Bidang yang sama, cuma cabang saja berlainan

Thursday, September 29, 2016


Assalamualaikum wbt..
Awak tau, walaupun saya dan sahabat saya a.k.a bos unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi mempunyai kerjaya yang hakiki iaitu kepustakawanan tapi kami mempunyai hobi yang sama.. Bidang penulisan.. Yea, kami terjun dalam bidang yang sama cuma berlainan cabang saja..

Sahabat saya nie merupakan seorang penulis novel dan dah banyak karya tulisannya berada di pasaran buku sekarang.. Namanya..? Kalu nama pena, dia dikenali sebagai Tinta Biru, di bawah naungan penerbitan Karya Seni..

Saya pulak takdelah femes macam blogger2 hebat seperti Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Eintan Nurfuzie dan ramai lagi blogger yang hebat belaka, tapi amat berminat untuk menulis karya di dalam blog, cuma saya tak panggil blog saya nie sebagai blog walaupun domainnya adalah blogspot... hehehe。◕‿ ◕。 saya lebih suka panggil jurnal sebab nampak klasik sikit..



Tapi apapun, saya akan tetap teruskan penulisan nie walaupun ada masanya tak dapat bagi komitmen setiap hari untuk menulis lantaran terlibat dengan kerja hakiki di waktu siang dan pada waktu malam saya buat perkhidmatan urut terapi buang angin.. Kalu hari Sabtu dan Ahad memang sukar saya nak update jurnal, kadang-kadang pergi berurut atau saya turun ke KL untuk beramah mesra dengan adik kesayangan..hehe tapi Insha Allah, jurnal nie akan tetap diteruskan walaupun mempunyai kekangan masa..

Ganbatte, Hikari-chan..

Jaa nee.. Oyasumi, minna-san..


3 comments

  1. Semoga akak terus maju dalam bidang penulisan ni, hihi.

    ReplyDelete
  2. betul kak, mek keje banker tapi minat menulis. menulis sbb nak sharing pendapat :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧