Awak ingat tak hari tue saya ada citer pasal drama tv mengenai kebombaan iaitu Hero yang akan ditayangkan pada 5 September ini di TV2, ala entri yang nielah .. Well, citer pasal bomba memang tak habis kan, sekarang nie akan ditayangkan drama mengenai bomba jugak, diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk 'Abang Bomba I Love You' karya Mia Kiff.. Kalu awak nak tahu penulis nie sememangnya adalah seorang isteri kepada anggota bomba dan demi cintanya pada suami yang memakai pakaian seragam tue, dia mendapat idea untuk menghasilkan novel mengenai seorang anggota bomba...
Drama adaptasi nie akan ditayangkan di Astro Ria pada 12 September 2016 nie, bermula pada hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam..
Antara pelakon yang terlibat dengan drama adaptasi nie adalah Hisyam Hamid, Nadya Syahera dan Amira Othman...
Ohh.. Nak tahu kisah Abang Bomba I Love You..? Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan
baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal
saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala
kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan
hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan
Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri
dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak
mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah
cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama
berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan
gelora cinta di jiwanya?
Jadi kalu awak nak tau kisah selanjutnya, nantikan pada 12 September ini di Astro Ria pada jam 10 malam.. Tengok tau jangan tak tengok tapi jangan lupa pulak pada drama bersiri Hero yang akan ditayangkan pada 5 September nie jam 9 malam di TV2..
Jaa nee..
sian Lily
ReplyDeleteBleh lyn jugak ni. Tp smgu skali je la cite ni kn?
ReplyDelete