Assalamualaikum wbt…
Wahhh..
lama betul saya tak kemaskini jurnal nie.. gomennasai minna-san.. sejak dua menjak
nie memang saya sibuk sikit, maklumalah kat opis tue, selagi JBPM tak dapat
persijilan 5S, selagi tue la tak senang duduk kami dibuatnya… Banyak kerja yang perlu diselesaikan…
Well,
cuti baru2 nie awak suma pergi ke mana..? mesti ada yang balik kampung atau
pergi bercuti bersama keluarga.. hihi saya pun tak terkecuali jugak dan kali
nie saya balik ke kampung suami di Sungkai, Perak…
And you know something, finally saya dapat jejakkan kaki ke Sungai Klah Hot
Spring… huhuhu suami saya nie nama aje
penduduk Sungai Klah tapi sehingga ke hari yang dapat jejak kaki tue, sekali
pun tak pernah diajaknya pergi, atas alasan ramai orang di sana… huhuhu..
And
saya rasa seronok sangat pergi ke sana, apatah lagi saya nie jenis suka main
air, hihihi… tapi segan nak meluncur
gelongsur air sebab ramai budak2.. Kalu ikut kadar sebenar tiket masuk ke hot spring,
untuk dewasa kadar RM 15 dikenakan manakala kanak2 pula dikenakan sebanyak RM
12..Untuk warga emas pulak diberi harga caj masuk adalah RM 8 manakala untuk OKU pulak diberi harga tiket RM 5, tapi oleh kerana suami orang tempatan, kami hanya dikenakan sebanyak RM 8
jea sorang.. Setelah diberi dan dipakaikan tag gelang, kami pun masuk ke dalam
hot spring dengan menaiki trem.. Dan kalu awak nak letak barang-barang berharga, kat situ ada disediakan loker dengan dengan 1 token bersamaan RM 3... Biasalah pada waktu cuti nie, memang ramai
orang terutama yang mempunyai anak2 kecik datang ke situ untuk bersuka ria..
Kami pergi ke kolam sejuk dulu untuk berendam tapi baru 20 minit berendam,
tiba2 hujan turun dengan kelajuan sederhana…
hihi masa tue kan rasa macam citer Hindustan plak bila berada dalam hujan… Sementara menunggu hujan berhenti, kami sempat
berendam kaki dalam kolam air panas bersuhu 40˚C - 45˚C, rasa seronok sangat
walaupun kaki terasa sakit bila berendam dalam kolam air panas kerana masa tue
hanya kami berdua saja yang sanggup berendam kaki kat situ.. Pada mulanya ada
dua orang pakcik datang untuk join sekali tapi tak sampai 10 saat mereka angkat
kaki kerana tak tahan pada suhu air tue…
Setelah
berendam kaki di kolam air panas, kami sempat singgah ke tempat merebus telur,
masa tue makk aihhh mahal giler telur mentah yang dijual.. untuk pengetahuan
awak, kalu nak merebus telur, awak tak boleh sama sekali membawa telur mentah
daripada luar, ini bermakna awak perlu membeli telur mentah di dalam hot spring
tue dengan kadar harga yang mencekik darah, iaitu dalam satu bekas mengandungi 6
biji telur, kicap (tak tahu jenama, rasa macam kicap cair jea) bersamaan RM 5
sebekas… Suami saya membeli dua bekas
dengan harga RM 10… Masa tue memang berebut la nak
merebus telur disebabkan ramai jugak pengunjung di situ… Mesti awak heran kan napa nak merebus telur di situ
sedangkan kat rumah kita jugak boleh merebus telur… Sebenarnya bila awak merebus telur dengan air panas
semulajadi awak akan rasa kelainan pada rasa, macam berlemak sikit dan takde
bau hanyir telur… Itulah pengalaman saya semasa
berada di Hot Spring Sungai Klah, Cuma saya tak berkesempatan untuk makan nasi
buluh jea lagi sebab suami saya kata rasanya biasa jea, dia masak lagi sedap,
(hehehehe)… Nantilah saya review pasal nasi
buluh pulak kalu saya dapat peluang untuk makan di situ.. Saya balik ke Sepang
sorang diri dengan memandu kereta kesayangan kerana suami kerja di sana.. Oleh
kerana saya dah biasa balik pada waktu malam jadi tak terasa penat sangat
walaupun saya sampai di rumah pada pukul 3.15 pagi hari Selasa… Biasalah rakyat Malaysia kan suka balik ke
destinasi mereka di waktu akhir cuti, hadaplah jemmed…
Pengalaman
yang paling manis adalah masa pergi hot spring tue la, berendam kaki di kolam
air panas dengan suasana hujan turun dengan renyai2, macam tergiang2 di telinga lagu kuch
kuch hota hai plak time tue… hihihi yealah pergi berdua saja
tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang lain, rasa macam pergi honeymoon pun yea
jugak.. suami saya cakap, hot spring Sungai Klah sekarang dibuka sampai waktu
malam, tapi hanya pada kolam air panas jea la.. Kalu awak nak merasai mandi wap
semulajadi, memang tak rugi jika datang ke sini…
Rasa hilang suma tekanan kerja bila berendam dalam kolam tersebut, kalu ada
budak2 lagi seronok mereka… Oh ya, kolam sejuk tue terbahagi
kepada dua bahagian iaitu kolam jenis rendah dengan ketinggian, 1.5 kaki,
sesuai untuk budak2 dan satu lagi untuk dewasa dengan ketinggian 4.5 kaki… walaupun mempunyai dua bahagian tapi kolam dia
besar sangat dan tak Nampak padat dengan kehadiran manusia…
*Gambar-gambar
tersebut adalah sumber daripada Encik Google sebab masa tue kami memang cuma target nak mandi kolam..hihi...
Memang best. Bsru pergi tadi ^^
ReplyDelete