Bayangkan
Kita
ada anak kecil
Umur
3 tahun
Satu
hari
Kita
tengah masak di dapur
Si
anak ternampak pisau
Merengek-rengek
dia menangis
Nakkan
pisau jadi mainan
Agak-agak
kita bagi tak?
Tentulah
tidak kan..
Adakah
ini tandanya kita tak sayangkan anak?
Bahkan,
kerana sayanglah kita enggan berikan
Walaupun
di mata anak
Pisau
itu ‘menyeronokkan’
Tapi
kita lebih tahu
Anak
tidak tahu
Begitu
juga kita dengan Allah
Kita
‘merengek’ nakkan sesuatu
Tetapi
Allah tidak izinkan
Adakah
Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan,
kerana sayanglah
Kemahuan
kita tidak diturutkan
Malah
diganti dengan yang lebih baik
Tapi
tidak pada pengetahuan Allah
Allah
lebih Maha Mengetahui,
Kita
tidak tahu
Mari
bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah SWT.
Jika
tiada rezeki anak
Mungkin
diberikan rezeki mertua yang baik
Maka
kita lebih bahagia dari mendapat anak yang nakal / liar
Jika
tiada rezeki wang ringgit
Mungkin
diberikan rezeki kesihatan yang baik
Maka
kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia
Jika
tiada rezeki kereta mewah
Mungkin
diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
Maka
kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal
Jika
tiada rezeki rumah yang besar
Mungkin
diberikan rezeki makanan yang tidak putus
Maka
kita lebih bahagia dari si gelandangan
Jika
tiada rezeki pasangan yang cantik
Mungkin
diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga
Maka
kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala
Jika
tiada rezeki jodoh
Mungkin
diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
Maka
kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua
Jika
tiada rezeki pada hari ini
Mungkin
ada rezeki yang lebih baik pada hari esok
Maka
kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka
Bersabar.
Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.
Hanya
Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam
1 minit, baca ayat ini
“Hasbi
Rabbi Jalalllah, Mafi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad Salallah, La Ila Ha Illallah”
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧