MENGAGUMKAN..! Ungkapan yang paling sesuai diucapkan pada sebuah sekolah di salah sebuah negeri, (tak tahu negeri mana..)... Kawasan ini dinamakan 'Laman Keinsafan' khas untuk para pelajar yang nakal dari segi displin..
Mereka akan didenda menghadap 'kubur' ini bagi merenung kembali dosa-dosa yang mereka lakukan...
Jadi, cadangan sekolah ini menubuhkan 'Laman Keinsafan' ini adalah sangat sesuai digunapakai di semua sekolah, baik daripada sekolah rendah dan sekolah menengah...
Hmm... Yealah, mindset orang kita memang takut dengan kubur, bila lalu saja di kawasan perkuburan lebih-labih lagi pada waktu malam, menyeramkan pada sesiapa saja tambahan dengan wangian bunga kemboja, menambah lagi keseraman kawasan itu..
Betul tak..?
Saya teringat ada satu drama keinsafan bertajuk 'Renungan Ajal' menceritakan mengenai Mejar Yusof (lakonan Hafidzuddin Fazil) yang dianugerahkan Allah dengan tanda kematian pertama bermula pada suatu hari selepas beliau mendirikan solat Asar, iaitu tanda kematian yang akan terjadi dalam 100 hari. Insan mana yang tidak gusar untuk menghadapi detik kematian yang bakal menjelang. Konflik dalam diri Yusof bertambah apabila beliau diarahkan berkhidmat di bawah panji-panji Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tentera pengaman di Lubnan, sebuah negara yang sedang bergolak hebat di Timur Tengah sedangkan beliau sendiri sedang bergelut dengan kecamuk perasaan oleh tanda kematian yang semakin hampir. Keinginan beliau menghembuskan nafas terakhir di pangkuan anak dan isteri terpaksa diketepikan. Tapi ada dua babak yang menarik perhatian saya..
Babak pertama adalah ketika ada seorang anggota di bawah jagaan Mejar Yusof yang seronok melakukan dosa tanpa memikirkan balasan dan seksaan daripada Allah... Mejar Yusof ingin mengajar beliau dengan cara yang paling meresap dalam jiwanya dengan membawanya ke tanah perkuburan.. Secara kebetulan ada seseorang telah meninggal dunia, dan tanah kubur digali untuk mengebumikan jenazah.. Mejar Yusof bersama dengan anggota terbabit turut pergi ke tanah kubur tersebut dan meminta anggota terbabit turun ke liang lahad, kemudian Mejar Yusof memberi arahan kepada anggota terbabit memakai pakaian kain kapan dan menyuruhnya baring menghadap kiblat, sama keadaan seperti jenazah dibaringkan.. Pada mulanya anggota tersebut enggan menurut kerana ketakuran tapi Mejar Yusof bertegas untuk memberi arahan.. Kemudian Mejar Yusof membaca talkin manakala anggota tersebut menjerit dan merayu meminta maaf di atas kesalahannya...
Babak kedua adalah Mejar Yusof terdengar satu fitnah membabitkan isterinya dan fitnah itu disampaikan oleh anngota tentera wanita.. Mejar Yusof memanggila nnggota tersebut dan meminta beliau makan daging mentah... Pada mulanya anggota wanita tue teragak-agak tapi dia masukkan juga daging mentah ke dalam mulutnya.. Kemudian Mejar Yusof meminta anggota tue berhenti makan sambil memberitahu bahawa fitnah itu adalah satu dosa besar yang tak diampunkan oleh Allah dan ianya diibaratkan seperti memakan daging manusia sesama Muslim...
Jaa nee..
Situasi di hospital...
Bila tunggu doktor, ada yang dipanggil untuk pemeriksaan dengan lebih cepat dan ada jugak berjam-jam menunggu untuk dipanggil.. Tue baru jumpa doktor, belum ambik ubatnya lagi kat farmasi..
Persoalan..?
Adakah awak dikategorikan seorang pesakit yang penyabar..? Jom audit diri dengan menjawab 8 soalan...
1. Apabila doktor datang lambat, saya ...
a) dengan tegas mendesak jururawat menyegerakan rawatan
b) habiskan masa berbual dengan pesakit lain mengenai penyakit yang dihidapi
c) bersabar sambil membaca bahan bacaan yang disediakan
2. Apabila saya menghubungi hospital berkaitan penyakit yang bukan daripada kategori kecemasan, saya ...
a) berharap dapat bercakap dengan doktor segera
b) terus menghubungi sehingga panggilan dijawab
c) bersabar sehingga dihubungi kembali
3. Setiap kali mempunyai masalah kesihatan, saya ...
a) akan berjumpa doktor dengan kadar segera
b) membuat kajian tentang simptom-simptom penyakit melalui carian di internet terlebih dahulu
c) tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku
4. Apabila menghadiri temu janji di hospital, saya ...
a) tidak hadir
b) kadang-kadang tepati masa
c) tepati masa temu janji
5. Apabila datang lambat ketika membuat temu janji, saya ...
a) tidak meminta maaf kerana doktor selalu membuat saya menunggu sebelum ini
b) memaklumkan kepada jururawat sebab hadir lambat
c) menghubungi kaunter hospital untuk membuat temu janji lain sekiranya tidak dapat memenuhi temu janji pada masa yang ditetapkan
6. Apabila saya berada di hospital bersendirian bersama jururawat, saya ...
a) hanya berdiam diri dan tidak berbual
b) tidak berganjak dari tempat duduk
c) berbual tentang sesuatu yang menyeronokkan dengan sopan dan mesra
7. Apabila saya mempunyai masalah kesihatan yang memalukan,
saya ...
a) merawat sendiri
b) memberitahu jururawat simptom-simptom penyakit itu
c) tidak memberitahu sesiapa melainkan doktor yang merawat
8. Apabila saya mempunyai insurans kesihatan, saya ...
a) menghubungi pihak insurans untuk mendapatkan jawapan apa yang harus dilakukan ketika sakit
b) hubungi hospital dan memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan
c) membuat kajian semula berkenaan dengan penyakit dan insurans untuk mendapatkan jawapan
Assalamualaikum wbt..
Saya nak kongsi sikit cerita tentang E-Book Love Story... hihi sebenarnya dah lama dah saya beli E-Book nie, ianya adalah projek untuk sumbangan banjir yang berlaku di Kelantan dulu tue... Jadi ada beberapa penulis yang terlibat dengan projek e-book nie antaranya :-
Ini adalah cover e-book.. |
E-book nie telah didatangkan dalam bentuk PDF dan flip-book, jadi jika awak suma nak baca e-book nie,
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, adik ipar telah selamat bersalin dan kami suma mendapat anak lelaki... Alhamdulillah... Syukur padaMu Ya Allah...
Awak tahu, ketiga-tiga anak sedara saya telah dilahirkan pada bulan Syawal...
Macam anak sedara lelaki saya yang sulung, Naqiu telah dilahirkan pada 3 Syawal 1434H, anak sedara perempuan yang baru dilahirkan pada 10 Syawal 1437H dan terbaru anak sedara lelaki yang dilahirkan pada hari nie iaitu 17 Syawal 1437H..
Kan.. Cantik betul perancangan daripada Allah SWT.. Insha Allah, semoga saya pun akan mendapat kenikmatan untuk melahirkan khalifah dunia...
Jaa nee...

Assalamualaikum wbt...
Nama kawan yang duduk di sebelah saya di dalam kelas adalah Tuan Rafidah Binti Tuan Ahmad a.k.a. Leeywa, dan dia jugalah yang menjadi 'bff' saya sampailah sekarang... Dia juga menjadi salah sorang ahli keluarga kami jugak kerana dia begitu rapat dengan ummie dan adik2...
Masih teringat di dalam minda nie, walaupun kami menjadi kawan rapat sejak di tingkatan 4, tapi kami diibaratkan belangkas, pergi ke mana2 berdua saja... Nak pergi ke bandar pun berdua, nak pergi ke sekolah, naik motor sama2.. Nak study group pun sama2, malah nak makan ABC pun makan sama2... hehehe.. Awak nak tahu, masa nak pergi ke sekolah, selalunya Leeywa akan singgah di rumah saya dulu sebelum kami sama-sama naik motor untuk pergi ke sekolah.. Walaupun kami naik motor yang berlainan tapi kami jalan seiring, menikmati suasana pagi, menelusuri jalan-jalan kampung (jalan shortcut untuk ke sekolah)... Dan Alhamdulillah ikatan ukhuwah yang terjalin nie masih kekal utuh walaupun kami berada jauh beribu batu antara satu sama lain..
Terlalu banyak kenangan yang indah ketika tue...
Tapi... Yang kelakar pada masa tue Leeywa akan dihalang menjadi partner saya ketika ujian bulanan dan exam pertengahan tahun kerana kawan-kawan yang lain akan menghimpit untuk mengetahui jawapan pada soalan peperiksaan terutama soalan Bahasa Inggeris.. Memang kelakar masa tue dan teringin betul nak undurkan masa untuk bersama mereka lagi...
Tapi masa takkan berundur dan kita semakin meningkat usia menuju ke arah 'rumah' kita yang hakiki... Dan ada sesetengah sahabat2 saya yang telahpun menemui Ilahi, Al-Fatihah untuk arwah sahabat2 saya nie...
Awak pulak camne? Siapa gerangan kawan yang duduk di sebelah awak dalam kelas?
Jaa nee...
Mufti Wilayah Persekutuan
July 18 at 2:19pm ·
Irsyad al-Hadith Siri ke-101 : Payung Emas
Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga.
Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :
• Firman Allah SWT:
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]
• Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.
Wallahua'lam
Pautan ke laman web rasmi PMWP: http://goo.gl/L281Wm
Alhamdulillah, adik dah selamat bersalin... One more baby will be born soon..!
Tuesday, July 19, 2016
Assalamualaikum wbt...
Syukur Alhamdulillah, adik keempat saya telah selamat melahirkan baby girl secara caesarean pada hari Jumaat jam 8.55pm..
Geram bila tengok baby girl nie, memang sebijik rupanya macam mama dia... Jadi sejak pada hari Jumaat saya ambik cuti untuk kelahiran baby girl dalam keluarga kami...
So, sekarang kami sekeluarga tengah berdebar-debar menantikan sorang lagi keturunan kami yang akan dilahirkan, iaitu adik lelaki saya yang bakal menimbang cahayamata yang kedua, kiranya saya mendapat dua orang anak sedara sekaligus pada bulan Syawal yang mulia.. Anak sedara saya yang sulung pun dilahirkan pada bulan Syawal 3 tahun lepas, Alhamdulillah...
Tapi, semalam kami mendapat berita sedih,newborn baby girl mengalami demam kuning dan sikit jangkitan kuman, semoga Allah melindungi anak syurga ini, amin...

Saya mintak maaf pada awak yang tak jemu-jemu baca jurnal saya yang tak seberapa nie dan pada yang dah singgah dan tinggalkan nota untuk saya, Alhamdulillah, saya berkesempatan singgah atau blogwalking... Rasanya lama jugak kot saya tak blogwalking dengan sahabat2 saya nie, tapi Insha Allah, ada kesempatan saya akan jelajah kesemua blog yang ada dalam listing saya...
Drama nie walaupun ada terselit kisah cinta monyet pelajar tetapi motif utama drama ini diterbitkan adalah kita perlu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan jangan putus asa dalam apa jua cabaran hidup. drama nie bukanlah 100% genre serius, ada jugak elemen kelakar, sedih, gembira dan sayu dalam drama nie..
Napa saya cakap sayu? sebab di akhir drama nie, peguam ini kembali dalam bidang yang telah diceburi iaitu bidang guaman dan pelajar2 ini sentiasa mengingati beliau walaupun mereka sudah menjejakkan kaki di menara gading.. Drama nie mengajar kita agar sentiasa menghormati guru yang telah menjadikan kita seorang manusia yang berguna pada masyarakat, bangsa dan negara selain daripada ibu bapa kita sendiri..
kalu awak nak tengok drama nie, awak boleh tengok di youtube dan taip aje nama drama nie...
Jaa nee...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, segala kerja-kerja amalan 5S dah selesai dan kini kitorang masih menunggu keputusan final..harap2 biarlah dapat persijilan 5S tue, dah tak larat dah rasanya nak buat kerja-kerja sampingan nie...
Okey, hari nie saya nak kongsi sikit tentang beraya di negeri kelahiran saya kerana tahun nie adalah merupakan giliran kampung saya untuk beraya.. Biasalah awak, adat berkahwin dengan orang berlainan negeri, kena saling tolak ansur dalam bab yang 'sensitif' nie kan, bab nie Alhamdulillah syukur kami suami isteri takde adegan 'tarik menarik rambut' atau bergusti atau laptalitamplom untuk menentukan di kampung mana kami kena beraya...hehehehehe
Okey, mula2 saya nak cerita pada hari Selasa 5hb lepas sebab masa tue saya dah start cuti dah, cuma saya menunggu adik bongsu untuk ambik halfday balik ke kampung.. Pada malam sebelumnya, kami sempat berbuka puasa di Wangsa Walk, Setapak kerana adik nak beli kerongsang (katanya..)Tiba-tiba hati nie teringin nak pakai cincin bersadur emas korea, dan akhirnya tersarunglah di jariku ini.. hihi terima kasih hubby...
Kemudian kami berjumpa dengan Pak Long hubby di Uptown Cheras, kami terlupa yang solat terawih habis dalam pukul 11 malam.. dan sebagai ganti masa yang terbuang, Pak Long ajak kami makan malam (supper + sahur) di Restoran Al-Rawsha Ampang... Tapi kami tak pergi berempat saja, malah datuk sedara hubby pun datang join untuk makan nasi arab nie, memang sedap.. Kami order nasi arab dalam satu dulang, dengan isi kambing dan ayam yang menyelerakan... tapi tak habis pun kami makan, walhal ada 7 orang tue makan... huhuhu adik saya yang tak pernah makan selewat tue, cuma geleng kepala sambil membebel, katanya seumur hidupnya dia tak pernah makan sebegini banyak... hehehe nasib kau la, dik...
Lepas adik habis kerja dalam pukul 12.30 tengahari, kami pun bergerak balik ke Kay Tee, nasib baik jalan tak berapa jemmed dan perjalanan kami lancar dan selesa.. Kami sempat singgah di R&R Temerloh untuk beli bekalan buka puasa, hubby memang suka makan ikan patin masak tempoyak, jadi hidangan tue menjadi menu utama kami untuk berbuka puasa, nak tahu kami berbuka di mana..? Iftar kami yang terakhir adalah di pantai Kemasik, Kemaman dan memang licin kami makan, yealah beli pun tak banyak...
Di hari raya pertama, mintak maaf yea sebab memang tak ambik gambar family, sebab masing-masing sibuk nak pergi rumah terbuka anjuran mak dan pak sedara kami.. Dan lagi satu, sepupu saya nak kawin pada hari raya keempat, jadi kami semua dikerah untuk membuat persiapan majlis perkahwinan tue nanti..
Di hari raya kedua, hubby berpakat dengan ipar duai untuk buat BBQ di belakang rumah kami, bayangkan dengan suasana kilat dan guruh, kami gigih untuk buat BBQ.. Halangan yang pertama adalah untuk menyalakan bara api, makk aii dekat satu jam nak nyalakan, baru berjaya...
Halangan kedua adalah, tangan-tangan si pembakar BBQ nie, bakar sikit, lepas tue makan...huhuhu bakar punya bakar sampai hangus hotdog kami, tapi walaupun hangus, sedap rasanya... hehehe
Haa...mesti awak terkejut kan, perisa BBQ madu + bawang putih...? hihi sebenarnya idea nie asalnya batang serai yang direndam dengan minyak masak untuk disalut pada daging ayam dan hotdog, hubby pulak suruh letak sikit bawang putih dalam minyak masak tue, jadi terhasillah perisa BBQ madu + bawang putih... Itulah aktiviti kami pada hari raya kedua...
Hari raya ketiga, kami pergi ke Kuala Berang untuk membuat persiapan majlis perkahwinan sepupu tapi tak banyak yang perlu dibuat, jadi saya dan hubby ambik kesempatan untuk singgah di rumah mak angkat saya yang dah lama tak berjumpa, lagipun saya nak perkenalkan hubby pada mereka.. Yealah, nie first time hubby beraya di Terengganu dan kebanyakan orang kampung masih belum mengetahui status baru saya nie..
Hari raya keempat, hari terakhir kami di bumi Kay Tee kerana tuntutan kerjaya dan kehidupan memaksa kami pulang ke destinasi masing2.. Hari tue juga sepupu saya Sharifah Zaidah Binti Syed Yasin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada pukul 9 pagi dan majlis berjalan dengan lancar..
Oh ya..! Kalau awak nak tahu, rumah sepupu saya nie bersebelahan dengan sungai Kuala Berang, Kampung Buluh... jadi bila nampak saja air yang begitu cantik dan sesuai untuk mandi, apa lagi.., selesai saja majlis perkahwinan, kami sepupu sepapat pergi terjun sungai untuk bermandi manda... hahahaha lawak kan... orang lain masih berada dalam mood raya, kami pulak pergi berendam dalam sungai.. Sampai ummie saya membebel2 dan geleng kepala melihat telatah kami suami isteri.. Ummie saya cakap, dahlah kami nak balik ke Sepang pada hari nie, pastu terjun pulak dalam sungai, tak letih ke..? hehehehe..
Haa..Tue la citer saya di hari raya, tapi maaflah gambar hari raya memang takde, sebab masing2 bizi dan terlupa untuk ambik gambar...

Sempat welfie dengan hubby.. |

Nampak macam sikit kan, tapi banyak nie, 7 orang tak habis pun makan... |
hubby sempat ambik gambar, yang kat belakang tue la adik bongsu saya... |
Lepas adik habis kerja dalam pukul 12.30 tengahari, kami pun bergerak balik ke Kay Tee, nasib baik jalan tak berapa jemmed dan perjalanan kami lancar dan selesa.. Kami sempat singgah di R&R Temerloh untuk beli bekalan buka puasa, hubby memang suka makan ikan patin masak tempoyak, jadi hidangan tue menjadi menu utama kami untuk berbuka puasa, nak tahu kami berbuka di mana..? Iftar kami yang terakhir adalah di pantai Kemasik, Kemaman dan memang licin kami makan, yealah beli pun tak banyak...
Di hari raya pertama, mintak maaf yea sebab memang tak ambik gambar family, sebab masing-masing sibuk nak pergi rumah terbuka anjuran mak dan pak sedara kami.. Dan lagi satu, sepupu saya nak kawin pada hari raya keempat, jadi kami semua dikerah untuk membuat persiapan majlis perkahwinan tue nanti..
Di hari raya kedua, hubby berpakat dengan ipar duai untuk buat BBQ di belakang rumah kami, bayangkan dengan suasana kilat dan guruh, kami gigih untuk buat BBQ.. Halangan yang pertama adalah untuk menyalakan bara api, makk aii dekat satu jam nak nyalakan, baru berjaya...
Halangan kedua adalah, tangan-tangan si pembakar BBQ nie, bakar sikit, lepas tue makan...huhuhu bakar punya bakar sampai hangus hotdog kami, tapi walaupun hangus, sedap rasanya... hehehe
Welfie dengan adik bongsu a.k.a. nurse gigi |
Inilah menu BBQ kami... |
Kan... nampak aje hangus tapi isi dalamnya sedap.. betullah kata orang, jangan pandang pada luaran saja... |
Ayam bakar nie ada 3 perisa, perisa BBQ biasa, perisa BBQ madu dan perisa BBQ madu + bawang putih... |
Haa...mesti awak terkejut kan, perisa BBQ madu + bawang putih...? hihi sebenarnya idea nie asalnya batang serai yang direndam dengan minyak masak untuk disalut pada daging ayam dan hotdog, hubby pulak suruh letak sikit bawang putih dalam minyak masak tue, jadi terhasillah perisa BBQ madu + bawang putih... Itulah aktiviti kami pada hari raya kedua...
Hari raya ketiga, kami pergi ke Kuala Berang untuk membuat persiapan majlis perkahwinan sepupu tapi tak banyak yang perlu dibuat, jadi saya dan hubby ambik kesempatan untuk singgah di rumah mak angkat saya yang dah lama tak berjumpa, lagipun saya nak perkenalkan hubby pada mereka.. Yealah, nie first time hubby beraya di Terengganu dan kebanyakan orang kampung masih belum mengetahui status baru saya nie..
Hari raya keempat, hari terakhir kami di bumi Kay Tee kerana tuntutan kerjaya dan kehidupan memaksa kami pulang ke destinasi masing2.. Hari tue juga sepupu saya Sharifah Zaidah Binti Syed Yasin telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada pukul 9 pagi dan majlis berjalan dengan lancar..
Nasib baik ada adik sepupu yang boleh jadi pengapit.. Saya pulak ditugaskan untuk menyambut kedatangan dari rombongan pihak lelaki... |
Oh ya..! Kalau awak nak tahu, rumah sepupu saya nie bersebelahan dengan sungai Kuala Berang, Kampung Buluh... jadi bila nampak saja air yang begitu cantik dan sesuai untuk mandi, apa lagi.., selesai saja majlis perkahwinan, kami sepupu sepapat pergi terjun sungai untuk bermandi manda... hahahaha lawak kan... orang lain masih berada dalam mood raya, kami pulak pergi berendam dalam sungai.. Sampai ummie saya membebel2 dan geleng kepala melihat telatah kami suami isteri.. Ummie saya cakap, dahlah kami nak balik ke Sepang pada hari nie, pastu terjun pulak dalam sungai, tak letih ke..? hehehehe..
Tengok, macam2 gaya sepupu sepapat berenang dan memanjat, dah macam tarzan... |
Haa..Tue la citer saya di hari raya, tapi maaflah gambar hari raya memang takde, sebab masing2 bizi dan terlupa untuk ambik gambar...
Jaa nee..
Assalamualaikum wbt..
Pekabar awak suma? Masih beraya sakan di kampung atau masing-masing sudah memulakan tugasan? Sebelum terlupa..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN…
Memandangkan mood raya masih berkeliaran di sekitar kawasan rumah saya, nanti saya akan ceritakan apa yang berlaku di pagi raya… Tapi sebelum tue, saya nak kongsi sikit tentang resipi masakan tradisi Terengganu, ada beberapa tambahan menu resipi yang boleh saya kongsikan pada awak suma...Antaranya kuih Mas Sejemput, Jeruk Mamang, kuih Tok Aji Serban Terengganu, Kuih Puteri Mandi dan Bubur Lambuk Terengganu...
Jeruk Mamang
Kuih Puteri Mandi
Bubur Lambuk Terengganu
Kuih Mas Sejemput
Kuih Tok Aji Serban Terengganu
Haa...Mesti awak tertanya-tanya camne rupa resipinya kan.. Awak suma boleh klik di sini...
Jaa nee..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons