Sejenis snek yang menyihatkan, mengandungi magnesium, vitamin E, zat besi, kalsium, copper juga antioksidan.
Kandungan zat besi membantu meningkatkan kolestrol LDL (baik) dan sekaligus menghadkan kolestrol HDL (jahat) sementara kandungan selenium membantu mengawal kerosakan dan mencegah serangan kanser.
Kandungan magnesium pula menjadi 'ubat penenang', membuat kita kurang stress, migrain dan tetap relaks.
Kaya dengan vitamin E yang juga baik untuk kulit.
CUBALAH!
Makan satu perempat cawan kuaci setiap hari mampu membantu tubuh menyingkirkan kolestrol jahat yang menempel pada dinding arteri.
Walaupun melalui proses pengeringan, rasa sedap buah-buahan tersebut serta zatnya tidak hilang. Malah ia tetap kaya dengan serat, vitamin dan flavanoid.
Zat yang terkandung mampu menyingkirkan lebihan lemak, mengurangkan masalah seperti anemia, sembelit dan gangguan kulit.
Bagus untuk pembesaran minda anak-anak.
Sangat sesuai untuk ibu yang mengandung.
Antara makanan sunnah Nabi.
Kaya dengan serat larut yang mampu membersihkan toksin dalam tubuh.
CUBALAH!
Amalkan ia sebagai snek yang menyihatkan.
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
Epal mampu membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Melindungi sendi tulang.
Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).
Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.
Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.
CUBALAH!
Untuk menghilangkan toksik dalam badan, minum jus epal hijau yang telah dikisar bersama daun saleri. Amalkan minum jus ini setiap pagi sebelum sarapan.
Kismis adalah makanan alternatif kepada gula-gula, dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan. Ia mungkin agak manis namun mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.
Kandungan mineral surih bernama boron di dalamnya adalah mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.
Mengurangkan sembelit.
Melindungi hati.
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
Membantu sebagai penerang hati.
Membantu merawat penyakit anemia.
CUBALAH!
Makanlah secawan kismis kerana ia mengandungi 10gm serat yang dapat membuang toksik berbahaya dengan membersihkan kolon atau usus dan melawaskan pembuangan air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
info baru :D tq!
ReplyDelete