Kelebihan Surah Al-Fatihah

Tuesday, December 08, 2015


Assalamualaikum wbt...
Surah Al-Fatihah, surah yang pertama sekali dalam Al-Quran, surah yang WAJIB dibaca dalam setiap rakaat solat.. Lebih dikenali sebagai Ummul Kitab, kerana surah ini adalah merupakan ibu atau induk dalam setiap isi Al-Quran dan menjadi inti sari dalam kandungan Al-Quran itu sendiri... 

Sebenarnya, banyak manfaat yang boleh kita semua perolehi dengan hanya membaca Surah Al-Fatihah, contohnya, boleh merawat rasa sakit dalaman, atau untuk ketenangan hati dan jiwa yang tak tenang atau mungkin kita boleh mendapat pahala  dengan memberi sedekah kepada orang yang telah menemui Ilahi, malah roh mereka juga mendapat rahmat daripada Allah, berkat dengan sedekah kita tue...

 

Contoh yang paling dekat adalah pengalaman diri saya sendiri, manusia memang tak lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupan dan jika kita terlalu ikutkan perasaan,  kita boleh hilang arah tujuan... Saya akui jiwa saya terlalu sensitif, kadangkala boleh jadi seorang pemarah.., Apa yang saya lakukan adalah dengan hanya bacaan Al-Fatihah sambil menekap tangan di dada, Alhamdulillah hati saya kembali tenang... 

Begitu juga jika saya terlalu merindui suami biarpun berdekatan, apa yang saya buat  adalah, saya tekapkan telapak tangan di dada, baca Al-Fatihah dan titipkan rasa rindu saya pada suami melalui Allah.. 

Sama jugak dengan bila keadaan saya rindukan Rasulullah , apa  yang saya lakukan adalah dengan berselawat Image result for selawat dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, Insha Allah pasti  akan sampai di sana...   Jadi, benarlah kalam Allah saja yang dapat menenangkan jiwa kita...

 
 
 

3 comments

  1. Sharing yang sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  2. Allahu AKbar.. Maha Agung Yang Maha Sempurna . perkongsian yang sangat baik shikin .

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧