Assalamualaikum...Baru berkesempatan nak update... ^_^ Gomennasai minna-san... Saya sibuk sangat hari nie, walhal hari nie tak ramai staf yang datang kerja, disebabkan esok cuti Deepavali...Biasalah, bila ada cuti berselang sehari dari hari bekerja, mereka akan bercuti dan mengambil kesempatan untuk balik kampung, bercuti dan sebagainya...Apapun, hari nie saya nak berkongsi resipi sikit, boleh dikatakan resipi dari Terengganu..Sebenarnya, dah lama saya tak makan makanan nie, ntah kenapa hari Jumaat
lepas saya tiba2 teringin sangat2 nak makanan nie... Owhh, Jumaat lepas kan saya puasa, jadi mungkin sebab tue kot saya teringin...hihi
Bahan-Bahan Utama
200gram tepung gandum
santan 500ml
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
*dua biji telur - pilihan
Sedikit tepung jagung
Cara Penyediaan
Mula2 awak bahagikan kepada dua bahagian tepung gandum, maknanya setiap satu mengandungi 100gram tepung, bancuh dengan air dan secubit garam, titikkan pewarna yang awak suka (macam saya hari tue, guna pewarna kuning dan satu lagi bekas tak letak warna) dan gaul sebati seperti nak buat cekodok / jemput2.. Kemudian awak panaskan air dan tunggu sehingga air menggelegak. Bila dah gelegak, awak gumpalkan dalam satu sudu kecil dan masukkan tepung tue dalam air menggelegak, kiranya awak merebus tepung tersebut... Tunggu sehingga tepung tersebut naik terapung dengan sendirinya...
Bila dah rebus kesemua tepung, dengan air rebusan yang sama, awak masukkan santan, daun pandan, garam dan gula... Manakala yang bertanda *pilihan tue, saya pecahkan dan pukul telur tersebut dan masukkan telur secara perlahan2 di dalam air rebusan.. Kemudian masukkan tepung rebus tue tadi dalam air rebusan tue dan tunggu hingga mendidih..tapi awak kena selalu mengacau kuah bubur nie tadi kerana takut santan jadi pecah dan tak cantik...lepas tue awak masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air bagi memekatkan kuah bubur.. Lepas tue, siap dihidangkan...
* Oh ya! Gula tue awak boleh perasakan samada nak manis atau sederhana manis...dan satu lagi, sebenarnya untuk melikatkan tepung tue, awak perlu campurkan sedikit air kapur, tapi masa tue saya takde kapur makan..hihi
Memandangkan masa tue saya tengah puasa, jadi yang menjadi tukang rasa masa tue adalah hubby... Kebetulan hubby saya tak pernah makan bubur gandum nie, jadi dia lah yang menghabiskan bubur tue...
Jaa nee..
ツdapurcengkihツ
Hehehe...mesti sedap makan panas panas...kalau puasa bubur atau sup biasanya pembuka selera..
ReplyDeleteMemang sedap kak PC...sebab masa tue teringat di zaman kecik, saya suka makan bubur gandum nie.. ^_^
Deletehi sis ☺
ReplyDeleteI'm newbie and please support me
smartiesmoo.blogspot.kr
buat org yg tak pandai masak, ini sgt complicated ;P
ReplyDeleteHihi, insha Allah, kalu ikut step yang betul, mesti boleh buat... =)
Deletesedapnya... nyum2
ReplyDeleteNampak sedap...
ReplyDeleteLepas ni boleh la cuba bubur gndum ni;)
ReplyDeleteDone follow #207
Terima kasih... silakan mencubanya... =)
Delete