Assalamualaikum
wbt…
Syukur
Al-Hamdulillah, segala perancangan JBPM untuk mendapat persijilan Amalan
Berkualiti 5S telah berjaya.. Dan berakhirlah sudah penderitaan kami
semua..hihihi deritalah sangat kan.. Apapun, bermula pada hari nie, perasaan
lega dan tenang telah kembali menguasai diri sekarang..
Okey,
sekarang nie dah mood nak beraya pulak kan.. Tentu ada di kalangan kita dah
mula bercuti raya, atau akan mula bercuti pada hari Jumaat nie.. Jalan highway
akan menjadi penuh kesesakan yang luar biasa dan semoga perjalanan kita selamat
sampai di destinasi masing-masing.. Saya..? huhuhu saya akan mula bercuti pada
hari Selasa depan, disebabkan si bongsu mendapat cuti selepas raya, dan kami
balik bersama2 memandangkan tahun nie giliran anak Terengganu pulak beraya..
Hubby saya pun sebenarnya excited lebih disebabkan kali pertama dia beraya di
perantauan, jauh daripada rumahnya sendiri… hihi nak buat camne kan, mesti kena
ikut giliran untuk beraya, baru sama adil dan saksama, asalkan ada kesepakatan
dalam memberi keputusan… Kami akan balik ke Salak Tinggi pada hari raya keempat
nanti sebabnya hubby dah start keja pada hari Ahad tue.. Ralat memanglah ralat
sebab terasa singkat betul cuti raya tapi nak buat camne kan sebab dia keluar
mencari rezeki untuk keluarga kami…
Awak
tau untuk kali pertama opis saya nie takde buat hiasan raya seperti tahun2
sudah sebab baru semalam kami menghadapi final audit daripada MPC .. library sendiri
pun takde buat hiasan raya, sebab masing2 dah lupa kat mana kitorang letak
perhiasan beraya tue, gara2 amalan 5S punya pasal…
Nak
beli yang baru, rasa rugi pulak sebab hari nie dah hari Rabu, dan dalam minggu
nie saja staf JBPM masih bekerja… Start minggu depan, pasti situasi dalam opis
nie senyap dan sunyi, mungkin ada bunyi seperti nie..
Krikk..krikk..krikk…
Hahaha
betul kan..! Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, marilah kita sama2 mengejar
Malam Lailatul Qadar agar kita mendapat keberkatan ibadah kita… Walaupun pada
hakikatnya masjid2 kini telah berkurangan bilangan jemaah di minggu2 terakhir
puasa, tapi saya percaya yang kita semua masing2 sibuk mengejar Malam Lailatul
Qadar… Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita semua…Dan awak suma jangan lupa untuk tunaikan kewajipan kita, iaitu tunaikan zakat dan bantulah pada golongan yang lebih memerlukan bantuan kita... Semoga dengan bantuan kita akan meringankan bebanan mereka dalam menghadapi kehidupan di bumi Allah nie...
Pada
sahabat maya saya, terima kasih saya ucapkan kerana awak suma masih sudi baca
jurnal saya yang dah mula malap, dek kesibukan bekerja.. Insha Allah, lepas
raya nanti jika saya ada kelapangan masa, saya akan singgah dan ketuk pintu ‘rumah’
awak suma yea.. Dan terima kasih pada
sahabat2 yang baru menjadi sahabat maya saya, Insha Allah, di lain masa kita
akan bersua lagi…
Oh
ya..! Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin
kepada semua sahabat2.. Mana2 sahabat yang nak balik kampung tue, hati2 semasa
memandu, dan pastikan rumah tinggalan kita tue berada dalam keadaan selamat,
lagi selamat jika awak buat laporan bertulis pada polis tentang ketiadaan awak
di rumah kerana beraya di kampung…
Jaa
nee..
Waalaikumussalam kakak!
ReplyDelete