakan orang lalai darinya, iaitu nikmat kesedihan dan waktu lapang".
-HR. Bukhari-
-HR. Bukhari-
Namun ketahui bahawa sakit yang menimpa seseorang itu boleh berbuah kebaikan dan boleh juga berbuah keburukan !?
Baginda ﷺ bersabda :-
"Sesungguhnya besarnya pahala sesuai besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum pasti akan menguji mereka. Barangsiapa redha dengan ujian tersebut maka baginya keredhaannya. Namun barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaannya pula".
-HR. Tarmizi dan Ibnu Majah-
Adab Adab Ketika Sakit
Para pembaca rahimakumullah, agama Islam merupakan agama yang penuh dengan hikmah. Demikian pula ketika seseorang sedang alami sakit, maka syariat yang sempurna ini memberikan cara cara dan adab adab seorang hamba yang boleh tetap menghambakan diri kepada Allah.
Antara adab adab tersebut adalah :-
- Hendaklah dia redha dan bersabar atas sakit yang dideritanya, semua itu tidak lain merupakan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan Allah Taala baginya.
Rasulullah ﷺ bersabda Allah Taala berfirman dalam hadith Qudsi
"Aku sesuai dengan sangkaan hamba ku terhadap ku"
-HR. Ahmad dan Ibnu Hibban-
Maka hendaklah dia sentiasa berbaik sangka kepada Allah Taala dengan mengharapkan rahmat dan keampunan atas dosa dosanya.
- Wajib baginya untuk tetap melaksanakan hal hal yang diwajibkan Allah semampunya seperti kewajipan solat 5 waktu dan lainnya. Jangan anggap sakit itu sebagai alasan untuk meninggalkan solat.
Solat tetap wajib dilaksanakan. Mengikut kemampuan dirinya sendiri.
Suatu hari sahabat Imran bin Husain Radiyallahu Anhu bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang tata cara solat baginya yang ketika itu dia sedang sakit pendarahan.
Maka baginda bersabda "Solatlah dengan cara berdiri. Jika tidak mampu maka duduklah. Jika tidak mampu. Jika tidak mampu pula maka berbaringlah di atas rusuk (mengiring). Jika tetao tidak mampu maka telentanglah".
-HR. Bukhari dan An Nasaei-
- Memperbanyak zikir dan doa kepada Allah Taala serta tidak putus asa dari rahmatnya, kerana sesungguhnya segala penyakit itu ada ubatnya kecuali tua dan kematian.
Rasulullah ﷺ bersabda "Sesungguhnya doa itu bermanfaat untuk mengatasi apa yang telah menimpa dan yang belum menimpa. Maka berdoalan wahai hamba hamba Allah".
-HR. Tarmizi-
- Menumbuhkan rasa takut terhadap azab Allah Taala dan berharap untuk mendapatkan rahmatnya.
Sahabat Nabi Anas bin Malik Radiyallahu Anhu "Suatu hari nabi menemui seorang pemuda yang sedang menghadapi kematian.
Baginda berkata "Bagaimana keadaanmu?"
Dia menjawab "Demi Allah ya Rasulullah sungguhnya aku berharap (rahmat) Allah dan Aku takut pada dosa dosa aku".
Maka Rasulullah ﷺ "Tidaklah dua sifat ini berada pada hati seorang hamba ketika keadaannya seperti ini, melainkan Allah akan memberikan apa yang dia harapkan dan memberikan keamanan atas apa yang dia takutkan".
-HR. Tarmizi dan Ibnu Majah-
- Jika diperlukan rawatan maka rawatlah dengan cara syar'i atau yang dibenarkan Islam. Jangan sampai melampaui batas syariat dalam berubat seperti berjumpa dengan dukun, tukang ramal, bomoh dan semisalnya. Atau mengambil makanan atau ubatan ubatan yang diharamkan.
Rasulullah ﷺ "Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun kemudian membenarkan berita yang ia katakannya maka dia telah kafir terhadap syariat yang diturunkan kepada Muhammad".
-HR. Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah-
- Tidak boleh baginya mengharapkan kematian walau sakitnya bertambah parah.
Rasulullahﷺ "Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya. Jika memang terpaksa melakukan, maka hendaklah dia berdoa:
"“Allahumma ahyini ma kanati al-hayatu khayran li wa tawaffani ma kanat al-wafatu khayran li. "
Ya Allah, hidupkan aku bila kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku".
-Muttafaqun 'alaih-
- Apabila ada hak orang lain yang belum dia tunaikan maka hendaklah segera diselesaikan jika mampu. Jika tidak mampu, hendaknya mewasiatkannya kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan.
Rasulullah ﷺ bersabda "Barangsiapa berbuat kezaliman terhadap saudaranya, baik pada harga dirinya atau hartanya, hendaklah diselesaikan sebelum datangnya hari kiamat yang tidak berguna dinar dan dirham (harta dan duit) . Apabila dia memiliki amal soleh (kebaikan) , akan diambil darinya sesuai kadar kezalimannya lalu diberi kepada yang dizaliminya. Apabila dia tidak memiliki kebaikan kebaikan, akan diambil keburukan orang yang dizalimi lalu dipikulkan kepadanya".
-HR. Bukhari-
- Berwasiat kepada ahli keluarga agak jika ajal menjemputnya untuk melakukan pengurusan jenazah sesuai dengan pengurusan yang DIAJARKAN Rasulullah ﷺ.
Dahulu para sahabat nabi sangat menekankan kepada keluarganya untuk mengurus jenazahnya sesuai dengan petunjuk Nabi ﷺ.
Sahabat Nabi Abu Musa Radiyallahu Anhu berkata saat merasakan ajak mendekat padanya "Apabila kalian berangkat membawa jenazahku maka cepatlah dalam berjalan. Jangan mengikuti (jenazahku) dengan bara api. Sungguh jangan kaliah buat sesuatu yang akan menghalangiku dengan tanah. Janganlah membuat bangunan/binaan di atas kuburku. Aku mempersaksikan kepada kalian bahawa aku berlepas diri al haliqah (wanita yang mencukur botak rambutnya kerana menimpa musibah), as saliqah (wanita yang menjerit kerana ditimpa musibah), dan al khariqah (wanita yang merobek robek pakaiannya kerana ditimpa musibah),"
Mereka bertanya "Adakah engkau mendengar dari Nabi ﷺperkara ini? "
Abu Musa Radiyallahu Anhu menjawab "Ya, dari Rasulullah ﷺ"
-HR. Ahmad-
Assalamualaikum wbt...
Penatnya badan nie, rasa macam nak bergolek2 atas batu terapi sebab nak legakan lenguh2 di badan nie.. Dahlah petang nie semua staf diwajibkan bersukan, adoiii... nasib baiklah esok dah cuti, tapi takleh rehat jugak sebab schedule urut terapi padat sampai hari Ahad nie, Alhamdulillah, rezeki daripada Allah..
Nasib baik jugaklah Datuk Wira KP JBPM suruh asingkan antara staf lelaki dan perempuan..Yang lelaki kena buat macam2 aktivti sukan seperti bola tampar, sepak raga dan aktiviti lasak, manakala staf perempuan pulak kena berzumba.. WHAT..???
Awak tau hubby saya ketawa jea bila saya bagitahu hari nie kena berzumba, sebab katanya dia tak boleh nak bayangkan bagaimana saya berzumba...wahhhhh... Sabar Shikin...sabar separuh daripada iman...anggap aje sebagai satu cabaran buat dirimu..Ganbatte Hikari-Chan..
Hikari-chan..? Mesti awak pelik kan, sapa Hikari-chan.. Well tue salah satu nama saya, Hikari dalam bahasa Jepun dan bila di translate ke melayu, maksudnya Cahaya atau Nur..
Jaa mata nee...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons