"Adab ketika Sakit"

Friday, November 20, 2015

Ustaz Abu Jarir
Para pembaca rahimakumullah, Dunia merupakan kehidupan yang penuh dengan ujian. Beragam ujian akan dirasai oleh setiap insan, baik berupa kesenangan atau kesedihan.
Allah menegaskan dalam firmannya :-

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".
-Surah An Anbiya Ayat 35-

Semua itu Allah Taala takdirkan dalam rangka melihat siapa diantara hamba hambanya yang jujur dalam keimanannya. Siapa pula diantara mereka yang bersabar, bersyukur dan terbaik amalannya.

Para pembaca rahimakumullah, sakit merupakan salah satu ujian dari jenis kesedihan dan kesusahan. Seseorang yang sakit akan kehilangan nikmat yang besar iaitu nikmat kesihatan.Ramai diantara kita tidak sedar besarnya nikmat sihat sehingga ramai yang melalaikannya padahal Rasulullah salallahu alaihi wasalam telah mengingatkan :-

"Ada dua nikmat yang kebanyakan orang lalai darinya, iaitu nikmat kesedihan dan waktu lapang".
-HR. Bukhari-

Namun ketahui bahawa sakit yang menimpa seseorang itu boleh berbuah kebaikan dan boleh juga berbuah keburukan !?
Baginda bersabda :-
"Sesungguhnya besarnya pahala sesuai besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum pasti akan menguji mereka. Barangsiapa redha dengan ujian tersebut maka baginya keredhaannya. Namun barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaannya pula".
-HR. Tarmizi dan Ibnu Majah-

Adab Adab Ketika Sakit
Para pembaca rahimakumullah, agama Islam merupakan agama yang penuh dengan hikmah. Demikian pula ketika seseorang sedang alami sakit, maka syariat yang sempurna ini memberikan cara cara dan adab adab seorang hamba yang boleh tetap menghambakan diri kepada Allah.

Antara adab adab tersebut adalah :-
  • Hendaklah dia redha dan bersabar atas sakit yang dideritanya, semua itu tidak lain merupakan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan Allah Taala baginya.
Rasulullah bersabda Allah Taala berfirman dalam hadith Qudsi 
"Aku sesuai dengan sangkaan hamba ku terhadap ku"
-HR. Ahmad dan Ibnu Hibban-

Maka hendaklah dia sentiasa berbaik sangka kepada Allah Taala dengan mengharapkan rahmat dan keampunan atas dosa dosanya.
  • Wajib baginya untuk tetap melaksanakan hal hal yang diwajibkan Allah semampunya seperti kewajipan solat 5 waktu dan lainnya. Jangan anggap sakit itu sebagai alasan untuk meninggalkan solat.
Solat tetap wajib dilaksanakan. Mengikut kemampuan dirinya sendiri.
Suatu hari sahabat Imran bin Husain Radiyallahu Anhu bertanya kepada Rasulullah tentang tata cara solat baginya yang ketika itu dia sedang sakit pendarahan.

Maka baginda bersabda "Solatlah dengan cara berdiri. Jika tidak mampu maka duduklah. Jika tidak mampu. Jika tidak mampu pula maka berbaringlah di atas rusuk (mengiring). Jika tetao tidak mampu maka telentanglah".
-HR. Bukhari dan An Nasaei-
  • Memperbanyak zikir dan doa kepada Allah Taala serta tidak putus asa dari rahmatnya, kerana sesungguhnya segala penyakit itu ada ubatnya kecuali tua dan kematian.
Rasulullah bersabda "Sesungguhnya doa itu bermanfaat untuk mengatasi apa yang telah menimpa dan yang belum menimpa. Maka berdoalan wahai hamba hamba Allah".
-HR. Tarmizi-
  • Menumbuhkan rasa takut terhadap azab Allah Taala dan berharap untuk mendapatkan rahmatnya.
Sahabat Nabi Anas bin Malik Radiyallahu Anhu "Suatu hari nabi menemui seorang pemuda yang sedang menghadapi kematian. Baginda berkata "Bagaimana keadaanmu?"
Dia menjawab "Demi Allah ya Rasulullah sungguhnya aku berharap (rahmat) Allah dan Aku takut pada dosa dosa aku".
Maka Rasulullah "Tidaklah dua sifat ini berada pada hati seorang hamba ketika keadaannya seperti ini, melainkan Allah akan memberikan apa yang dia harapkan dan memberikan keamanan atas apa yang dia takutkan".
-HR. Tarmizi dan Ibnu Majah-
  • Jika diperlukan rawatan maka rawatlah dengan cara syar'i atau yang dibenarkan Islam. Jangan sampai melampaui batas syariat dalam berubat seperti berjumpa dengan dukun, tukang ramal, bomoh dan semisalnya. Atau mengambil makanan atau ubatan ubatan yang diharamkan.
Rasulullah "Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun kemudian membenarkan berita yang ia katakannya maka dia telah kafir terhadap syariat yang diturunkan kepada Muhammad".
-HR. Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah-
  • Tidak boleh baginya mengharapkan kematian walau sakitnya bertambah parah.
Rasulullah "Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya. Jika memang terpaksa melakukan, maka hendaklah dia berdoa:

"“Allahumma ahyini ma kanati al-hayatu khayran li wa tawaffani ma kanat al-wafatu khayran li. "
Ya Allah, hidupkan aku bila kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku".
-Muttafaqun 'alaih-
  • Apabila ada hak orang lain yang belum dia tunaikan maka hendaklah segera diselesaikan jika mampu. Jika tidak mampu, hendaknya mewasiatkannya kepada ahli keluarganya untuk menyelesaikan.
Rasulullah bersabda "Barangsiapa berbuat kezaliman terhadap saudaranya,   baik pada harga dirinya atau hartanya, hendaklah diselesaikan sebelum datangnya hari kiamat yang tidak berguna dinar dan dirham (harta dan duit) . Apabila dia memiliki amal soleh (kebaikan) , akan diambil darinya sesuai kadar kezalimannya lalu diberi kepada yang dizaliminya. Apabila dia tidak memiliki kebaikan kebaikan, akan diambil keburukan orang yang dizalimi lalu dipikulkan kepadanya".
-HR. Bukhari-
  • Berwasiat kepada ahli keluarga agak jika ajal menjemputnya untuk melakukan pengurusan jenazah sesuai dengan pengurusan yang DIAJARKAN Rasulullah .
Dahulu para sahabat nabi sangat menekankan kepada keluarganya untuk mengurus jenazahnya sesuai dengan petunjuk Nabi

Sahabat Nabi Abu Musa Radiyallahu Anhu berkata saat merasakan ajak mendekat padanya "Apabila kalian berangkat membawa jenazahku maka cepatlah dalam berjalan. Jangan mengikuti (jenazahku) dengan bara api. Sungguh jangan kaliah buat sesuatu yang akan menghalangiku dengan tanah. Janganlah membuat bangunan/binaan di atas kuburku. Aku mempersaksikan kepada kalian bahawa aku berlepas diri al haliqah (wanita yang mencukur botak rambutnya kerana menimpa musibah), as saliqah (wanita yang menjerit kerana ditimpa musibah), dan al khariqah (wanita yang merobek robek pakaiannya kerana ditimpa musibah),"

Mereka bertanya "Adakah engkau mendengar dari Nabi perkara ini? "
Abu Musa Radiyallahu Anhu menjawab "Ya, dari Rasulullah "
-HR. Ahmad-


1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧