Nasihat untuk suami..

Wednesday, January 13, 2016


Jangan nak jadi 'seri paduka' di rumah sepanjang masa. Dah sama-sama kerja, kenalah tanggung kerja rumah itu sama-sama. Takkan biarkan isteri sorang buat kerja, memasak, cuci pinggan, basuh baju, menyapu, urus anak sedang awaknya duduk sila panggung baca suratkhabar atau tengok tv. 

Cukup time nak makan.


Itu kalau isteri tak bekerja tak apalah sangat, tapi kalau sama-sama bekerja tak boleh amalkan jadi 'seri paduka' sepanjang masa. 
Untuk eratkan hubungan dan kasih sayang apa salah tolong-tolong sikit.

 Kecuali isteri memang kemaruk sangat nak buat sorang - "Abang jangan sentuh apa-apa bang, biar ani sorang yang buat kerja ni," ikhlas dari lubuk hati, semata-mata untuk jadi isteri solehah. Tapi kalau isteri dok muncung buat kerja sorang-sorang kenalah buat sesuatu juga ye bang.

- Dipetik dari bab 4 -  "TIP PASANGAN BAHAGIA", dari buku "INI KISAH SUAMI ISTERI 2" oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

www.shop.drtuah.com


Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧