Hehe, tengok tajuk nampak macam ngeri kan, tapi sabar... baca dulu informasi nya..
Tanpa disedari, banyak benda di
sekitar kita yang berpotensi menjadi sarang bakteria dan tempat
berpindahnya virus, bakteria dan penyakit. Diantara semua benda yang
sering dipegang, ada 10 benda paling kotor yang cukup membahayakan
kesihatan walaupun sebenarnya tampak bersih. Seperti sumber dari Health,
berikut ini 10 benda paling kotor yang sering dijumpai dalam kehidupan
sehari-hari.
1. DUIT
Semua orang suka wang, tapi pastinya
tidak akan ada yang suka dengan bakteria didalamnya. Menurut Dr
Darlington dari the Health Commissioner of New York, sekitar 135,000
bakteria ada pada wang, terutama wang kertas.
2. TOMBOL PINTU / BUTANG LAMPU
Biasanya orang terakhir atau pertama
masuk di bilik adalah yang paling sering bersentuhan dengan butang
lampu. Bakteria sangat senang hidup di kawasan yang banyak disentuh oleh
banyak orang itu. Menurut ahli sanitasi, dalam setiap inci butang lampu
/ tombol pintu ada sekitar 217 bakteria yang boleh berpindah dari
tangan ke tangan.
3. KEYBOARD KOMPUTER
Sebuah kajian di Britain pernah menyebut
bahawa bakteria yang ada di keyboard komputer lebih banyak daripada
bakteria yang ada di tandas. Untuk itu sebaiknya bersihkan keyboard
secara rutin dengan alat khusus pembersihan keyboard atau boleh juga
dengan menggunakan kain basah.
4. TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit adalah barang yang tidak
boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Akibat tidak lepas itulah, maka
telefon dijadikan tempat kegemaran bagi ribuan bakteria untuk menetap.
Bakteria suka melekat pada telefon bimbit kerana suhu yang hangat dan
sesuai untuk pertumbuhannya. Untuk menghindarinya, kini sudah ada
pelapis anti mikrob untuk telefon bimbit yang boleh melindungi telefon
bimbit anda daripada bakteria dan mengurangkan risiko bakteria melekat
pada wajah dan tangan anda.
5. MANGKUK TANDAS
Meskipun kelihatan bersih dan licin,
tapi permukaan mangkuk tandas yang dibuat dari porselin sangat
berpotensi sebagai tempat berpindahnya virus, bakteria dan
penyakit-penyakit tertentu. Data statistik menunjukkan, terdapat 295
bakteria dalam setiap inci permukaan tempat duduk tandas.
6. TROLI MEMBELI BELAH
Berbelanja menggunakan troli memang
lebih mudah dan mengasyikkan. Tapi menurut penyelidik dari University of
Arizona, troli ini mengandungi bakteria, air liur, dan bahan-bahan
menjijikkan yang lain yang lebih banyak daripada eskalator, telefon awam
bahkan bilik mandi umum.
7. REMOTE CONTROL
Seberapa sering anda menumpahkan makanan
pada remote control dan tidak membersihkannya? Maka remote control,
bakteria MRSA, SARS dan bakteria lain boleh masuk ke dalam tubuh. Jangan
biarkan remote control menjadi ancaman apabila anda sedang asyik
menonton TV.
8. TAB MANDI
Bak mandi adalah bahagian dalam rumah
yang sering tidak dilupakan. Ketika ada seseorang dalam keluarga yang
terkena penyakit jangkitan staphylococcus, jangkitan saluran kencing,
pneumonia, septicemia atau penyakit kulit, baru disedari bahawa tab
mandi menjadi sarang bakteria. Percaya atau tidak, bakteria yang
tergenang di dalam tab mandi lebih berbahaya daripada bakteria yang ada
di dalam lubang tandas. Membersihkan tab mandi seminggu sekali boleh
mengurangkan risiko penyakit yang tidak diingini.
9. SINKI DAPUR
Dapur adalah tempat paling kotor
diantara semua bahagian rumah yang lain, terutamanya pada sinki. Ada
sekitar 500,000 bakteria yang terdapat pada setiap inci sinki. Untuk
mengatasinya, cubalah membersihkan sinki anda dengan setengah cawan
baking soda dan setengah cawan cuka. Setelah itu, jangan lupa siram
dengan air untuk memastikan singki itu bersih.
10. SPAN CUCIAN
Alat untuk mencuci pinggan ini adalah
barang yang sangat berpotensi dijadikan tempat berkembangnya bakteria
kerana memiliki kelembapan yang tinggi dan pori-pori yang kecil. Salah
satu cara terbaik untuk menghilangkan bakteria dari barang ini adalah
dengan memanaskannya dalam microwave selama 60 saat. Penemuan ini tentu
saja bukan untuk menakut-nakutkan orang, tapi sekadar mengingatkan
pentingnya menjaga kebersihan termasuk benda-benda kecil yang sering
kali kita anggap remeh.
So, moral of the story, sentiasalah bersihkan tangan awak untuk elakkan daripada penyakit yang berpunca dari bakteria...
Jaa nee...
Good sharing...
ReplyDeletenice sharing sis.. tapi , mende yg kotor tu la hari2 kita nak pegang heheee
ReplyDeletesmartiesmoo.blogspot.kr