Assalamualaikum
wbt..
Errmmm.. Sampai mana dah semalam..? Oh ya! Setelah saya buat solat istikharah dan berfikir panjang, saya teruskan niat saya untuk berbakti pada masyarakat.. Dan kalu bukan izin daripada Allah serta dorongan dari family dan rakan2, tak mungkin saya akan bertahan sehingga sekarang..
Lepas tue, datang pulak pemikiran camne nak tarik pelanggan agar mencari kita untuk perkhidmatan nie.. Awak tentu perasan pada banner iklan saya tue kan..? Agak2nya apa yea..? Yea betul caj perkhidmatan.. Ramai jugak yang bertanya kenapa caj perkhidmatan saya tue agak murah jika dibandingkan dengan caj perkhidmatan urut terapi yang lain..? Jawapan saya adalah, strategi pemasaran... Yealah, jika saya letak caj dengan harga yang tinggi, dah tentu orang taknak guna perkhidmatan saya, betul tak..? Dan Alhamdulillah walaupun caj saya nie boleh dikatakan murah, rezeki yang Allah berikan pada saya berlimpah ruah.. Tapi sebenarnya saya tanamkan niat di hati untuk menolong pada sesiapa yang dalam kesusahan lebih2 lagi jika mereka mempunyai masalah angin dalam badan menyebabkan mereka menjadi lesu dan tak bermaya... Dan salah satu sebab saya letakkan caj yang murah adalah saya tak begitu untuk kejarkan harta dunia, sebaliknya saya sedang cuba mengumpul harta akhirat..

Memang betul kata orang, jika kita memasang niat dengan betul, Insha Allah apa jua yang kita lakukan akan mendapat restu daripada Allah.. Tapi restu ummie dan abah pun diambik kira jugak.. Pada mulanya ummie dan abah saya menentang niat saya untuk memberi khidmat masyarakat, mereka khuatir jika ianya membawa kemudaratan pada saya, tapi saya menegaskan, jika Allah tak izinkan saya mengalami kesusahan, maka mereka tak perlu bimbang sangat.. Kata orang, jikalau urut buang angin nie selalunya akan dibalikkan pada tukang urut, tapi Alhamdulillah, setakat nie saya tak mengalami apa2 masalah dan sebab tue saya berani mencubanya.. Jikalau badan saya tak dapat menampung kesakitan, maka tak jadilah bisnes saya pada masa sekarang, betul tak...? Awak tau, pada mulanya niat saya hanyalah untuk menampung kehidupan saya yang kian mencabar, maklumlah masa tue duduk seorang diri tanpa ada peneman di sisi.. Tapi bila sudah kembali berdua, niat tue saya tukarkan kepada niat untuk membantu orang yang dalam kesakitan akibat angin dalam badan.. Alhamdulillah, setakat nie hubby masih membenarkan saya untuk memberi khidmat masyarakat, cuma pesannya satu saja, jaga nama baik suami isteri dan jaga batasan yang sepatutnya sebagai seorang isteri.. Selalunya sebelum saya ambik appointment dengan customer, saya akan call hubby dan bertanya sama ada boleh atau tak saya ambik appointment tersebut samada saya datang ke rumah customer atau customer datang ke rumah saya.. Bila dah dapat keizinan daripada hubby, saya teruskan dengan khidmat masyarakat nie..
Okey, dah tamat citer pasal kerja part time saya..
Jaa nee..
wow bagusnya
ReplyDeletegreat! sy nk cuba jgk la nnti.Bnyk angin neh =.='
ReplyDeleteSemoga niat murni awk sentiasa diberkati olehNya. Amin....
ReplyDeleteSemoga success! InsyaAllah kalau brkesmptan kita bleh jumpa 😊
ReplyDeletewahhh...kak syikin ada bakat mengurut rupanya....hebat!
ReplyDeleteNurzakiah Hanum : Terima kasih
ReplyDeleteMas : hehe boleh, nanti buatlah appointment
CikLa Shahril : Amin,...Terima kasih CikLa
Ayunie Ramli : Insha Allah
Rubiah Kadir : Alhamdulillah, kurniaan daripada Allah..
Nice sis. Smoga Allah mmberkati anda.
ReplyDelete