Lamanya tak berdiskus dengan awak suma...

Tuesday, March 08, 2016

Assalamualaikum wbt..
huyooo lama giler rasanya tak tulis( tulis ke...taip..?) jurnal nie..pekabar suma? gomennasai minna-san sebab tak dapat nak berblogging selalu... bukan apa, pada 16 januari lepas, HQ bomba telah melancarkan amalan 5S Induk dan dijangka akan mendapat persijilan pada bulan julai nanti..


Sejak dari hari pelancaran, pelbagai zon telah ditubuhkan dan library diletakkan di bawah zon Tanjung..dan meeting pertama di bahagian pengurusan telah meletakkan nama saya untuk menjadi setiausaha bagi zon Tanjung, bos saya pulak dilantik sebagai fasilitator zon Tanjung..
sejak tue jugak kami terpaksa balik malam semata2 nak siapkan amalan 5S nie, penat wooo...lepas tue nama saya sekali lagi naik untuk menjadi auditor induk untuk 5S nie...huhuhu T_T bertambah lagi jawatan saya... hari nie dan esok saya berkursus untuk audit dalaman dan esok jugak audit dalaman pertama akan dijalankan...

Jadi mintak.maaf banyak2 pada sahabat yang tag nama saya untuk GA yang dianjurkan sebab saya tak. dapat nak fokus sepenuhnya untuk berblogwalking atau sertai GA... walaupun ada cuti hari sabtu dan ahad tapi tak sempat jugak nak buat, kerana memenuhi permintaan untuk mengurut terapi buang angin..

tapi saya nak ucap banyak2 terima kasih pada sahabat yang tag nama saya, tanda saya masih diingati...chewaaahhh... pada sahabat yang dapat hadiah giftaway saya hari tue, tahniah sekali lagi sebab selamat sampai di tangan awak suma...apapun harap2 jika saya buat GA lagi, awak suma masih sudi nak sertainya lagi yea...


awak nak tau, banyak betul dugaan saya masa nak buat 5S nie, yealah.. macam sekarang nie saya mengalami batuk selesema, kalu ikutkan baru baik demam... aritue la gatal sangat pegi mandi masa baru nak demam, terus demam dua hari...suma family saya memang camtu, kalu demam tak boleh mandi sehingga kebah sebab ianya akan melarat.. nie pun masih bersuara rocker tak popular dek batuk...saya ambik masa jap untuk menaip jurnal nie sebab rasa rindu nak berblogging macam selalu... tadi pun sebab ada customer urut datang ke rumah untuk mengurut jadi takdelah saya rushing balik ke rumah...




okeylah, jaa.nee...oyasumi minna-san.. insha allah jika ada masa saya akan berkunjung ke rumah awak semula...✌


2 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧