Kenangan lalu | Kawan sebelah meja masa sekolah dulu

Wednesday, July 20, 2016


Assalamualaikum wbt...
Nama kawan yang duduk di sebelah saya di dalam kelas adalah Tuan Rafidah Binti Tuan Ahmad a.k.a. Leeywa, dan dia jugalah yang menjadi 'bff' saya sampailah sekarang... Dia juga menjadi salah sorang ahli keluarga kami jugak kerana dia begitu rapat dengan ummie dan adik2... 

Masih teringat di dalam minda nie, walaupun kami menjadi kawan rapat sejak di tingkatan 4, tapi kami diibaratkan belangkas, pergi ke mana2 berdua saja... Nak pergi ke bandar pun berdua, nak pergi ke sekolah, naik motor sama2.. Nak study group pun sama2, malah nak makan ABC pun makan sama2... hehehe.. Awak nak tahu, masa nak pergi ke sekolah, selalunya Leeywa akan singgah di rumah saya dulu sebelum kami sama-sama naik motor untuk pergi ke sekolah.. Walaupun kami naik motor yang berlainan tapi kami jalan seiring, menikmati suasana pagi, menelusuri jalan-jalan kampung (jalan shortcut untuk ke sekolah)... Dan Alhamdulillah ikatan ukhuwah yang terjalin nie masih kekal utuh walaupun kami berada jauh beribu batu antara satu sama lain.. 

Terlalu banyak kenangan yang indah ketika tue...

Tapi... Yang kelakar pada masa tue Leeywa akan dihalang menjadi partner saya ketika ujian bulanan dan exam pertengahan tahun kerana kawan-kawan yang lain akan menghimpit untuk mengetahui jawapan pada soalan peperiksaan terutama soalan Bahasa Inggeris.. Memang kelakar masa tue dan teringin betul nak undurkan masa untuk bersama mereka lagi...

Tapi masa takkan berundur dan kita semakin meningkat usia menuju ke arah 'rumah' kita yang hakiki... Dan ada sesetengah sahabat2 saya yang telahpun menemui Ilahi, Al-Fatihah untuk arwah sahabat2 saya nie...

Awak pulak camne? Siapa gerangan kawan yang duduk di sebelah awak dalam kelas?

Jaa nee...


1 comment

  1. hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧