Kisah Wanita Tua Dengan Kalimah Bismillah.
"Ada seorang wanita tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Wanita itu sentiasa membaca Bismillah kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah, namun duaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "...Asyik Bismillah, Bismillah..."
Sekejap-sekejap Bismillah..."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari yang suaminya berkata : "..Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu..."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini..."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata:
"..Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan..."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."
Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba
Putrajaya: Pada 1993, pegawai bomba ini menjadi perhatian apabila dia menyelamatkan seorang bayi berusia 18 bulan yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower dan kini dia sangat berharap dapat bertemu dengan insan yang diselamatkannya itu.
“Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya ingin bertemu dengannya,” kata Norizan Saad.
Harian Metro melaporkan Norizan, 46, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan, Nur Hamidah Najib selepas dia ditemui terperangkap dalam runtuhan di Blok A Kondominium tersebut, 23 tahun lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi.
Mengimbau kembali tragedi itu, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata ketika kejadian itu dia baru sahaja tiga tahun bertugas sebagai anggota bomba dan dipertugaskan untuk membawa turun adik Nur Hamidah.
“Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku.
“Sebaik berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan,” katanya.
Tambah beliau, ketika itu adik Nur Hamidah hanya memakai lampin.
“Tangisannya memenuhi ruang...kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan.
“Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat,” katanya.
Nur Hamidah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.
“Dia individu yang terselamat dalam insiden itu. Ia boleh dikatakan satu keajaiban,” katanya beliau
P/s : Semoga Penguasa Kanan Bomba II Tuan Norizan Saad dipertemukan dengan Nur Hamidah...
Social Icons