Assalamualaikum wbt...
Di kesempatan nie, walaupun hari dah semakin petang, tapi saya nak ucap jugak.. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59 tahun kepada suma rakyat Malaysia, jagalah keamanan yang kita telah kecapi selama 59 tahun ini...
Sebenarnya, dari sejak semalam lagi saya tak sihat, selesema, batuk ditambah pulak dengan sakit kepala, huhuhu gara-gara jerebu punya pasal... Makan pun tak berapa lalu sangat, sejak pagi tadi cuma makan roti telur jea, nasib baik ada buah epal untuk mengalas perut...
Kelmarin, hati nie berkobar-kobar nak kemas rumah tapi akhirnya terjelepok atas katil jea... hurmm.. Askar-askar wataniah pulak pandai jea bila tengok tuannya sakit, takdelah mereka mengada-ngada sangat untuk mintak belai diorang.. hehehe..
Tapi apapun, semangat patriotik nie masih membara lagi tau, walaupun tak dapat tengok pancaragam secara live, dapat tengok kat tv pun jadilah....
Dan walaupun saya mengalami sakit-sakit badan, kerja part-time tetap saya lakukan apatah lagi pada customer yang telah lama berurusan dengan saya.. Rasa macam kesian pulak kalau saya batalkan temujanji atau tak ambik peluang.. Yea, kesihatan perlu dijaga jugak kan.. Kalu saya larat, saya ambiklah peluang untuk membuat perkhidmatan urut terapi.. kalu tak, terpaksa dianjak lagi satu hari selepas saya dah okey.. Tapi hari nie satu hari saya tak ambik appointment urut sebab badan memang tak larat... Insha Allah esok dan hari seterusnya saya akan ambik semula job nie... Awak doa2kan kesihatan saya yea.. Saya cuma nak tolong pada sesiapa yang memerlukan pertolongan.. Allah kurniakan saya dengan kurniaan yang besar, iaitu dapat membuang angin di dalam badan seseorang dan adalah menjadi tugas saya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.. Betul tak..?
Oh, ya! Awak jangan lupa tau tunggu keputusan Giveaway Birthday By Starlavenderluna yang akan tamat pada 11.59 malam nie.. Pada sesiapa yang belum sertai GA saya nie, awak boleh klik sini dan mana tau kot2 rezeki awak boleh menang dalam pemilihan GA saya nie kan...
Lupa pulak nak cakap, saya sebenarnya pakai font jenis papyrus.. Sebab tue kalu awak takde font nie, memang akan nampak seperti font biasa jea...
Jaa nee...
Assalamualaikum wbt..
Haa.. Awak ingat lagi tak entri saya yang nie? Ala, pasal drama bersiri kebombaan bertajuk "Hero"..? Ianya akan mula ditayangkan pada 5 September 2016 di TV2 pada jam 9 malam..
So pada yang sapa2 yang minat pada pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Anne Ngasri, Rushdi Ramli, Tiz Zaqyah dan Fezrul Khan bolehlah menonton siri nie..
Alhamdulillah, sekurang2nya ada jugak penerbit yang sudi menerbitkan drama mengenai anggota bomba, yealah.., kebanyakan kita semua tahu tugas utama anggota bomba adalah memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa lemas atau kemalangan, tapi sebenarnya skop bidang kebombaan nie terlalu luas...
Melalui drama nie jugak memaparkan bagaimana anggota bomba bersiap siaga demi kesejahteraan rakyat, sedia berkorban demi menyelamatkan nyawa dan harta benda...
Melalui drama nie jugak memaparkan bagaimana anggota bomba bersiap siaga demi kesejahteraan rakyat, sedia berkorban demi menyelamatkan nyawa dan harta benda...
Jom kita ramai2 tengok drama bersiri kebombaan nie..
Awak rasa sukar tak untuk mengimbangi peranan yang berbeza dalam kehidupan seharian? Jika jawapan awak adalah ya, awak tak bersendirian sebab menurut kajian dari negara Kanada melaporkan 'beban' ini terhasil daripada tekanan berkaitan dengan kerja, rumah, keluarga, rakan-rakan, kesihatan fizikal dan lain-lain..
Okey, hari nie kita cuba jawab soalan kuiz di bawah bagi nak tahu jika awak berada dalam keseimbangan atau tidak..
1) Saya rasa seperti tidak mempunyai kawalan langsung dalam kehidupan dan kerja saya.
Setuju
Tidak Setuju
2) Saya kerap menikmati hobi dan aktiviti luar waktu kerja.
Setuju
Tidak Setuju
3) Saya rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa melakukan semua yang saya mahukan.
Setuju
Tidak Setuju
4) Saya sering berasa cemas atau kecewa dengan apa yang berlaku di tempat kerja.
Setuju
Tidak Setuju
5) Saya mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan masa bersama dengan orang yang disayangi.
Setuju
Tidak Setuju
6) Apabila berada di rumah, saya rasa tenang dan selesa.
Setuju
Tidak Setuju
7) Saya mempunyai masa untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri pada setiap minggu.
Setuju
Tidak Setuju
8) Pada kebanyakan hari, saya berasa terharu dan amat komited.
Setuju
Tidak Setuju
9) Saya jarang hilang sabar semasa di tempat kerja.
Setuju
Tidak Setuju
10) Saya tidak pernah menggunakan semua hari percutian saya seperti yang diperuntukkan.
Setuju
Tidak Setuju
11) Saya sering berasa letih walaupun pada permulaan minggu.
Setuju
Tidak Setuju
12) Biasanya, saya bekerja semasa waktu makan tengah hari.
Setuju
Tidak Setuju
13) Saya jarang terlepas acara penting melibatkan keluarga kerana kerja.
Setuju
Tidak Setuju
14) Saya sering berfikir tentang kerja walaupun semasa bercuti atau di rumah.
Setuju
Tidak Setuju
15) Keluarga sering kecewa kerana masa saya lebih banyak dihabiskan dengan kerja.
Setuju
Tidak Setuju
Okey, selamat menjawab yea..
Jaa nee..
Assalamualaikum wbt...
Okey, pembelajaran hari nie kita nak belajar fakta, iaitu mengenai menguap.. yea.. MENGUAP...! hihi pagi2 Shikin dah cerita pasal menguap, tengok gambar menguap niepun mesti awak pun akan menguap sekali kan.. ha..ha.. Jangan tipu tau...!
Okey, fakta mengenai menguap :-
- Menguap bersifat berjangkit. Bila seseorang menguap, 50% orang di sekelilingnya akan menguap (walaupun tak mengantuk). Hal ini sama terjadi pada haiwan.
- Menguap lebih mudah menular di antara teman-teman dekat berpunca daripada perasaan yang lebih kuat satu sama lain.
- Menguap berlebihan daripada biasa mungkin petanda masalah jantung atau otak (jarang terjadi).
- Janin pun menguap. Kenyataan ini berdasarkan kajian penyelidik yang imej 4D pada tahun 2012. Terdapat ada gambar yang menunjukkan bayi sedang membuka mulutnya seperti menguap.
- Secara purata kita menguap selama enam saat.
Itulah fakta mengenai menguap.. Tapi bila nak menguap tue, sunat kita mengucapkan dengan menutup mulut ketika menguap..
Jaa nee..
Assalamualaikum...
Tadi masa dok baca fesbuk sambil mencari artikel yang berguna untuk dimasukkan dalam blog library (selalunya fesbuk JBPM) saya terjumpa satu video temubual bicara dengan Mat Dan, seorang lelaki Inggeris yang fasih bercakap dialek negeri Terengganu..
Siapa Mat Dan nie..? Nie storynya ...
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler atau nama Islamnya Kareef Daniel Abdullah yang berasal daripada Bristol, England.. Dia mula bertutur dalam dialek Terengganu sejak kali pertama beliau ke Pulau Kapas untuk bercuti dan bekerja dengan orang tempatan di sana.. Pada mulanya agak susah Mat Dan bercakap dialek Terengganu disebabkan nahu bahasanya tapi berkat kesungguhan, dia akhirnya berjaya untuk bercakap dialek Terengganu malah menjadi lebih fasih lagi.. Rase bangge jugok bila orang luor boleh cakap bahase Ganu.. Hihi kemah boh...!
Awak boleh tengok sendiri rakaman temubual bersama THR Gegar dan Sinar FM.. Kemah boh..!
Jaa nee..
Assalamualaikum...
Nak citer sikit pasal majlis perkahwinan sepupu saya yang telah selamat diijabkabulkan pada 12 Ogos yang lalu.. And by the way, nak maklum pada awak, hari lahir saya jatuh pada hari yang sama iaitu 12 Ogos.. hehehe so happy belated birthday to me...
Sepupu saya telah bertemu jodohnya di usia 25 tahun, sama seperti usia saya semasa perkahwinan pertama dulu.. hehe dan sekarang nie hanya tinggal 3 orang anak dara lagi dalam keluarga sanak saudara kami untuk bertemu jodohnya dan salah sorang adalah adik saya yang bongsu...
Semasa akad nikah pada 12 Ogos 2016 |
Hari persandingan pada 13 Ogos 2016, bergambar dengan mak dan mak mertua |
Semasa makan beradab pengantin... |
Setelah pengantin pergi ke makan beradab, kami sepupu sepapat nie berebut2 untuk mengambil gambar di atas pelamin, termasuklah saya sendiri.. Tapi malangnya saya terpaksa mengambil gambar saya sorang-sorang kerana hubby tak dapat balik kampung untuk bersama2 meraikan hari perkahwinan sepupu atas faktor kerja... huhuhu
Nie masa akad nikah di masjid, yang bertudung hijau tue la ummie kesayangan kami.. |
Yang nie gambar bersama adik dan sepupu.. Yang berpurdah tue baru 4 bulan mendirikan rumahtangga, yang bertudung hijau tue baru tingkatan 4.. yang bertudung coklat tue masih available...kih..kih.. |
Masa nie tengah tunggu pengantin lelaki untuk berarak, sempat lagi kami welfie, adik kata nak ambik aura pengantin..kih..kih..kih.. |
Nie gambar masa pengantin tengah bersanding, masa nie ramai orang kat ruang tamu jadi kami terpaksa duduk di bahagian tangga..huhuhu.. |
Terpaksalah ambik gambar sorang2, hubby takde... sedih tau..T_T |
Hihihi nie saya ambik secara kandid.... Yealah, kami sedang seronok2 nak bergambar tiba2 datang bapak sedara untuk mengusik adik, nak buat mimik muka begitu, apa lagi, saya pun snap la gambar nie.. kih..kih.. |
Haa..Yang kepala botak tue, bapak sedara kami a.k.a. bapa pengantin perempuan.. sempoi kan.. kalu bapak pengantin yang lain pakai baju melayu atau baju batik, dia pakai baju t-shirt jea, katanya senang petang nanti nak ke laut...
Well, Selamat Pengantin Baru buat sepupuku Sharifah Nur Aliea Binti Syed Jufri Al-kaff, semoga Aliea dan suami kekal hingga ke Jannah dan bahagia selamanya, Insha Allah...
Jaa nee.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons