Bayangkan
Kita
ada anak kecil
Umur
3 tahun
Satu
hari
Kita
tengah masak di dapur
Si
anak ternampak pisau
Merengek-rengek
dia menangis
Nakkan
pisau jadi mainan
Agak-agak
kita bagi tak?
Tentulah
tidak kan..
Adakah
ini tandanya kita tak sayangkan anak?
Bahkan,
kerana sayanglah kita enggan berikan
Walaupun
di mata anak
Pisau
itu ‘menyeronokkan’
Tapi
kita lebih tahu
Anak
tidak tahu
Begitu
juga kita dengan Allah
Kita
‘merengek’ nakkan sesuatu
Tetapi
Allah tidak izinkan
Adakah
Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan,
kerana sayanglah
Kemahuan
kita tidak diturutkan
Malah
diganti dengan yang lebih baik
Tapi
tidak pada pengetahuan Allah
Allah
lebih Maha Mengetahui,
Kita
tidak tahu
Mari
bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah SWT.
Jika
tiada rezeki anak
Mungkin
diberikan rezeki mertua yang baik
Maka
kita lebih bahagia dari mendapat anak yang nakal / liar
Jika
tiada rezeki wang ringgit
Mungkin
diberikan rezeki kesihatan yang baik
Maka
kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia
Jika
tiada rezeki kereta mewah
Mungkin
diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
Maka
kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal
Jika
tiada rezeki rumah yang besar
Mungkin
diberikan rezeki makanan yang tidak putus
Maka
kita lebih bahagia dari si gelandangan
Jika
tiada rezeki pasangan yang cantik
Mungkin
diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka
kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala
Jika
tiada rezeki jodoh
Mungkin
diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
Maka
kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua
Jika
tiada rezeki pada hari ini
Mungkin
ada rezeki yang lebih baik pada hari esok
Maka
kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka
Bersabar.
Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.
Hanya
Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam
1 minit, baca ayat ini
“Hasbi
Rabbi Jalalllah, Mafi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad Salallah, La Ila Ha Illallah”
Assalamualaikum
wbt…
Syukur
Al-Hamdulillah, segala perancangan JBPM untuk mendapat persijilan Amalan
Berkualiti 5S telah berjaya.. Dan berakhirlah sudah penderitaan kami
semua..hihihi deritalah sangat kan.. Apapun, bermula pada hari nie, perasaan
lega dan tenang telah kembali menguasai diri sekarang..
Okey,
sekarang nie dah mood nak beraya pulak kan.. Tentu ada di kalangan kita dah
mula bercuti raya, atau akan mula bercuti pada hari Jumaat nie.. Jalan highway
akan menjadi penuh kesesakan yang luar biasa dan semoga perjalanan kita selamat
sampai di destinasi masing-masing.. Saya..? huhuhu saya akan mula bercuti pada
hari Selasa depan, disebabkan si bongsu mendapat cuti selepas raya, dan kami
balik bersama2 memandangkan tahun nie giliran anak Terengganu pulak beraya..
Hubby saya pun sebenarnya excited lebih disebabkan kali pertama dia beraya di
perantauan, jauh daripada rumahnya sendiri… hihi nak buat camne kan, mesti kena
ikut giliran untuk beraya, baru sama adil dan saksama, asalkan ada kesepakatan
dalam memberi keputusan… Kami akan balik ke Salak Tinggi pada hari raya keempat
nanti sebabnya hubby dah start keja pada hari Ahad tue.. Ralat memanglah ralat
sebab terasa singkat betul cuti raya tapi nak buat camne kan sebab dia keluar
mencari rezeki untuk keluarga kami…
Awak
tau untuk kali pertama opis saya nie takde buat hiasan raya seperti tahun2
sudah sebab baru semalam kami menghadapi final audit daripada MPC .. library sendiri
pun takde buat hiasan raya, sebab masing2 dah lupa kat mana kitorang letak
perhiasan beraya tue, gara2 amalan 5S punya pasal…
Nak
beli yang baru, rasa rugi pulak sebab hari nie dah hari Rabu, dan dalam minggu
nie saja staf JBPM masih bekerja… Start minggu depan, pasti situasi dalam opis
nie senyap dan sunyi, mungkin ada bunyi seperti nie..
Krikk..krikk..krikk…
Hahaha
betul kan..! Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, marilah kita sama2 mengejar
Malam Lailatul Qadar agar kita mendapat keberkatan ibadah kita… Walaupun pada
hakikatnya masjid2 kini telah berkurangan bilangan jemaah di minggu2 terakhir
puasa, tapi saya percaya yang kita semua masing2 sibuk mengejar Malam Lailatul
Qadar… Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua…Dan awak suma jangan lupa untuk tunaikan kewajipan kita, iaitu tunaikan zakat dan bantulah pada golongan yang lebih memerlukan bantuan kita... Semoga dengan bantuan kita akan meringankan bebanan mereka dalam menghadapi kehidupan di bumi Allah nie...
Pada
sahabat maya saya, terima kasih saya ucapkan kerana awak suma masih sudi baca
jurnal saya yang dah mula malap, dek kesibukan bekerja.. Insha Allah, lepas
raya nanti jika saya ada kelapangan masa, saya akan singgah dan ketuk pintu ‘rumah’
awak suma yea.. Dan terima kasih pada
sahabat2 yang baru menjadi sahabat maya saya, Insha Allah, di lain masa kita
akan bersua lagi…
Oh
ya..! Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin
kepada semua sahabat2.. Mana2 sahabat yang nak balik kampung tue, hati2 semasa
memandu, dan pastikan rumah tinggalan kita tue berada dalam keadaan selamat,
lagi selamat jika awak buat laporan bertulis pada polis tentang ketiadaan awak
di rumah kerana beraya di kampung…
Jaa
nee..
Assalamualaikum..
Lama
betul rasanya tak berblog walking dengan awak suma.. Bukan kerana merajuk tapi
kesuntukan masa dengan kerja yang begitu banyak, memandangkan final audit
amalan 5S akan dilaksanakan pada 28hb Jun nie… Kami di Zon Tanjung(kawasan
jagaan kami) merupakan satu kawasan yang agak luas dan tak berpenghuni, dalam
erti kata lain, kami kena jaga kawasan parking, rooftop, kafe (ditutup sempena
Ramadhan) dan beberapa kawasan yang agak jarang orang guna..
Walaupun
begitu, masih ada lagi yang perlu dibuat penambahbaikan (kaizen) seperti di
dalam bilik fail dan library.. Baru2 nie, pra-audit daripada MPC telah
dijalankan pada 14hb Jun lepas, dan ada beberapa teguran daripada auditor yang
perlu kami buat.. Jadi memang banyaklah kerjanya, niepun tulis blog nie secara
curi2 masa sebab saya tengah update blog library, salah satu tugas hakiki
saya.. Jadi saya mintak maaf banyak2 pada awak2 yang telah tag nama saya untuk
GA atau Segmen, saya memang tak dapat join buat masa nie, sebab kekangan masa
yang tak mengizinkan saya untuk join.. Dan maaf jugak dipinta kerana saya tak
dapat nak berblogwalking, Insha Allah jika semuanya telah selesai, saya akan
kembali untuk berkunjung di rumah awak suma,okey..?
Rasanya
belum terlambat kot, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua
umat Islam.. Semoga di bulan yang mulia nie, kita pertingkatkan lagi ibadah
kita dan pahala kita untuk bekalan di akhirat nanti.. Ini adalah kali kedua
saya dan suami berpuasa sama2 sebagai suami isteri..
Ohh,
lupa.. Awak tau, saya sambut hari ulangtahun perkahwinan saya yang pertama di
hari pertama kita berpuasa.. Saya rasa amat beruntung sekali sebab dapat
menyambut dua hari yang penting dalam kehidupan saya.. Dan kami sambut hari2
yang penting nie di Kuala Terengganu dan dalam masa yang sama jugak kami sambut
hari lahir Ummie saya yang tersayang.. Sebenarnya kami sambut hari lahir Ummie
awal dua hari memandangkan dia dilahirkan pada 8hb iaitu pada hari ketiga puasa
dan kami semua dah balik KL dah masa tue..
Jadi, pada hari Ahad (5hb) kami adik beradik telah berpakat untuk membeli
kek, jambangan bunga ros dan hadiah untuk Ummie kami.. Tapi maaflah takde
gambar untuk saya paparkan di sini sebab kami sekeluarga memang agak kurang
berminat untuk bergambar.. hihihi jadi awak suma dapat bayangannya saja, takpe
kan… imagine la sendiri mengikut kreativiti masing2.. wahh, mengikut kreativiti,
nie suma gara2 5S lah nie...
Kami balik Terengganu pada hari Sabtu lepas (4hb) dan berkampung di sana selama 4 hari..Secara kebetulan suami dapat cuti jugak, dia kata nak sambut hari pertama puasa di negeri orang pulak, hihi.. Dan memang banyaklah makanan tradisi Terengganu yang dapat dimakan oleh suami masa beli kat bazar Ramadhan tue, sedap2 katanya.. Yang paling kelakar tue, dia beli nasi bukhari ayam, padahal bukannya dia tak pernah makan nasi tue, cuma katanya rasa nasi bukhari Terengganu berlainan sikit.. Rasa camne pun saya tak tahu sebab lain orang lain rasanya, sebab saya rasa sama jea, hihihi..
Kemudian bila dah balik ke Salak Tinggi nie, kami kembali ke kehidupan normal masing2.. Saya dan geng2 Zon Tanjung bersiap siaga untuk menghadapi audit sebenar pada penghujung bulan nie, masa di audit kali terakhir oleh auditor dalaman (salah sorangnya saya) banyak jugak yang kami perlu dikemaskini dan bila pra-audit daripada MPC telah dibuat, kami perlu lebih banyak lagi untuk dibuat penambahbaikan, contohnya signage 'reversed parking' yang diamalkan oleh warga JBPM, perlu dibuat dengan menggunakan pallet besi, tapi memandangkan kos pembuatannya memang tak dibekalkan, kami membuat inisiatif bentuk A3 bagi menggantikan signage yang sedia ada dalam bentuk A4.. Awak mesti tercengang2 kan, reversed parking..? sebenarnya konsep nie dah diamalkan di FRAM Tronoh,FRAM Wakaf Tapai dan JBPM Sarawak.. Jadi kami pun di HQ nie kenalah buat jugak reversed parking, takde siapapun dikecualikan.. pada sahabat kami yang sebelum nie tak pandai untuk reversed parking pun kini dah mula pandai untuk melakukannya walaupun ada sikit kesilapan teknikal..
Okeylah, nanti ada masa saya update lagi yea.. Sebab nak sambung buat kerja-kerja sampingan nie dan nak balik ke rumah dalam masa setengah jam lagi.. Malam nie saya perlu pergi ke rumah customer urut untuk memberi perkhidmatan urut terapi buang angin..
Jaa nee..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons