Adakah kita seorang pesakit yang penyabar..?

Thursday, July 28, 2016



Assalamualaikum wbt...
Situasi di hospital...

Bila tunggu doktor, ada yang dipanggil untuk pemeriksaan dengan lebih cepat dan ada jugak berjam-jam menunggu untuk dipanggil.. Tue baru jumpa doktor, belum ambik ubatnya lagi kat farmasi.. 

Persoalan..?

Adakah awak dikategorikan seorang pesakit yang penyabar..? Jom audit diri dengan menjawab 8 soalan...


1. Apabila doktor datang lambat, saya ...
a) dengan tegas mendesak jururawat menyegerakan rawatan
b) habiskan masa berbual dengan pesakit lain mengenai penyakit yang dihidapi
c) bersabar sambil membaca bahan bacaan yang disediakan

2. Apabila saya menghubungi hospital berkaitan penyakit yang bukan daripada kategori kecemasan, saya ...
a) berharap dapat bercakap dengan doktor segera
b) terus menghubungi sehingga panggilan dijawab
c) bersabar sehingga dihubungi kembali

3. Setiap kali mempunyai masalah kesihatan, saya ...
a) akan berjumpa doktor dengan kadar segera
b) membuat kajian tentang simptom-simptom penyakit melalui carian di internet terlebih dahulu
c) tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku

4. Apabila menghadiri temu janji di hospital, saya ...
a) tidak hadir
b) kadang-kadang tepati masa
c) tepati masa temu janji

5. Apabila datang lambat ketika membuat temu janji, saya ...
a) tidak meminta maaf kerana doktor selalu membuat saya menunggu sebelum ini
b) memaklumkan kepada jururawat sebab hadir lambat
c) menghubungi kaunter hospital untuk membuat temu janji lain sekiranya tidak dapat memenuhi temu janji pada masa yang ditetapkan

6. Apabila saya berada di hospital bersendirian bersama jururawat, saya ...
a) hanya berdiam diri dan tidak berbual
b) tidak berganjak dari tempat duduk
c) berbual tentang sesuatu yang menyeronokkan dengan sopan dan mesra

7. Apabila saya mempunyai masalah kesihatan yang memalukan, 
saya ...
a) merawat sendiri
b) memberitahu jururawat simptom-simptom penyakit itu
c) tidak memberitahu sesiapa melainkan doktor yang merawat

8. Apabila saya mempunyai insurans kesihatan, saya ...
a) menghubungi pihak insurans untuk mendapatkan jawapan apa yang harus dilakukan ketika sakit
b) hubungi hospital dan memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan
c) membuat kajian semula berkenaan dengan penyakit dan insurans untuk mendapatkan jawapan



5 comments

  1. haha...nice sharing
    dah biasa ke hospital kerajaan
    terpaksa bersabar...lgipun orang memang ramai =)

    ReplyDelete
  2. kalau berurusan di hospital kerajaan kena sabar juga lah shikin kan :)

    ReplyDelete
  3. Yana Yani : Yea memang betul, tapi ada jugak sebilangan manusia yang tak sabar...
    Anajingga : Yea kak, memang betul..

    ReplyDelete
  4. Biasalah tu kan... Ada manusia ni penyabar, dan ada yg tak....

    ReplyDelete
  5. Saya berada dalam kategori bersahaja..
    kikikiki...
    Ada masanya tak boleh nak sabar juga..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧