Assalamualaikum
wbt..
Wahh..wahh…lagu-lagu
raya sudah berkumandang di corong radio, tv dan di dalam opis… hari nie adalah
hari terakhir bagi mereka yang akan mula bercuti pada hari Isnin ini.. Dan
jalan-jalan highway akan kembali sesak menjelang tengahari ini sehingga Ahad..
Ahakss..Dah
macam pembaca berita yang tak bertauliah pulak… Hari nie pun rasanya
masing-masing dah terbayang-bayang kampung halaman masing-masing,kan.. Pada
awak suma yang nak mula balik kampung hari nie, saya ucapkan selamat memandu
dan selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju.. Semoga Allah akan
melindungi kita semua dari segala marabahaya.. Saya jugak kena kerja pada hari
Isnin depan..huk..huk.. sedih tapi takdelah sampai berteriak, saya, hubby dan
adik bongsu akan balik ke Kay Tee pada malam raya nanti.. Sebabnya…? Si bongsu
tue dapat cuti selepas raya, awal-awal puasa dulu tak sempat nak beli tiket bas
dan flight, jadi nasib baik kakak sulung dia ada bersama.. Adik keempat saya
mungkin akan balik pada selepas solat Jumaat nanti…
Di
kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin, kami memohon ampun dan maaf pada semua ahli keluarga,
sahabat yang mengenali kami, sahabat maya yang walaupun belum pernah bersua
tapi selalu bagi nota jurnal saya…
Hati-hati
semasa balik ke destinasi yang dituju, kelajuan yang melampau akan membunuh
semua impian pada orang yang menunggu kita… Kami mendoakan keselamatan awak
suma…
Awak jangan tanya pada saya apa tema warna untuk tahun nie? sebab kami berdua belum berkesempatan nak beli baju raya lagi, Insha Allah pada hari esok mungkin kami akan ke Nilai 3 untuk mencari baju raya dan kami masih belum tetapkan apakah tema warna kami..
Jaa nee…
selamat hari raya :)
ReplyDelete