1. Siapa Paling Baik?
Orang yang paling baik akhlaknya.
Seorang lelaki dari kaum Anshar mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : " أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا "
“Wahai Rasulullah, orang beriman manakah yang paling baik?”, beliau menjawab: “Yang paling baik akhlaknya” (Hadis Sunan Ibnu Majah no.4259)
2. Siapa Paling Bijak?
Orang yang banyak mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi mati.
قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : " أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ
Orang ini (yang sama) bertanya lagi: “Lalu orang beriman manakah yang paling bijak (berakal)?”, baginda menjawab: “Yang paling banyak mengingat kematian dan paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah yang bijak (berakal)”. (Hadis Sunan Ibnu Majah no.4259)
3. Siapa Paling Kaya?
👉Orang yang kaya jiwa. Bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Bukanlah kekayaan itu kerana banyak harta, tetapi kaya yang sebenarnya ialah kaya jiwa."
(Hadis Sahih Bukhari no.6446 dan Sahih Muslim no.1050)
“Bukanlah kekayaan itu kerana banyak harta, tetapi kaya yang sebenarnya ialah kaya jiwa."
(Hadis Sahih Bukhari no.6446 dan Sahih Muslim no.1050)
4. Siapa Paling Kuat?
Orang yang mampu mengawal emosi ketika diri sendiri sedang marah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِى يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
“Bukanlah orang kuat (yang sebenarnya) dengan (selalu mengalahkan lawannya dalam) pergulatan (perkelahian), tetapi tidak lain orang kuat (yang sebenarnya) adalah yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah” (Hadis Sahih al-Bukhari no.6114 dan Sahih Muslim 2609a.)
5. Siapa Paling Muflis?
Orang yang di akhirat kelak diambil amalan kebajikannya (akibat berbuat jahat pada orang lain), dan jika tidak cukup amalan baik, ditanggung pula amalan kejahatan orang lain.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا : الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لا دِرْهَمَ لَهُ وَلا مَتَاعَ ، فَقَالَ : إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda."
Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka. (Hadis Sahih Muslim no.2581)
moga dipelihara..
ReplyDelete