Mana satu betul? Antara mitos dengan fakta menurunkan berat badan?

Monday, February 15, 2016




Antara berikut, makanan manakah yang membakar lemak dalam badan? 

     a) Rumpai laut
     b)Bawang putih
     c) Tiada makanan yang dapat membakar lemak
    *Jawapan yang tepat C : Sesetengah makanan seperti limau atau rumpai laut dikatakan dapat membakar lemak dalam badan. PERKARA INI TERNYATA SALAH DAN TIDAK BENAR. Serat diet yang ada dalam makanan tersebut memberikan perasaan ‘kenyang’ dengan jumlah kilojoul yang minimum.


Antara berikut, makanan manakah yang dianggap menggemukkan?
    a) Kentang, roti dan nasi
   b) Mentega dan minyak
   c) Tiada makanan yang menggemukkan  

*Jawapan yang tepat B : Mitos menyatakan makanan seperti kentang, pasta dan lain-lain bentuk karbohidrat akan menyebabkan anda gemuk. Karbohidrat sebenarnya merupakan sumber bahan bakar pilihan badan. Makanan yang berlemak seperti mentega dan minyak mempunyai lebih kilojoul yang padat pada setiap gram sama ada karbohidrat atau protein.


Apakah jenis sarapan pagi yang disyorkan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan?
a) Tidak mengambil sarapan langsung
b) Mengambil buah-buahan sahaja
c) Mengambil bijirin penuh seperti roti, muffin atau bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan buah-buahan dan prodk tenusu rendah lemak.  

*Jawapan yang tepat C : Mengabaikan sarapan pagi harus dielakkan kerana ia akan membuatkan daya tumpuan anda semakin kurang dan ia akan menyebabkan anda untuk makan terlalu banyak di kemudian hari. Bukti baru menunjukkan dengan mengambil sarapan yang sihat setiap hari boleh mengurangkan risiko anda untuk gemuk dan juga menghidap kencing manis dan sakit jantung,


Semasa berdiet, berapakah jumlah berat yang disasarkan untuk turun setiap minggu?
    a) Sehingga satu kilogram
   b) Dua hingga tiga kilogram
   c) Tiga kilogram atau lebih

*Jawapan yang tepat A : Jika anda kehilangan lebih daripada satu kilogram dalam seminggu, anda berisiko untuk juga kehilangan air dan tisu otot. Elakkan diet yang mengejut dan kehilangan berat badan dengan cepat kerana badan akan bertindak balas dengan mengurangkan metabolisme dan mengambil tisu otot sebagai ganti tenaga.




Berapa banyak jumlah berat yang perlu diturunkan oleh seseorang yang berlebihan berat badan atau obes?
   a) Seseorang yang berlebihan berat badan atau obes mesti kehilangan sekurang-kurangnya 20% daripada berat badan mereka
   b) Seseorang yang berlebihan berat badan atau obes hanya perlu kehilangan 5-10%

daripada berat badan mereka untuk memastikan perkembangan kesihatan mereka tidak terjejas
   c) Seseorang yang berlebihan berat badan atau obes biasanya telah kehilangan berat

sebanyak 20 kilogram  
*Jawapan yang tepat C : Ramai yang menetapkan matlamat kehilangan berat badan yang tidak realistik untuk diri mereka sendiri. Banyak kajian telah membuktikan menurunkan sekitar 5-10% berat badan awal dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Berapa lama anda perlu mengamalkan diet?
    a) Tidak lebih daripada dua minggu
    b) Sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan
   c) Sebaik-baiknya seumur hidup anda
*Jawapan yang tepat C : Anda harus mengelak untuk melakukan diet mengejut dan dalam jangka masa yang pendek. Sebaiknya, tekankan gaya hidup yang aktif dan tabiat pemakanan yang sihat dalam menurunkan berat badan sepanjang hayat.


Betul 1 hingga 2


Nampaknya pengetahuan anda tentang menurunkan berat badan sangat sedikit. Ia mungkin satu idea yang baik bagi anda untuk mendapatkan bantuan profesional untuk membantu anda dalam membuat pilihan gaya hidup yang sihat.
Betul 3 hingga 5


Beberapa tanggapan anda mengenai penurunan berat badan ada yang tidak berapa tepat. Anda boleh cuba melayari laman mengenai kesihatan untuk mengetahui panduan menurunkan berat badan yang betul.
Betul 6


Syabas! Anda memang arif mengenai cara menurunkan berat badan yang betul dan anda dapat mengelakkan daripada melakukan diet yang salah.

1 comment

  1. Perkongsian yang bagus.. Karbohidrat tak menggemukkan.. Yeah!!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧