Assalamualaikum wbt...
Allahu, saya baru perasaan ada beberapa blog yang saya ikuti selama ini telah di'private'kan.. Mungkin atas sebab blog tue terlalu peribadi untuk dikongsikan maka ianya perlu di'private'.. takpelah, saya terpaksa remove laman blog yang di 'private' sebab taknak menganggu ketenteraman mereka..
Selain blog yang di 'private' ada jugak laman blog yang dah tak wujud lagi, ishh..ishh.. nasib baik saya terfikir nak buat spot check, kalu tak memang sampai ke sudah saya tak tahu ada blog yang tak wujud lagi...
So, sempena dengan Maal Hijrah yang akan berlaku pada hari Ahad nie, saya nak ambik kesempatan untuk ucap Salam Maal Hijrah kepada semua sahabat, semoga di tahun baru ini, kita semua berazam untuk menjadi insan soleh/solehah yang diredhai oleh Allah.. Malam nie pada sapa2 yang nak balik kampung tue, hati2lah bawak kereta, jangan laju2 sangat sebab kampung awak tak bergerak walau seinci pun.. hehehe
Saya..? Nak balik kampung jugak tapi kat Kampung Kemensah, Ulu Klang, rumah adik..hehehe walaupun berdekatan dengan Key Ell dan Zoo Negara, tapi kampung jugak kan... Bukan apa, kalu time2 cuti camnie, memang agak susah saya nak tulis (errkk..tulis ke taip) jurnal nie, disebabkan kesibukan masa dengan family.. apa omputih cakap, family time planning..( betul ke ayat tue..?) Esok ada banyak benda nak kena lakukan sebab secara kebetulan ummie dan adik beradik (kecuali adik lelaki no.2) berkumpul kat situ.. Satu tujuan yang paling utama adalah si bongsu nak pindah rumah, satu lagi tujuan nak ke Nilai 3... hurmmm... Memang kat situlah selalunya ummie dan adik2 pergi ke tempat tue kalu singgah kat rumah saya Salak Tinggi, kiranya Nilai 3 tue tempat yang wajib pergi...
Kenapa adik no.2 tak datang..? Macam kat entri sini dansini yang penah saya citerkan, adik ipar masih lagi berpantang, jadi diorang tak dapat nak datang..
Okey, Insha Allah nanti kita jumpa lagi, kalu saya ada masa untuk bertulis ke menaip jurnal nie...
Jaa nee..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Jumaat, 28 Zulhijjah 1437H
TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT!!!
Salah satu sikap positif yang wajib kita miliki oleh setiap manusia adalah perasaan takut kepada Allah SWT. Takut kepada Allah SWT bermakna takut kepada murka, siksa dan azabNya baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Takut pada Allah juga bermakna takut kehilangan kepercayaan serta kecintaan Allah SWT kepada kita. Ada banyak ayat yang membicarakan tentang takut kepada Allah SWT dan perintah Allah SWT kepada kita untuk memiliki sifat takut tersebut. Salah satu di antara ayat yang berkait dengan sifat takut tersebut adalah firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 39:
*الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا*
"Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah SWT, mereka yang takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seseorangpun selain kepada Allah SWT. Dan cukuplah Allah SWT sebagai pembuat perhitungan".
Takut kepada selain Allah SWT tidaklah boleh disamakan dengan memiliki rasa takut kepada Allah SWT, kerana takut kepada Allah SWT itu akan memperoleh keberuntungan yang besar di dalam kehidupan seorang muslim. Di antara dalilnya adalah firman Allah dalam al-Qur'an Surah An-Nuur, ayat 52:
*وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُون*
"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah SWT dan rasulNya dan takut kepada Allah SWT dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan".
Kata TAKUT dalam terminologi al-Qur’an dan hadis merupakan terjemahan dari kata taqwa (تقوي), dan khauf ( خوف), serta khasyah (خشية). Ketiga kalimah tersebut dapat merujuk pada makna yang sama iaitu takut kepadaNya. Secara garis besar, rasa takut itu dapat dicerminkan pada pelaksanaan perintah Allah serta menjauhi larangan-laranganNya. Pada penjelasan yang lebih detail, Syekh Nashr As-Samarqandy dalam Bustanul ‘Arifin berpendapat bahawa sifat takut pada Allah SWT itu menjadi hal yang sesungguhnya, jika telah terpenuhi tujuh (7) macam petanda : -
- Lisan orang yang takut pada Allah SWT mendorongnya untuk tidak berucap kebohongan, menjelek-jelekkan orang lain, juga tidak berkata yang tiada berguna. Rasa takut justeru menyibukkannya untuk selalu ingat Allah SWT, membaca kitab suci serta membincang ilmu pengetahuan.
- Orang yang takut kepada Allah SWT, perutnya tidak diisi kecuali dengan makanan dan minuman yang halal serta yang baik, juga yang tidak berlebihan.
- Orang yang takut kepada Allah SWT, penglihatannya tidak digunakan untuk melihat hal yang yang tidak diperkenankan ataupun untuk melihat hal yang bersifat dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
- Orang yang takut kepada Allah SWT, tangannya tidak digunakan, melainkan pada hal-hal yang menuju ketaatan pada Allah SWT; dan terbebas dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
- Orang yang takut kepada Allah SWT, kedua kakinya tidak dibawa, melainkan pada jalan kebaikan dan bukan sesuatu yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.
- Orang yang takut kepada Allah SWT. Hatinya dijauhkan dari kecenderungan untuk bermusuhan, kebencian, serta kedengkian pada karib atau sahabat. Yang ada dalam hatinya adalah nasihat yang baik, dalamnya perasaan kasih sayang antara sesama manusia.
- Orang yang takut kepada Allah SWT, kecenderungan untuk menjaga bentuk ketaatan. Maka ketaatannya itu benar-benar ditujukan hanya untuk Allah SWT semata-mata, bukan untuk mendapat pujian dan penghargaan manusia.
Rasulullah SAW pernah menasihatkan tiga hal yang dapat menyelamatkan manusia dalam hidup:
- Pertama: Hendaknya manusia itu bersikap seimbang dalam keadaan senang ataupun susah
- Kedua: sederhana dalam keadaan papa mahupun berkecukupan.
- Ketiga: Takut pada Allah SWT dalam kesunyian mahupun di tengah-tengah keramaian; di hadapan orang ramai.
Al-Qur’an menyatakan bahawa rasa takut itu adalah syarat dan kesan keimanan seseorang. Barangsiapa yang takutnya hanya kepada Allah SWT, maka ia tak akan ada ketakutan pada apa pun selainNya. Namun jika seseorang itu takutnya pada selainNya, maka ia akan diliputi takut pada apa pun dalam hidupnya.
Rasa takut itu akan membuat manusia selalu berusaha melakukan apa pun yang diredhai Allah SWT, dan akhirnya ia pasrahkan sepenuhnya hanya kepada Allah SWT.
Allah SWT lah pelindung, penjaga yang sebenar-benarnya. Rasa takut membuat manusia pasrah pada apa pun ketentuanNya. Bukankah manusia itu mengimankan bahawa apa pun ketentuan dari Allah SWT adalah siraman kasih, kebijaksanaan dan keadilanNya? Barangkali bagi kita, hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu kelihatan sebagai hal yang merugikan. Namun, tahukah kita, hikmah apakah yang ada di sebalik semuanya itu?
Ya Robbi jadikan kami hambaMu yang beriman kepadaMu. Mudah-mudahan Iman kami menjadikan kami hamba yang ada rasa takut hanya kepadaMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat.
Wassalam...
*```Bila
الله
berjayakan
kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita
nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila
الله
bagi
kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang
yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak
الله.```*
*```Bila
الله
bagi
kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm
perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak
الله.```*
*```Bila
الله
kurniakan
kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita
nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila
الله
keluarkan
kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita
nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila
الله
masyhurkan
kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan
kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila
الله
bagi
segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak
terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak
الله
.```*
*```Sungguh,
mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba
atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat
Maha Mencipta disebalik kejadian.```*
*```Bukan
senang untuk didik diri dan hati melihat الله
dalam
setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini..
Datang dari الله
hidup
untuk الله
dan
balik kepada الله.```*
Kredit
to : alaqsatahfiz.edu.my
Assalamualaikum wbt..
Awak tau, walaupun saya dan sahabat saya a.k.a bos unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi mempunyai kerjaya yang hakiki iaitu kepustakawanan tapi kami mempunyai hobi yang sama.. Bidang penulisan.. Yea, kami terjun dalam bidang yang sama cuma berlainan cabang saja..
Sahabat saya nie merupakan seorang penulis novel dan dah banyak karya tulisannya berada di pasaran buku sekarang.. Namanya..? Kalu nama pena, dia dikenali sebagai Tinta Biru, di bawah naungan penerbitan Karya Seni..
Saya pulak takdelah femes macam blogger2 hebat seperti Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Eintan Nurfuzie dan ramai lagi blogger yang hebat belaka, tapi amat berminat untuk menulis karya di dalam blog, cuma saya tak panggil blog saya nie sebagai blog walaupun domainnya adalah blogspot... hehehe。◕‿ ◕。 saya lebih suka panggil jurnal sebab nampak klasik sikit..
Ganbatte, Hikari-chan..
Jaa nee.. Oyasumi, minna-san..
Awak tau, walaupun saya dan sahabat saya a.k.a bos unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi mempunyai kerjaya yang hakiki iaitu kepustakawanan tapi kami mempunyai hobi yang sama.. Bidang penulisan.. Yea, kami terjun dalam bidang yang sama cuma berlainan cabang saja..
Sahabat saya nie merupakan seorang penulis novel dan dah banyak karya tulisannya berada di pasaran buku sekarang.. Namanya..? Kalu nama pena, dia dikenali sebagai Tinta Biru, di bawah naungan penerbitan Karya Seni..
Saya pulak takdelah femes macam blogger2 hebat seperti Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Eintan Nurfuzie dan ramai lagi blogger yang hebat belaka, tapi amat berminat untuk menulis karya di dalam blog, cuma saya tak panggil blog saya nie sebagai blog walaupun domainnya adalah blogspot... hehehe。◕‿ ◕。 saya lebih suka panggil jurnal sebab nampak klasik sikit..
Tapi apapun, saya akan tetap teruskan penulisan nie walaupun ada masanya tak dapat bagi komitmen setiap hari untuk menulis lantaran terlibat dengan kerja hakiki di waktu siang dan pada waktu malam saya buat perkhidmatan urut terapi buang angin.. Kalu hari Sabtu dan Ahad memang sukar saya nak update jurnal, kadang-kadang pergi berurut atau saya turun ke KL untuk beramah mesra dengan adik kesayangan..hehe tapi Insha Allah, jurnal nie akan tetap diteruskan walaupun mempunyai kekangan masa..
Ganbatte, Hikari-chan..
Jaa nee.. Oyasumi, minna-san..
Assalamualaikum wbt..
Pesanan nie adalah
untuk peringatan diri saya dan awak semua..
1. Orang yang tak
solat akan banyak mempunyai masalah, tidak tenang, cepat rasa nak
marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
- Ustaz Azhar Idrus2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insha Allah bahagia..."- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , sekuran-kurangnya kalau mati , mati dalam solat - Ustaz Haslin Baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya - Sheikh Abdullah Jahaf
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani
10. Jangan cakap: "Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. Insha Allah - Allahyarham TG Haron Din
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol
Rasulullah bersabda,
“ Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.”
Awak, nie cuma gurauan tau... Don't be so serious okey..! Nie adalah sifat awak mengikut tarikh lahir haiwan yang comel-comel...
Tarikh lahir saya dan hubby merpati vs hamster.. awak plak?? 😄
Januari
01-09 ~ hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati
»»» maksud/erti :
#
jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang
tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,
malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang
sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari
masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan
teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga
diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari
pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun
kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan
kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
#
Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang
menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana
sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu
sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran
kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang
sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang
berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan
kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman
juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
#
Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu
begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah
tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang
lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan
disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain,
jadi berhati-hati.
#
Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari
tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan
bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi
apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung
dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu
sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap
dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.
#
Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik
hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan
kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi
teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu
senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang
dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu
sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
#
Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu
lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah
ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati
orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci
dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang
teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!
#
Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan
tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji
kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini
kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan
teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau
bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi
masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.
# Hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila
ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan
masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan
keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati
yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.
# Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan...
# Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan...
hehehe.. Kelakar betul merpati vs hamster... Tapi macam betul jea, lebih2 lagi saya memang terlibat dengan bisnes...
Kan..kan...
Awak
ingat lagi tak entri nie..? Yang pasal soalan kuiz drama bersiri kebombaan 'Hero' tue..Hadiahnya menarik tau..
Sapa weyhh yang nak bagi iPad Apple secara percuma kan...
Rugi tau kalau awak tak sertai kuiz nie, hehe...
Camne caranya..? awak tontonlah drama nie pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di TV2.. Terlepas episod dan terlepas soalan..? takpe..takpe... Kalau awak terlepas suma tue, jangan risau, sebab kat TV2 Streaming Live dapat membantu awak untuk tonton episod yang terlepas tue.. Awak klik kat web nie dan awak cubalah jawab soalan yang telah disediakan oleh pihak produksi drama nie.. Soalan nie bermula pada episod 2 hingga ke akhir episod.. jadi awak kena kumpul semua soalan dan lengkapkan slogan..
Saya pun selalu terlepas episod drama siri Hero nie, dan laman web inilah yang menjadi penyelamat untuk saya tontoni..
Saya pun selalu terlepas episod drama siri Hero nie, dan laman web inilah yang menjadi penyelamat untuk saya tontoni..
Best of luck..! Mana tau kot2 ada rezeki antara kita nie yang menang Ipad Apple atau setidak2nya smartphone kan...
Jaa nee..
Assalamualaikum
wbt…
Ohayo
gozaimasu, minna-san.. Selamat pagi suma, maaflah baru pagi nie berkesempatan nak bercerita dengan awak.. Kelmarin dan semalam saya sibuk sikit dengan kerja2 opis, sebab semalam ada deligasi dari Negara Tunisia datang melawat sambil belajar mengenai 5S yang dijalankan di JBPM..
atau gambar nie la senang citer..
Hehehe, ada di kalangan kita memang susah nak kira, apatah lagi kalu yang tak minat nak berkira2, okey saya kira kan untuk awak..
Soalan pertama : Nampak gambar 3 ekor kucing kan dan diberi jawapan 12kg, jadi 12kg bahagi 3 jawapannya adalah 4kg setiap seekor..
Soalan kedua : Lepas tue, ada gambar itik ditambah dengan kucing jawapan diberi adalah 5kg, jadi kita dah tau berat kucing adalah 4kg, jadinya 5kg - 1kg sama dengan 1kg untuk berat itik tue...
Soalan ketiga : Kemudian, ada gambar biri2 ditolak dengan itik, kita dah tau jawapan berat itik adalah 1kg.. Untuk tahu berat biri2 tue, awak tambahlah yang jawapan 99kg tue dengan 1kg berat itik, jadinya berat seekor biri2 adalah 100kg... tapi ramai yang tersilap kat soalan sinilah, sebabnya dua gambar sebelumnya adalah pengiraan tambah dan soalan ketiga nie adalah pengiraan tolak, tapi mindset kita tak berapa nampak soalan terselindung sebab dalam pemikiran kita soalan ketiga adalah pengiraan tambah... hehehe betul tak..? betul tak..?
Dan soalan keempat : biri2 ditambah dengan itik ditambah dengan kucing, untuk jawapan itu, 100kg ditambah 1kg ditambah 4kg sama dengan 105kg untuk berat haiwan2 ini... Yeayyy...
Tahniah pada sesiapa yang menang, tapi sori, takde hadiah disediakan... hehehe..
Jaa nee...
Assalamualaikum
wbt..
Selamat
petang Sabtu diucapkan, semoga awak suma sihat yea.. hihi skema betul
hari nie, kan.. Sebenarnya saya tengah mencari2 borang feedback free
of charge kat apps store tapi masih tak jumpa lagi, nie pun tengah
godek2 lagi kat apps store ..
Okey,
pada petang nie, saya nak kongsi satu gambar teka teki, teka berat
haiwan ini.. Ada sesiapa dapat jawapan..?
Best
of luck..!
Assalamualaikum
wbt..
Jika awak nak tengok tempat seperti dalam kisah dongeng, awak boleh pergi ke Tannourine, Lebanon, ada sebuah tempat yang cukup cantik ciptaan Allah SWT, iaitu gua Baatara Gorge atau Baatara Gorge Waterfall..
Gua nie turut dikenali sebagai 'gua tiga jambatan ' kerana ada tiga lantai yang merintangi gua nie dari atas ke bawah.
Awak
tau bila menjelang musim bunga iaitu sekitar bulan Mac dan April setiap tahun, salji yang mencair akan mengalirkan air dan jatuh dari atas gua hingga ke jurang bawah gua yang tingginya kira-kira lebih 250 meter.. Ianya seolah-olah gambaran tiga buah air terjun berkembar.
Subhanallah, betapa besarnya kekuasaan Allah untuk mencipta sesuatu yang cantik, kan..
Assalamualaikum
wbt...
Awak penah alami tak rasa keliru ataupun bahasa omputih confused masa mula2 nak beli rempah ratus, pelbagai sayuran dan buah-buahan..?
Haa, dengan cukup tak malunya saya mengakui penah satu ketika saya menjadi keliru untuk beli barangan dapur, antaranya daun sup vs daun ketumbar..
Sumber daripada Encik Google Image |
Masa tue saya memang first time pegi pasar sorang diri, dalam fikiran saya nak buat masakan sup, jadi antara ramuan nak buat sup mestilah ada daun sup kan... Tapi inilah bahananya bila masa kecik2 pergi ke pasar dengan ummie, tak ambik endah pun tentang apa yang dibeli, tengok apa dah jadi sekarang..? Ishh..ishh..ishh.. buat malu jea kan.. Masa saya beli tue, memang tak sangka pulak saya ambik daun ketumbar sebab daunnya kan lebih kurang sama dengan daun sup, masa tue memang takde nya nak hidu bau daun tue ke belek2 dulu ke sebab saya suka main ambik jea tanpa periksa lebih dulu... ishh...issh.. teruk betul kan anak dara nie (masa tue la, hehehe)
Bila balik rumah, dah nak siap masak sup nie, saya pun nak cincang halus daun ketumbar (yang disangka daun sup).. Bila dah cincang sikit, terbau la wangian yang tak penah saya bau sebelum nie... Dalam kotak pemikiran menjadi hairan bin ajaib, napa lain sangat bau daun sup nie..? saya pun bertanya la pada ummie... Dengan nada selamba ummie saya kata, "tuelah masa ikut ummie dulu taknak tengok betul2 apa yang ummie beli, yang kamu beli daun ketumbar dan bukannya daun sup..Daun ketumbar boleh jugak dimasak dengan masakan sup tapi rasanya lain la sikit." bebel ummie.
So nasihat saya pada awak, check dulu apa jenis barang yang kita nak beli, jangan jadi seperti saya nie, dah tua2 baru nak kenal mana bawang mana ikan... hehehe...
Jaa nee..
Assalamualaikum
wbt...
Well,
jawapan sebenar wajah yang tersembunyi di dalam gambar ini adalah ada 10 wajah.. hehehe tengok nie yea...
Tahniah diucapkan pada awak-awak yang telah berjaya dengan betul, tapi maaflah takde hadiah kali nie.. hehehe Insha Allah nanti saya akan anjurkan segmen atau GA yang akan datang...
Jaa nee..
Assalamualaikum wbt...
Adoii, banyak betul dugaan saya pada bulan nie..! Takpe..takpe.. Sabar.. Awak tau, baru2 nie saya ada citer pasal kereta saya mengalami kerosakan dari segi baterinya dah 'kong', bulan nie sekali lagi, macam tau2 jea tuannya baru dapat gaji...
Kali nie, peti ais dan aircond kat rumah pulak yang rosak secara serentak..! uwaa.. garu kepala kejap yang terasa macam tak gatal... Hadoii... Camne nak buat nie..?
Saya baru saja nak menyimpan duit gaji sebab pada 21hb Oktober nie, saya nak pergi ke Ipoh kerana adik bongsu dah konvokesyen dan dapat sijil pertauliahan sebagai pembantu pembedahan gigi...
Huhuhuhu.. Mana satu pilihan..?
Okey..Aircond tue boleh hold dulu sebab boleh pakai kipas untuk sementara, tapi peti ais tue, susah jugak kalu tak dibaiki sebab masih ada barang-barang basah yang belum dimasak.. Baru2 nie pun masa dapat daging korban anjuran opis, saya terpaksa bagi pada jiran, dan Alhamdulillah, dapat merasa jugak daging korbannya, jiran tolong masakkan.. hehehe tengok punyalah pemalas nak masak..
Konvokesyen tue pulak saya dan hubby kena jadi bodyguard dan driver sebab adik lelaki tak dapat cuti masa tue, jadi kenalah saya yang pergi bersama-sama dengan ummie dan si bongsu.. Konvokesyen tue berlangsung selama 2 hari, mungkin kami ambik rumah inap desa sebab kalu ambik hotel rasanya lari bajet terus.. huhuhu...
Mana satu pilihan..? Peti ais atau simpan duit untuk ke Ipoh..?
Pening ambe...!
Assalamualaikum
wbt...
Tengah
hari sebegini memang rasa mengantuk, kan.. Lebih2 lagi bila kita dah
kenyang perut, mata pun menjadi kuyu jea... hehehehe untuk
mencerahkan mata awak, apa kata awak cuba jawab teka teki bergambar
nie..? ada berapa wajah yang terselindung di sebalik gambar nie...?
Ganbatte,
minna...
Jaa
nee..
Assalamualaikum
wbt...
Ohayo gozaimasu, minna-san.. Rasanya macam lama sangat tak update jurnal nie, kan.. Saya nak bagaitau, penempatan baru kolum Hall Of Fame Bloglist adalah pada second page of jurnal yang sebelum ini saya letakkan di sidebar kanan jurnal saya..
Disebabkan saya nak meminimakan ruangan pada jurnal, jadi saya letakkan di sini..
Dan, inilah wajah terbaru Hall Of Fame Bloglist saya... okey tak..? Hall Of Fame Bloglist ini saya telah kemaskinikan kerana ada beberapa blog yang tidak aktif dan terpaksa saya gugurkan... Insha Allah kalu saya buat segmen / GA yang baru, saya akan list kan blog yang bertuah pada Hall Of Fame Bloglist saya...
Jaa nee..
Assalamualaikum wbt...
Malam nie saya nak review tentang filem Jepun yang bertajuk, Tag Riaru Onigokko, sebuah filem fiksyen suspen seram.. Kalu awak nak tengok filem nie kena tengok betul2 sebab jalan citernya agak mengelirukan... Saya pun dua kali tengok filem nie baru faham jalan citernya sebab pada akhir filem nie agak mengelirukan seolah2 filem nie tergantung..
Kisahnya begini...
Seorang gadis pendiam sekolah tinggi bernama Mitsuko terselamat daripada tiupan angin misteri yang memotong badan bas sekolahnya, dan semua orang di dalam bas itu telah terbelah dua. Dia berjaya melarikan diri dari tiupan angin, yang mengejar beliau dan membunuh semua pelajar perempuan serta yang berkaitan dengannya. Bingung, dan dikelilingi oleh bilangan perempuan sekolah tinggi yang telah mati, dia membersihkan dirinya dan menukar pakaian seragam sekolah pelajar yang mati dan tersandung ke sekolah tinggi yang berbeza. Beliau disambut oleh rakan-rakannya Aki, Sur (panggilan pendek untuk "Surreal") dan Taeko. Tidak tahu siapa mereka, Mitsuko menceritakan kepada Aki di dalam kelas yang dia tidak boleh mengingat jika dia pernah belajar di sekolah ini dan percaya dia mengalami mimpi ngeri tentang gadis yang dibunuh oleh tiupan angin misteri. Aki meyakinkan beliau bahawa ia hanya mimpi ngeri dan mencadangkan bahawa mereka akan ponteng kelas dan pergi ke dalam hutan untuk menceriakannya.
Di dalam hutan, gadis-gadis itu berfikir mengenai sama ada takdir itu benar-benar telah ditetapkan atau terdapat pelbagai kenyataan dengan beberapa versi sendiri. Sur menggambarkan penentuan takdir adalah ibarat bulu putih, yang menyatakan bahawa masa yang diambil untuk bulu jatuh dan di mana ia akan jatuh pada tanah adalah sudah ditakdirkan. Mitsuko tertanya-tanya jika ada apa-apa yang dia boleh lakukan untuk melarikan diri daripada takdir, tetapi Sur menunjukkan bahawa nasib boleh ditipu dengan hanya melakukan sesuatu yang tidak biasa lakukan, sehingga mengubah hasilnya. Gadis-gadis berasa gembira dan kembali ke sekolah. Aki dan Mitsuko masuk di dalam kelas dan memulakan pelajaran, tetapi secara tiba-tiba guru kelas mengeluarkan senapang mesingan, membunuh semua pelajar kecuali Mitsuko. Sebelum guru terbabit menembak sekali lagi, Sur dan Taeko datang kepada Mitsuko, dan mereka menyembunyikan diri. Seorang lagi guru kelas, yang baru sahaja membunuh seluruh kelas sendiri, telah menjumpai mereka dan membunuh Taeko dan Sur. Mitsuko dan pelajar yang masih hidup melarikan diri untuk menyelamatkan diri apabila mereka ditembak mati. Salah seorang daripada gadis mengenali Mitsuko dan memohon untuk dia melakukan sesuatu dan berfikir tentang mengapa ini berlaku. Gadis-gadis itu kemudian dihiris oleh tiupan angin.
Mitsuko terus berjalan, dan kemudian mendapati dirinya berada dalam situasi yang mengelirukan apabila pengenalannya dan perubahan rupa: pertama, seperti pengantin perempuan yang bernama Keiko pada hari perkahwinannya, yang dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki menjijikkan dengan kepala babi manakala tetamu beliau (semua pelajar perempuan dari sekolah sebelumnya) mengejek dia, kemudian Mitsuko sekali lagi bertukar perwatakan sebagai pelajar bernama Izumi di pertengahan maraton, diapit oleh rakan-rakannya (sekali lagi, terdiri daripada pelajar perempuan dari sekolah dan majlis perkahwinan). Dalam setiap senario, dia disokong oleh versi rakannya Aki, yang sama ada menyokong beliau untuk pertempuran atau mengalihkan perhatian daripada penyerang beliau, terdiri daripada lelaki dan dua orang guru kelas dari sebelum ini. Dalam setiap senario, dia mesti melarikan diri manakala pelajar perempuan yang berada di sekitarnya telah disembelih dalam pelbagai cara.
Selepas menghadapi sekumpulan gadis-gadis Revenant yang cuba untuk membunuh beliau selepas menyatakan bahawa selagi dia hidup, mereka semua akan terus mati, dia sekali lagi diselamatkan oleh Aki. Aki memberitahu beliau untuk memberi tumpuan dan ingat bahawa walaupun dia adalah kedua-dua Keiko dan Izumi dalam senario ini, Mitsuko perlu percaya dirinya adalah Mitsuko. Selepas kembali ke rupa asal sebagai Mitsuko, Aki memberitahu bahawa mereka semua termasuk gadis-gadis yang dia kenali berada dalam dunia fiksyen dan sedang diperhatikan oleh "seseorang". Mereka akan terus memburu Mitsuko dan cuba untuk membunuh beliau dengan cara menyembelih pelajar perempuan yang lain kecuali Mitsuko, sebagai "watak utama", perlu melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Aki memberitahu bahawa Mitsuko bahawa untuk keluar daripada dunia ini, Mitsuko mesti membunuhnya. Setelah didesak oleh Aki, Mitsuko dengan berat hati membunuh beliau dengan menarik wayar yang terletak pada tangan Aki dan akhirnya setelah Aki terbelah dua, secara tiba-tiba ada satu portal pintu telah terbuka.
Mitsuko mendapati dirinya berada di dalam sebuah bandar dipanggil "Dunia Lelaki" dipenuhi dengan hanya lelaki yang menikmati iklan poster untuk "legenda" ganas 3-D survival seram permainan video dipanggil "Tag", yang menggambarkan Mitsuko, Keiko, dan Izumi sebagai watak-watak dimainkan. Beliau pengsan dan kemudian sedar dirinya berada di dalam sebuah kuil di mana semua pelbagai perempuan dari pelbagai senario dipamerkan seperti patung. Dia tiba di sebuah bilik di mana seorang lelaki tua bermain permainan di TV beliau, menunjukkan tentang situasi yang sama dialami oleh Mitsuko. Mitsuko berasa terperanjat melihat model saiz manusia yang terdiri daripa dirinya sendiri, Keiko, Izumi, Aki, Sur, dan Taeko berada di dalam sebuah kotak kaca. Lelaki itu memberitahu bahawa Mitsuko adalah sebenarnya manusia 150 tahun yang lalu, dia adalah seorang gadis dia dikagumi sebagai rakan-rakan pelajar. Apabila Mitsuko meninggal dunia, lelaki itu berjaya mengambil DNA beliau dan bahawa semua rakan-rakannya dan membuat klon untuk permainannya 3-D. Kemudian muncul seorang lelaki muda jelmaan lelaki tua terbabit memanggil Mitsuko datang untuk tidur dengan dia. Orang tua itu memberitahu bahawa ianya peringkat akhir untuk memenuhi hasrat beliau dan memberitahu Mitsuko supaya tunduk kepada takdirnya. Sebaliknya, Mitsuko menyerang lelaki muda, menjerit kepadanya untuk berhenti bermain dengan gadis-gadis seperti mainan. Dia mengoyak salah satu daripada bantal, dan bilik itu dipenuhi dengan bulu. Mengingati apa Sur berkata tentang menipu nasib, dia kemudian membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, untuk memberi kejutan kepada orang tua dan lelaki muda.
Kemudian bila keadaan kembali seperti situasi sebelum ini yang terdiri daripada tiga senario permainan, Mitsuko, Keiko dan Izumi pada masa yang sama membunuh diri masing-masing samada di dalam bas, di gereja perkahwinan, dan semasa maraton. Mitsuko kemudian terjaga bersendirian di atas tanah yang diliputi salji putih, bangun dan melarikan diri, menyedari bahawa "ianya telah berakhir."
Jaa nee..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons