10 jenis makanan yang tak boleh disimpan dalam peti ais

Saturday, November 12, 2016

Assalamualaikum wbt..
Biasanya kita akan meletak bahan-bahan masakan dalam peti ais untuk tahan lama.. Tapi awak tau tak ada 10 jenis makanan yang tak boleh disimpan dalam peti ais..

1. Bawang Merah 
Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

2. Kopi 
Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam petis ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.

3. Minyak Zaitun 
Kesan paling ketara, anda akan dapati tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.

4. Daun Kemangi 
Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.

5. Madu 
Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais.

6. Bawang Putih 
Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.

7. Roti 
Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

8. Avokado 
Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.

9. Kentang 
Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas di luar peti.

10. Tomato 
Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.


Jadi, awak dah tau kan apa yang boleh dimasukkan dalam peti ais dan apa yang tak boleh masukkan dalam peti ais..?


6 comments

  1. Yg bwg merah, ubi kentang tu mmg tk tahu --' yg tomato mmg cpt lmbik klau ltak dlm peti ais lama lama.

    ReplyDelete
  2. selalu letak roti dlm peti ais.. tomata pun sama.. thks share

    ReplyDelete
  3. 5,7,10 selalu je zety simpan dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
  4. Oo pasni tak leh letak tomato dalam peti ais dah la

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧