Assalamualaikum,
Ramai orang hari ni tahu riak ni adalah buat sesuatu amalan kerana nak pujian manusia. Lalu mereka usaha tank nak riak dengan cara melarikan diri daripada riak tu. Tetapi sayangnya, dia terperangkap dalam riak yang lain. Nak tahu macam mana? Dia MENGHINA diri dia di depan khalyak RAMAI dengan harapan dia nak orang puji dia dengan pujian,
"fuh, bagus la dia ni. Merendah diri.."
"Pergh.. Tawaduk gila tahap kritikal."
Lalu dia pun bangga, cuma nak nampak macam tawaduk sikit, dia pun balas,
"Eh, takdelah. Aku biasa-biasa je ni. Aku tak macam kau, aku ni ahli neraka berdaftar.."
Akhirnya, dia pun terperangkap dalam riak yang lain. Ini kita panggil, riak dalam riak.
So kalau kita kena puji, nak jawab apa? Jawablah,
"Alhamdulillah.."
Simple. Moga Allah pelihara kita dari penyakit riak, dan riak dalam riak. :)
Assalamualaikum,
Tadi masa dok baca majalah mastika, saya tertarik dengan satu kisah yang begitu dekat dengan masyarakat kita, iaitu hubungan adik beradik. Kisah nie menceritakan dua orang adik beradik di mana si abang telah berkawin dan ada tiga orang anak manakala si adik adalah seorang bujang..Kedua orang adik beradik nie mengusahakan sawah padi peninggalan orang tua mereka. Satu malam masa duduk seorang diri, si adik berfikir tentang pemberian bahagian padi antara dirinya dan si abang. Dia merasakan yang ianya tak adil bagi abangnya kerana abangnya menyara keluarga sedangkan dirinya masih bujang. Lalu si adik secara senyap-senyap hantar seguni padi dan diletakkan di tempat simpanan padi si abang. Tanpa si adik sedar, abangnya jugak berfikiran sama dengan adiknya, dalam fikirannya berkata adiknya hidup berseorangan, jika terjadi apa-apa pada dengannya, tiada sapa yang akan menguruskannya sedangkan si abang mempunyai isteri dan anak-anak yang membantu, jadi sepatutnya si adik yang mendapat lebih banyak bahagian padi berbanding dirinya. Si abang juga secara senyap-senyap hantar seguni padi ke tempat simpanan padi adiknya.
Perkara nie berlanjutan bertahun-tahun tanpa kedua beradik nie sedar cuma mereka tertanya-tanya mengapa tempat simpanan padi mereka tak pernah berkurangan sedangkan mereka menghantar seguni padi kepada saudara kandung mereka. Hinggalah satu hari kedua beradik nie terserempak sewaktu nak hantar seguni padi ke tempat simpanan padi saudara kandung. Dan terjawablah persoalan yang selama ini mereka tertanya-tanya dan mereka saling bertangisan dan sedar mereka saling menyayangi antara satu sama lain tanpa memikirkan bahagian mereka berkurangan demi untuk saudara sendiri...
Yea.. masa kita kecik, hubungan kita dengan adik beradik sememangnya rapat malah boleh dikatakan sebagai best friend kita, tapi bila meningkat dewasa, kita semakin kurangbermesra dengan adik beradik kita, dan perasaan sayang semakin kurang bila kita mempunyai keluarga sendiri, malah ianya menjadi lebih teruk jika isu pembahagian harta dibangkitkan..
Di zaman sekarang, hartalah yang selalu membawa pertengkaran di kalangan adik beradik malah sanggup memutuskan silaturahhim, berdendam, bercakaran dan yang paling teruk adalah menghantar benda-benda syirik kepada saudara kandung.. Ini bukannya cerita dalam drama atau filem TAPI ITU ADALAH HAKIKAT SEBENARNYA DI ZAMAN INI...
Mereka seolah-olah telah lupa di ingatan bahawa mereka berkongsi darah yang sama, lupa yang mereka pernah berkongsi rahim yang sama, lupa yang mereka pernah bersusah dan bersenang sama-sama di masa kecik, lupa tentang perkongsian kehidupan semasa mereka kecik dan PALING MEREKA LUPA DI INGATAN ADALAH ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA DALAM KEHIDUPAN MEREKA...
Hubungan adik beradik takkan terpisah hingga ke akhir hayat kita, jadi kenapa di zaman sekarang dek kerana harta, kita bercakaran antara satu sama lain.. Kalau hanya kita saja yang buat dosa, takpelah jugak tapi kita telah heret ahli keluarga kita yang lain untuk saling membenci, dan membuatkan ahli keluarga yang yang turut berdosa seperti kita..
Tapi itulah hakikat sebenar di akhir zaman ini.. Betul tak..? maafkan saya andainya ianya tak betul..
Di zaman sekarang, hartalah yang selalu membawa pertengkaran di kalangan adik beradik malah sanggup memutuskan silaturahhim, berdendam, bercakaran dan yang paling teruk adalah menghantar benda-benda syirik kepada saudara kandung.. Ini bukannya cerita dalam drama atau filem TAPI ITU ADALAH HAKIKAT SEBENARNYA DI ZAMAN INI...
Mereka seolah-olah telah lupa di ingatan bahawa mereka berkongsi darah yang sama, lupa yang mereka pernah berkongsi rahim yang sama, lupa yang mereka pernah bersusah dan bersenang sama-sama di masa kecik, lupa tentang perkongsian kehidupan semasa mereka kecik dan PALING MEREKA LUPA DI INGATAN ADALAH ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA DALAM KEHIDUPAN MEREKA...
Hubungan adik beradik takkan terpisah hingga ke akhir hayat kita, jadi kenapa di zaman sekarang dek kerana harta, kita bercakaran antara satu sama lain.. Kalau hanya kita saja yang buat dosa, takpelah jugak tapi kita telah heret ahli keluarga kita yang lain untuk saling membenci, dan membuatkan ahli keluarga yang yang turut berdosa seperti kita..
Tapi itulah hakikat sebenar di akhir zaman ini.. Betul tak..? maafkan saya andainya ianya tak betul..
Menguap merupakan hal yang biasa namun jika terlalu kerap semasa awak menghadiri agenda penting seperti mesyuarat atau kursus boleh membuatkan awak hilang reputasi. Artikel dalam boldsky.com menyebut minum air putih sebagai cara paling efektif untuk menyingkirkan rasa menguap.
Kedua, tarik nafas dalam dan rasa kemudian perasaan rasa ingin menguap akan serta merta hilang. Ketiga, pakar psikologi berkata awak harus menjauhi dan jangan lihat orang lain menguap kerana IA BERJANGKIT!
Keempat, kalau dah ngantuk sangat, ambik bantal dan tidur...
Kedua, tarik nafas dalam dan rasa kemudian perasaan rasa ingin menguap akan serta merta hilang. Ketiga, pakar psikologi berkata awak harus menjauhi dan jangan lihat orang lain menguap kerana IA BERJANGKIT!
Keempat, kalau dah ngantuk sangat, ambik bantal dan tidur...
Antara berikut, makanan manakah yang membakar lemak dalam badan?
a) Rumpai laut
b)Bawang putih
c) Tiada makanan yang dapat membakar lemak
*Jawapan yang tepat C : Sesetengah makanan seperti limau atau rumpai laut dikatakan dapat membakar lemak dalam badan. PERKARA INI TERNYATA SALAH DAN TIDAK BENAR. Serat diet yang ada dalam makanan tersebut memberikan perasaan ‘kenyang’ dengan jumlah kilojoul yang minimum.
Antara berikut, makanan manakah yang dianggap menggemukkan?
a) Kentang, roti dan nasi
b) Mentega dan minyak
c) Tiada makanan yang menggemukkan
*Jawapan yang tepat B : Mitos menyatakan makanan seperti kentang, pasta dan lain-lain bentuk karbohidrat akan menyebabkan anda gemuk. Karbohidrat sebenarnya merupakan sumber bahan bakar pilihan badan. Makanan yang berlemak seperti mentega dan minyak mempunyai lebih kilojoul yang padat pada setiap gram sama ada karbohidrat atau protein.
Apakah jenis sarapan pagi yang disyorkan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan?
a) Tidak mengambil sarapan langsung
b) Mengambil buah-buahan sahaja
c) Mengambil bijirin penuh seperti roti, muffin atau bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan buah-buahan dan prodk tenusu rendah lemak.
*Jawapan yang tepat C : Mengabaikan sarapan pagi harus dielakkan kerana ia akan membuatkan daya tumpuan anda semakin kurang dan ia akan menyebabkan anda untuk makan terlalu banyak di kemudian hari. Bukti baru menunjukkan dengan mengambil sarapan yang sihat setiap hari boleh mengurangkan risiko anda untuk gemuk dan juga menghidap kencing manis dan sakit jantung,
Semasa berdiet, berapakah jumlah berat yang disasarkan untuk turun setiap minggu?
a) Sehingga satu kilogram
b) Dua hingga tiga kilogram
c) Tiga kilogram atau lebih
*Jawapan yang tepat A : Jika anda kehilangan lebih daripada satu kilogram dalam seminggu, anda berisiko untuk juga kehilangan air dan tisu otot. Elakkan diet yang mengejut dan kehilangan berat badan dengan cepat kerana badan akan bertindak balas dengan mengurangkan metabolisme dan mengambil tisu otot sebagai ganti tenaga.
Berapa banyak jumlah berat yang perlu diturunkan oleh seseorang yang berlebihan berat badan atau obes?
a) Seseorang yang berlebihan berat badan atau obes mesti kehilangan sekurang-kurangnya 20% daripada berat badan mereka
b) Seseorang yang berlebihan berat badan atau obes hanya perlu kehilangan 5-10%
daripada berat badan mereka untuk memastikan perkembangan kesihatan mereka tidak terjejas
c) Seseorang yang berlebihan berat badan atau obes biasanya telah kehilangan berat
sebanyak 20 kilogram
*Jawapan yang tepat C : Ramai yang menetapkan matlamat kehilangan berat badan yang tidak realistik untuk diri mereka sendiri. Banyak kajian telah membuktikan menurunkan sekitar 5-10% berat badan awal dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.
Berapa lama anda perlu mengamalkan diet?
a) Tidak lebih daripada dua minggu
b) Sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan
c) Sebaik-baiknya seumur hidup anda
*Jawapan yang tepat C : Anda harus mengelak untuk melakukan diet mengejut dan dalam jangka masa yang pendek. Sebaiknya, tekankan gaya hidup yang aktif dan tabiat pemakanan yang sihat dalam menurunkan berat badan sepanjang hayat.
Betul 1 hingga 2
Nampaknya pengetahuan anda tentang menurunkan berat badan sangat sedikit. Ia mungkin satu idea yang baik bagi anda untuk mendapatkan bantuan profesional untuk membantu anda dalam membuat pilihan gaya hidup yang sihat.
|
Betul 3 hingga 5
Beberapa tanggapan anda mengenai penurunan berat badan ada yang tidak berapa tepat. Anda boleh cuba melayari laman mengenai kesihatan untuk mengetahui panduan menurunkan berat badan yang betul.
|
Betul 6
Syabas! Anda memang arif mengenai cara menurunkan berat badan yang betul dan anda dapat mengelakkan daripada melakukan diet yang salah.
|
Sifat seseorang munafik ibarat seekor sesumpah yang mampu menyerupai setiap sesuatu warna. Dalam sesuatu perkara, mereka seolah sebagai pelakon, jadikan sandiwara, bagi memenuhi kehendak sendiri. Begitulah yang dimiliki orang-orang yang hanya beriman dengan lisan akan tetapi hatinya tidak merasakan ketakutan kepada اللّٰه.
Firman اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى yang bermaksud:
…”Sesungguhnya اللّٰه akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (QS. An Nisaa: 140).
Firman اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى lagi:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu pada tingkat yang paling bawah dari neraka… Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka..” (QS An Nisaa : 145)
Daripada Abu Hurairah r.a
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
" Tiga petanda orang munafik iaitu,
Ⅰ— Bercakap bohong.
Ⅱ— Memungkiri janji.
Ⅲ— Mengkhianati amanah."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dikisahkan zaman Nabi صلى الله عليه وسلم mengenai sahabat baginda yang amat takuti dengan sifat munafik. “Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik..!” soal Hanzalah pada dirinya.
Kakinya melangkah laju menuju ke Masjid. Rasulullah صلى الله عليه وسلم
pasti ada disana fikirnya. Perasaan ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik..! Hanzalah telah munafik..!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah bertemu dengan Saidina Abu Bakar a.s Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.
“Apakah yang telah engkau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakar, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun, ketika di rumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku. Hilang tangisan aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik..!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.
Saidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.” Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan tangisan tidak terhenti.
Mereka benar-benar ketakutan, takut pada اللّٰه dab neraka yang sedia menunggu para munafik, hati mereka meronta-ronta.
Saat tibanya di hadapan Nabi صلى الله عليه وسلم Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.” Kemudian Nabi صلى الله عليه وسلم bertanya. “Kenapa, wahai Hanzalah?”
“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir, lantas air mataku mengalir. Namun, ketika aku berada di rumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah” Tanya Hanzalah.
Nabi صلى الله عليه وسلم tersenyum.
Lantas baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. (Riwayat Muslim)
Huraian maksud hadis di atas ialah kita sebagai manusia ini memang mempunyai iman yang turun dan naik. Hanya para malaikat sahaja yang mempunyai iman yang tetap, yang penting sekiranya kita ada berbuat dosa, bertaubatlah, dan berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar iman kita meningkat setanding dengan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti Hanzalah dan Saiidina Abu Bakar a.s Siddiq. Walaupun mereka mempunyai tahap keimanan yang sangat tinggi, mereka masih risau tentang tahap keimanan mereka.!
Ibnu Katsir mengatakan bahawa makna dari firman Allah swt بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا “Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih” iaitu bahwa orang-orang munafik yang memiliki sifat :
Ⅰ— Beriman kemudian kafir maka hati mereka tertutup kemudian اللّٰه mensifatkan bahwa mereka adalah orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pelindung.
Ⅱ— Dijadikan sebagai lakonan, apabila bertemu dengan mereka maka orang-orang munafik itu mengatakan,”Sesungguhnya kami bersama kalian, sesungguhnya kami hanya mengolok-olok orang-orang beriman dengan penampilan kami yang seolah-olah sejalan dengan mereka.”
Baru kejap tadi encik posmen return semula hadiah 2nd Giftaway By Starlavenderluna
kerana tak di claim..
Jadi mohon maaf pada yang sahabat saya yang tak claim hadiah tue dan saya terpaksa
mencabut undi secara rawak untuk diberi hadiah kepada orang lain...
Ucapan tahniah pada sis Sha@Kasihkuamani kerana memenangi hadiah 2nd Giftaway By Starlavenderluna.. Mohon sis beri kerjasama untuk menghantar segala detail sis untuk
pengeposan hadiah pada whatsapp saya (019-9884032) atau melalui emel starlavender.luna@gmail.com
Nama :
Alamat :
No. Telefon :
Terima kasih.. Dan tahniah sekali lagi..
3 Februari 2016 (Rabu) - Dewan Besar Astana Negeri Sarawak
YS
PKPjB Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah
dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam - "Pingat Perkhidmatan Cemerlang
(Emas)(PPC)" dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri
Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak hari ini (Rabu – 3 Februari
2016)
Pingat ini dikhaskan kepada para pegawai awam dan perkerja
Badan-Badan Berkanun /Majlis Berkuasa Tempatan / Agensi-agensi Negeri
bagi mengiktiraf dan menghargai khidmat cemerlang, kecekapan, kebolehan
dan kejayaan mereka. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YS
Pengarah.
Dahaga..cari air..
Mandi..cari air..
Masak..cari air..
Cuci..cari air..
Air..air...air...
Pemberian tiada ternilai,
Anugerah dari Yang Maha Kuasa..
Hebatnya tidak terhingga,
Kenapa tidak kita contohi air??!!..
Di cincang...tiada putus..
Di bakar tiada hangus..
Di mana duduk..ikut acuan..
Mengalir..ikut arus..
Ikut hukum alam..
Ikut aliran...
Tiada air mudik ke hulu..
Tiada air terbang ke langit..
Belajarlah dari air..
Taat pada hukum alam..
Nampak lemah..
Nampak cair...
Api marak...airlah pemadam..
Pokok layu..airlah disiram..
Berlembutlah seperti air...
Berjuanglah seperti air..
Lembut belum tentu kalah..
Lihatlah air...
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...
Biar hati seperti air..
Biar sejuk biar tenang..
Tampak lembut tampak cair,
Kemenangan tetap milik air...
Jangan seperti batu,
Keras dan kaku,
Terhempas pecah berderai..
Pecah bersepai...
#PLY# berjuanglah seperti air..
Di cincang tiada putus...
Di bakar tiada hangus...
Caranya:
1 .petik kangkung yg masih segar dikebun... ambil yang masih muda...
2. Cuci dengan air bersih, bersihkan kotorannya....
3. Ikat batangnya satu persatu dengan baik...Kemudian bawa dan jual ke pasar. Wangnya belikan sabun mandi untuk mandi..
1 .petik kangkung yg masih segar dikebun... ambil yang masih muda...
2. Cuci dengan air bersih, bersihkan kotorannya....
3. Ikat batangnya satu persatu dengan baik...Kemudian bawa dan jual ke pasar. Wangnya belikan sabun mandi untuk mandi..
SELAMAT MENCUBA...!!!
S : Berapa jumlah Surah dlm al-Quran?
J : 114 Surah
J : 114 Surah
S : Berapa jumlah Juz dlm al-Quran?
J : 30 Juz
J : 30 Juz
S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran?
J : 60 Hizb
J : 60 Hizb
S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran?
J : 6236 Ayat
J : 6236 Ayat
S : Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf
S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazhah, Hamalatul-Arsy, dll.
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazhah, Hamalatul-Arsy, dll.
S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 15 Sajdah
J : 15 Sajdah
S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : 25 Nabi
J : 25 Nabi
S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.
S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran? sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran?
J : 29 Surah.
J : 29 Surah.
S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.
J : Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.
S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.
S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Shalih, Dzul-Kifli, Syuaib, Idris, Muhammad 'alayhi shalatu wa sallam.
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Shalih, Dzul-Kifli, Syuaib, Idris, Muhammad 'alayhi shalatu wa sallam.
S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Maryam binti Imran.
S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al-Ahzab ayat 37.
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al-Ahzab ayat 37.
S : Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.
J : Surah at-Tawbah.
S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.
J : Surah al-Naml.
S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.
J : Surah al-Kafirun.
S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas
J : Surah al-Ikhlas
S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk
J : Surah al-Mulk
S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah al-Kahfi
J : Surah al-Kahfi
S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255
S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.
S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)
S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.
S : Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.
S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga?
J : Ayat Kursi.
J : Ayat Kursi.
S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.
S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10.
S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.
Assalamualaikum,
Ada orang tidak dapat menerima penderitaan yang dihadapinya seperti kehilangan orang yang disayangi atau harta benda. Apakah keengganan menerima keadaan perkara yang berlaku bererti menyanggah kekuasaan Allah? Apakah pilihan kita... redha atau mengeluh ?Jika seseorang menghadapi musibah, dia wajib menerima dengan redha dan sabar. Contohnya menghadapi kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan sakit. Dengan meyakini hikmah sesuatu musibah antaranya ialah satu ujian yang boleh meningkatkan iman dan boleh menghapuskan dosa-dosanya.
Sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." (HR: Bukhari, Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a.)
PENCERAHAN :
Bagi menghadapi musibah, Islam mengajar umatnya beberapa cara dan adab, antaranya ialah:
1. Redha dan terus husnuzan (bersangka baik) dengan Allah. Tanda Allah SWT sayang kepada kita dan Allah mengetahui kita mampu menghadapi ujian itu.
2. Mengucap 'Innalillahi wa inna ilaihi raji'un' iaitu merujuk kembali apa pun musibah yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT. Allah telah berfirman :
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (QS: Al-Baqarah, ayat 156)
3. Menenangkan lidah dan badan ketika ditimpa sesuatu tetapi menangis diharuskan dan bukan menjadi kesalahan. Umat Islam tidak dibenarkan melampau dalam menzahirkan kesedihan ketika ditimpa sebarang musibah. Mengeluh berpanjangan kerana dikhuatiri mendatangkan perasaan seolah-olah tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT.
4. Berusaha menyembunyikan musibah. Berasa gembira jika diuji dengan musibah kerana mengenangkan ganjaran yang bakal diterima. Gembira dan redha secara syarie bukan secara tabie kerana tabiat manusia tentu tidak menyukai musibah. Jangan pula ketawa bila ada waris kita yang meninggal !
5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, semoga musibah yang menimpa menjadi titik tolak kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik, lebih kuat pergantungan kepada Allah SWT, lebih menjaga syariat, lebih berusaha menuntut ilmu dan beramal untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bersabarlah dan jangan mengeluh.
KESIMPULAN :
Kadangkala bukan sahaja kerana musibah sahaja kita kena redha dan tidak mengeluh, tetapi dalam buat kerja-kerja dakwah juga. Betullah kata sahabat...kalau buat kerja kerana Allah kita akan lebih redha dan tidak akan mengeluh bila kena kerja lebih dari orang lain, asyik-asyik kena relief ganti kelas orang lain atau bila hasil penat lelah kita diplagiat oleh orang lain... Allahu Akbar contoh aje !
Wallahu a'lam - semoga dapat manfaatkan ilmu ini..
Satu DOA yang sangat baik untuk kita sentiasa amalkan, yang mana doa ini adalah merupakan doa yang sering dipohon oleh Nabi salallahualaihi wasalam.
Walaupun Rasulullah Salallahualaihi Wasalam seorang insan yg dikatakan sebagai kekasih Allah dan juga merupakan seorang Rasul , namun baginda adalah manusia biasa yang mana meskipun beliau di perlihara oleh Allah SWT, baginda salallahualaihi wasalam tetap SENTIASA memohon kepada Allah SWT agar hatinya terpelihara dari perasaan2 yang juga sering dirasai oleh insan2 lain seperti duka/keluh kesah , lemah dan malas, bakhil, penakut, hutang yang membebankan serta penindasan orang yg memusuhinya.
Doa ini SOHEH, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yg terdapat di dalam kitab solat bab Penjelasan tentang istiadzah.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
"Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan, wa 'auudzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a'udzubika minal jubni wal bukhl, wa 'auudzubika min gholabatid daini wa qohrir rijaal"
"Ya Allah , aku berlindung kepada Mu dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah dalam kemalasan , dari sifat pengecut dan bakhil dari bebanan hutang dan penindasan manusia"
Saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta penuh dengan keyakinan dan keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Di dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba- Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 152)
Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud,“Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-'Araaf [007], ayat 205)
Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah seperti membaca tasbih ‘Subhanallah’ bertakbir‘Allahuakbar’, membaca hauqalah ‘Lahaula wala Quwata Illa Billah’, membaca hasballah‘Hasbiallah’, membaca basmallah ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’, membaca al-Quran al-Karim dan membaca doa-doa yang mahsyur iaitu doa yang diterima daripada Rasulullah SAW.
Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri kita dari bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh meluruskan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah. Zikir juga boleh menyebabkan pengamalan mendapat keampunan dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 35)
Di samping itu, zikir ‘Lailahaillallah’ mempunyai banyak fadhilat dan kelebihan, antaranya ialah:-
Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.
Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.
Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)
Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.
Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)
Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.
Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’ .” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Jangan meninggalkan zikir
Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaian mu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedarang ingat kepada zikir yang disertai rasa hadir dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zihir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).
Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.
Abu Qasim al-Qusyairy berkata : Zikir itu symbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya, dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal. Segala kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.
Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, “Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”
Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).
Abdullah nin Abbas r.a. berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hamba-Nya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).
Firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (yaitu) orang-orang yang mengingat (berzikir pada)Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 190-191)
Firman Allah yang bermaksud, “Hai sekalian orang yang beriman : Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang.”
Yakni pagi, siang, petang, malam, di darat, di laut, di udara, pergi dan tidak pergi, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sihat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.
Antara zikir yang boleh dijadikan amalan
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, “Siapa membaca kalimat tahlil: ‘Laa ilaaha ilallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syai-in qadiir’ sebanyak seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai ke petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. dan siapa membaca: ‘Subhanallaahi wa bihamdih’ sebanyak seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2313)
Dari Amru bin Maimun r.a., dari Rasulullah SAW sabdanya: “Siapa membaca: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa alaa kulli syain qadiir’ sebanyak sepuluh kali, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala orang yang memerdekakan empat orang keturunan Ismail.” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2315)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan pahalanya dan keduanya disukai Allah SWT ialah: ‘Subhaanallahi wa bihamdih, subhaanallaahil azhiim.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat, Istighfar No Hadis – 2316)
Dari Mush’ab bin Sa’ad dari bapanya r.a., katanya: Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: “(Ya, Rasulullah!) Ajarkanlah kepadaku kalimat (zikir) untuk kubaca.” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah’, ‘Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillahi katsiiran wa subhaanallaahi rabill alamin’, ‘laa hawla wa laa quwwata illa billaahil azizil hakim.’” Lalu kata orang itu, “Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata, yang mana untukku?” Sabda baginda, “Bacalah: ‘Allahummaghfir li warhamni, wahdini warzuqni.’” (Sahih Muslim dalam Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2318)
Dari Abu Malik Al Asyja'i dari bapanya r.a., kataya: “Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi SAW mengajarinya solat, kemudian baginda menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini ‘Allahummghfir li war hamni wahdini, wa aafini, warzuqni.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2319)
Dari Abdullah r.a, katanya, “Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW berdoa: ‘Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha. wa a'udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba'daha. Rabbi a'udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi a'udzu bika min 'adzabin fi naari wa 'adzabin fil qabri’ dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata ‘amsaina’ (petang hari) dengan kata ‘ashbahna’ (pagi hari).” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2345)
Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a., katanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , Istighfar No Hadis – 2348)
Kesimpulan
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah SWT yang ingin memperolehi kesempurnaan imannya tidak akan mempermudah dan melengah-lengahkan untuk berzikir, tiada mahu lalai dan dilalaikan oleh sesuatu dari berzikir kerana lalai dan lupa Allah SWT itu adalah lantaran jiwa yang telah dipengaruhi oleh syaitan. Oleh itu pelajarilah zikir dan amalkanlah, mudah-mudahan kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang banyak berzikir serta berjaya hidup di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal'alamin.
Firman Allah SWT yang maksudnya, “Maka kalau sekiranya dia (Nabi Yunus) bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih, nescaya dia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.”(Surah Ash-Shaaffaat [037], ayat 143-144 )
Semoga bermanafaat.
Takbir!!!Allahuakbar
Assalamualaikum,
Bulan nie saja ada dua minggu berturut-turut takde Monday blues kan.. dan minggu depan kita akan bercuti lagi iaitu cuti tahun baru cina.., dan saya pun akan bercuti jugak, seminggu.. amboiii cik Shikin nie mengalahkan orang cina pulak bercuti.. hihi..Sebabnya secara kebetulan hubby dapat cuti dua minggu sempena tahun baru cina, dan hubby kata tak best balik kampung di Kuala Terengganu dengan tempoh cuti yang singkat..
Tadi pun saya dah apply cuti rehat untuk minggu depan dan yang pastinya Cik Pah kita berasa seronok sebab anak-anaknya balik rumah.. Minggu depan ustazah (panggilan adik keempat) akan bercuti jugak memandangkan sekolah bercuti seminggu..
Well, kerja di opis nie pulak, kami baru saja selesai membuat 5s di library dan sekarang nie cuma tunggu masa saja untuk diaudit, tapi masih banyak bahagian/unit yang lain belum siap dikemaskan.. Oh ya, baru2 nie jugak saya mengedit semula blog library yang baru yang mungkin lebih kemas kot dan ketua unit saya sukakan perubahan blog baru kami..
Macam nak pecah kepala dibuatnya bila mengedit semula blog, yealah kita nie tak pandai sangat tentang yang guna kode html tue, cuma try and error saja... dan itulah hasilnya, kalu awak suma ada masa, sudi2kanlah jenguk blog library kami nie yea...
Dan maafkan saya kepada awak suma kerana tak dapat nak blogwalking, insha allah ada masa saya akan singgah di rumah-rumah awak yea..
Jaa nee..
Macam nak pecah kepala dibuatnya bila mengedit semula blog, yealah kita nie tak pandai sangat tentang yang guna kode html tue, cuma try and error saja... dan itulah hasilnya, kalu awak suma ada masa, sudi2kanlah jenguk blog library kami nie yea...
Dan maafkan saya kepada awak suma kerana tak dapat nak blogwalking, insha allah ada masa saya akan singgah di rumah-rumah awak yea..
Jaa nee..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons