Istilah payung emas : Jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan

Wednesday, July 20, 2016


Mufti Wilayah Persekutuan
July 18 at 2:19pm
Irsyad al-Hadith Siri ke-101 : Payung Emas
Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. 

Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :
• Firman Allah SWT:
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]
• Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.
Wallahua'lam
Pautan ke laman web rasmi PMWP: http://goo.gl/L281Wm

3 comments

  1. nak kawin lebih je, guna istilah payung emas..
    Kalau bagi payung emas (emas tulen) xpelah juga..
    kikikiki..

    ReplyDelete
  2. great info. Alahai payung emas ni dah basi dah..huhuhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧