Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59 tahun

Wednesday, August 31, 2016

Assalamualaikum wbt...

Di kesempatan nie, walaupun hari dah semakin petang, tapi saya nak ucap jugak.. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59 tahun kepada suma rakyat Malaysia, jagalah keamanan yang kita telah kecapi selama 59 tahun ini... 

Image result for sick
Sebenarnya, dari sejak semalam lagi saya tak sihat, selesema, batuk ditambah pulak dengan sakit kepala, huhuhu gara-gara jerebu punya pasal... Makan pun tak berapa lalu sangat, sejak pagi tadi cuma makan roti telur jea, nasib baik ada buah epal untuk mengalas perut...

Kelmarin, hati nie berkobar-kobar nak kemas rumah tapi akhirnya terjelepok atas katil jea... hurmm.. Askar-askar wataniah pulak pandai jea bila tengok tuannya sakit, takdelah mereka mengada-ngada sangat untuk mintak belai diorang.. hehehe.. 

Tapi apapun, semangat patriotik nie masih membara lagi tau, walaupun tak dapat tengok pancaragam secara live, dapat tengok kat tv pun jadilah....

Dan walaupun saya mengalami sakit-sakit badan, kerja part-time tetap saya lakukan apatah lagi pada customer yang telah lama berurusan dengan saya.. Rasa macam kesian pulak kalau saya batalkan temujanji atau tak ambik peluang.. Yea, kesihatan perlu dijaga jugak kan.. Kalu saya larat, saya ambiklah peluang untuk membuat perkhidmatan urut terapi.. kalu tak, terpaksa dianjak lagi satu hari selepas saya dah okey.. Tapi hari nie satu hari saya tak ambik appointment urut sebab badan memang tak larat... Insha Allah esok dan hari seterusnya saya akan ambik semula job nie... Awak doa2kan kesihatan saya yea.. Saya cuma nak tolong pada sesiapa yang memerlukan pertolongan.. Allah kurniakan saya dengan kurniaan yang besar, iaitu dapat membuang angin di dalam badan seseorang dan adalah menjadi tugas saya untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.. Betul tak..?


Oh, ya! Awak jangan lupa tau tunggu keputusan Giveaway Birthday By Starlavenderluna yang akan tamat pada 11.59 malam nie.. Pada sesiapa yang belum sertai GA saya nie, awak boleh klik sini dan mana tau kot2 rezeki awak boleh menang dalam pemilihan GA saya nie kan...









Lupa pulak nak cakap, saya sebenarnya pakai font jenis papyrus.. Sebab tue kalu awak takde font nie, memang akan nampak seperti font biasa jea... 

Jaa nee...




4 comments

  1. cntik font nie =) Slmt hri merdeka!!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari merdeka ! Semoga cpt sehat jugak 😊

    ReplyDelete
  3. Salam merdeka... Get well soon Shikin...

    ReplyDelete
  4. Mas : Terima kasih
    Ayunie Ramli : Terima kasih
    CikLa Shahril : Terima kasih

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧