Assalamualaikum
wbt...
"Tak
sangka rupanya selama ni salah rupanya cara saya guna pisau."
1. Pakai sampai ‘tumpul’
Tak ramai yang akan terus mengasah mata pisau setiap kali selesai menggunakannya. Bukan main lama kita pakai pisau tu, sampai matanya sudah hilang ‘taring’ dan mulai bergerigi. Menurut James Briscione, Pengarah Perkembangan Kulinari di Institut Penyelidikan Kulinari New York, antara kesalahan utama yang sering berlaku di dapur adalah penggunaan pisau tumpul.
Apabila pisau yang digunakan sudah tumpul, maka ia tidak dapat memotong dengan baik. Pernah tak awak berhadapan dengan situasi, sukar nak potong tomato tanpa menghancurkannya? Atau apabila awak menyiang ikan, hasilnya tidak kemas dan kadangkala merosakkan tekstur ikan? Itu menunjukkan pisau awak dah tumpul sangat. Menggunakan pisau yang tumpul juga akan menyebabkan awak mudah tercedera.
2. Guna pisau yang salah
Akuilah, awak main lanyak je satu pisau untuk potong semua benda kan? Ini kesalahan yang memang semua orang buat. Adakah cuma hanya ada satu pisau di dapur atau sudah menjadi kebiasaan untuk menggunakan the favourite one?
Untuk pengetahuan awak, pisau untuk memotong daging berbeza dengan yang digunakan untuk memotong sayur atau buah. Penggunaan pisau yang tidak sesuai dengan bahan yang hendak dipotong cenderung untuk mencederakan awak. Kenalilah pisau awak dan pilih mengikut kesesuaian dan fungsinya yang sebenar.
3. Salah cara pegang pisau
Kebanyakan orang tanpa disedari melakukan kesilapan ni. awak harus meletakkan beban pada pemegang pisau agar ia tidak ‘lari’ dan membuatkan potongan menjadi tidak kemas. Awak perlu menggengam bahagian pemegang dan jari pada tangan yang tidak memegang pisau harus memegang rapat pada makanan yang mahu dipotong.
4. Potong cara salah
Agaknya betul ke tak cara kita memotong guna pisau selama ni? Tengok video ni untuk rujukan:
hii ikut pegang jer pisau .. asalkan potong
ReplyDeleteAaa, bedal je pisau satu kat dapur. Bab tumpul, mek slalu asahkan lepas guna
ReplyDeleteNo 2 tu betul, pisau tu la bedal potong semua T_T
ReplyDeleteHehhehee... yelah kalau ada lebih dari satu pun itu untuk kegunaan dua orang.
ReplyDeleteAnak satu ibu satu
Haah yg 2 tu semua bedal pakai 1 pisau
ReplyDeleteSinggah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
theathra.blogspot.my
tu la..main guna je..
ReplyDeletebukan reti sgt ni..asalkan mende tu terpotong dah..
haha =p
no 2 tu je unni tau..hihihi
ReplyDeleteNo 2!! Siqah suka guna pisau favourite untuk potong semuanya. Hehe..
ReplyDelete