Buat renungan saya dan kekawan...maaf yea jika ada yang terasa...tiada niat nak menyindir sesiapa...Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.
Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur.... betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui facebook dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas kata-kata 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak-banyak, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm.. dan banyak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yang kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yang dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.
Maka :-
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana."..
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerana mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerana mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerana mungkin ada yang merana."..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.
Yang sudah tue sudah...
Jadi, sama-sama kita berusaha ke arah itu.
Jadi, sama-sama kita berusaha ke arah itu.
Jadikan info ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan info ini medan tazkirah..
Jadikan info ini medan maklumat..
Jadikan info ini medan yang boleh memajukan ummah..
Jadikan info ini medan tazkirah..
Jadikan info ini medan maklumat..
Jadikan info ini medan yang boleh memajukan ummah..
Kerana bila kita meninggal nanti ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala untuk bekalan akhirat nanti.
Aamiin....
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧