Assalamualaikum wbt..
Kita melakukan pelbagai pekerjaan yang halal untuk menampung kehidupan kita sekeluarga betul tak? Ada yang jadi pegawai tinggi, ada jugak yang menjadi pegawai sokongan dan ada jugak yang berniaga...
Tapi awak tau tak ada 3 jenis pekerjaan yang aneh di dalam dunia nie..? Ini adalah laporan daripada News.com.au mengatakan ada 3 jenis pekerjaan yang sangat aneh pernah dilakukan oleh seseorang..
Pekerjaan yang pertama adalah seorang wanita bernama Peta Jones, yang bekerja sebagai Penilai Pewangi Deodoran.. Dia perlu mencium ketiak seseorang untuk menentukan apakah deodoran yang dipakai sesuai atau sebaliknya pada ketiak seseorang.. "Pertama kali saya mencium ketiak seseorang, saya terasa sangat aneh. Tapi selepas beberapa minggu melakukan pekerjaan ini, saya menjadi sudah biasa dengan situasi ini." kata Jones. Dikhabarkan beberapa produk pewangi deodoran telah melalui pengujian pada hidung Jones, antaranya Rexona, Dove, Lynx dan Impulse. "Ketika saya melakukan pengujian mencium ketiak, saya perlu menguji daripada segi ketingkatan kewangian, jenis pewangi dan menguji keberkesanan produk kami," kata Jones.
Pekerjaan yang kedua adalah seorang lelaki bernama Mark Gooley dari Geelong, Australia. Kerjanya setiap hari adalah mengigit dan mengunyah mainan getah anjing dan kuda buatan syarikat Huds And Toke. "Saya menguji kekenyalannya dengan mengigit dan mengunyah supaya anjing dapat menikmati mainan getah tersebut. Ini disebabkan anjing tidak dapat memberitahu secara langsung samada ia suka atau tidak pada mainan getah itu, jadi dengan sebab itu saya perlu membuat pengujian ini," kata Gooley.
Pekerjaan yang ketiga paling aneh adalah seorang lelaki bernama Paul McCorkell, berasal dari Sydney yang melakukan pekerjaan dengan mengamati cat mengering. Bekerja di Syarikat Villawood, McCorkell menguji dengan mengamati seberapa cepat dan bagaimana pembentukan cat ketika cat itu mengering. "Saya melihat cat itu pada setiap minit dan menilai perubahan bentuknya. Kami perlu memastikan pelanggan suka pada cat tersebut sesuai dengan harapan pelanggan," kata McCorkell.
Hmmm..Macam² kan pekerjaan yang dilakukan demi menyara keluarga.. Tapi apa yang penting, biarlah pekerjaan yang kita lakukan itu adalah halal dam diredhai oleh Allah..
Jaa nee..
Hahaha.. Pekerjaan yang pertama tu kelakar.. Jenuh nak cium ketiak orang..
ReplyDeletememang aneh. hehe
ReplyDeletepengamati cat kering tu jenuh jugakkk
ReplyDeletePelik... Tapi benar.
ReplyDeleteyg kedua ngn tiga tu bleh trima lg tp yg first tu..=.= oh no!! tabahnya pompuan tu
ReplyDelete:) dasyat diaorang punya RND.
ReplyDeleteMacam2 kan, tapi kita as a muslim tkdela sampai nk buat keje yg bertentangan ngn syariat plak kan.
ReplyDeleteTapi keje perati cat kering tu lucu la, dok terbayang dia perati sambil menongkat dagu, haha
Macam2 kan, tapi kita as a muslim tkdela sampai nk buat keje yg bertentangan ngn syariat plak kan.
ReplyDeleteTapi keje perati cat kering tu lucu la, dok terbayang dia perati sambil menongkat dagu, haha