Assalamualaikum
wbt.. Hai..hai..Awak sihat ke..? Ada yang rindu pada entri nie tak..?
hehehe tak salah nak perasankan diri sendiri, nama pun nota jurnal
kan... Mintak maaf banyak2 sebab lama tak antar nota jurnal pada
awak, kesibukan kerjaya dan kehidupan memaksa saya untuk tak
menyentuh papan kekunci nie... Okey, pembuka cerita pada hari nie
adalah berkenaan dengan percutian ataujadi second pemandu pelancong
kat Ipoh.. Pada pagi Jumaat yang lepas, kami berempat (saya,
ummie, adik bongsu dan adik lelaki) bertolak daripada Sepang ke
Sungkai pada pukul 9 pagi dan kami sampai memang tepat jam 11.30
pagi,kami ke sana pun sebab nak jemput hubby untuk join sama dalam
percutian nie.. Kemudian hubby mengambil alih kerja sebagai
pemandu dan kami pun bergerak ke Hotel Chariton yang terletak di
Jalan Dr. Nazrin Shah 1, Ipoh..
Walaupun
hotel nie terletak di sebalik bangunan Ipoh Times Square
(bukan bangunan shopping complex) tapi keselesaan hotel nie saya bagi
4 bintang walaupun hotel nie tak disediakan sarapan pagi.. Satu jea yang tak berapa nak selesa, iaitu keadaan bilik airnya yang transparent, kalu nak mandikena berkembanlah jika awak ada anak2 atau ahli keluarga yang lain.. Semua bilik airnya dalam setiap kategori bilik hotel memang sama..
(bukan bangunan shopping complex) tapi keselesaan hotel nie saya bagi
4 bintang walaupun hotel nie tak disediakan sarapan pagi.. Satu jea yang tak berapa nak selesa, iaitu keadaan bilik airnya yang transparent, kalu nak mandikena berkembanlah jika awak ada anak2 atau ahli keluarga yang lain.. Semua bilik airnya dalam setiap kategori bilik hotel memang sama..
Kawasan luar hotel... Nampak cantik kan... |
Pandangan dari tempat menunggu sementara kami nak check-in. |
Harga hotel niepun takdelah mahal sangat, macam contohnya bilik nie..
Bilik studio - harga RM108 semalaman untuk kami suami isteri (katil saiz king tau) |
Inilah yang saya cakap tue, bilik airnya transparent... |
Manakala ini bilik ummie dan adik2, satu katil king saiz dan satu katil single tapi besar macam king size, harganya RM129.94 semalaman... |
Bila kami dah check-in, kami terus pergi ke tempat adik bongsu konvo dan tempat ambik jubah untuk hari esok dan lusa.. Kata orang sambil2
survey kami berjalan2 di sekitar bandar Ipoh, Tambun dan Tanjung
Rambutan, makan malam kami adalah roti, biskut sebab sebelum kami
sampai di Sungkai, kami telah berhenti rehat di R&R SungaiBuloh..Keesokan harinya, kami ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Ipoh di Hulu Kinta untuk menghantar adik rehearsal dan mengambil
jubah konvo.. Sangkaan kami acara rehearsal nie mengambil masa
yang lama memandangkan dalam surat aturcara mengatakan ianya
berlangsung daripada pagi hinggake petang tapi sangkaan kami meleset
kerana ianya hanya mengambil masa 2 jam saja dan takde pun acara rehearsal tue, cuma ada acara ambik jubah saja dan sikit taklimat mengenai program pada esok hari.. Kami balik semula ke hotel untuk berehat dan solat dan awak tengoklah gambar kat bawah nie.. kan.. Hehehe masa tue adik saya tengah cuba pakai baju konvo dan mintak saya pakaikan jugak, awak tau apa kata adik bila saya pakai baju konvo tue..?
Katanya saya nie dah macam Doraemon..huhuhu
Sampai hati adik...huhuhuhu..
Macam Doraemon ke..? huhuhuhu |
Budak yang nak konvo... |
Kemudian, setelah kami berehat dan solat, kami terus keluar berjalan2 dan hubby bawak kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang untuk menikmati keindahan alam semula jadi di samping dapat memberi pelbagai jenis ikan makan dan sudah tentu adik lelaki yang paling seronok sekali sebab dia memang suka pada ikan, seorang pemancing laut yang tegar.. Dengan pembelian makanan ikan dengan hanya RM1 sebungkus, ikan2 yang terdiri daripada ikan keli, ikan kap, dan lain2 dapat makan dengan kenyangnya.. Part yang paling kelakar masa ikan keli nie berebut makanan seperti gambar di bawah, menyebabkan ummie saya agak ketakutan sebab takut ikan tue melompat di atas dek.. hehehehe.. Kemudian kami pun bergerak ke Ipoh Parade untuk jalan2 cari makan sebab sudah sampai masanya perut kami diisi.. Masa dalam perjalanan, kami terfikir nak singgah sekejap kat Lost World Of Tambun tapi di pertengahan jalan, hujan turun dengan selebat2nya dan kami tak dapat nak mengambil gambar semasa berada di Lost World Of Tambun.. Jadi kami teruskan perjalanan ke Ipoh Parade dan dapat menikmati makanan..
Kemudian, kami pualng semula ke hotel untuk merehatkan diri tapi hubby kata nak ajak kami makan char kuew teow yang paling sedap di Dataran Ipoh.. Memandangkan ummie dan adik2 dah terlalu letih dan perlukan rehat secukupnya, maka hanya kami suami isteri saja yang keluar untuk menikmati makanan char kuew teow tapi lain pulak yang kami order.. Memang hajat di hati nak makan char kuew teow tapi last2 nasi ayam jugak kami order..
Itulah throwback story part 1 tentang perjalanan ke Ipoh.. Nantikan throwback story part 2... hehehe ada ke yang tunggu..? Jaa nee..
Kak kin... Bestnya ! Ni bru yolo g konvo sambil jaley ;)
ReplyDeleteIpoh mmg bnykkan tmpat menarik:)
konvo smabil travel ni.. btw tahniah buat adik..
ReplyDelete