Assalamualaikum
wbt...
Kebiasaan
ibu2 mesti akan taburkan bedak pada bayi, kan., tak kiralah bedak
bayi ke atau bedak biasa tue ke, tapi awak tau tak ada 6 kesan buruk
jika kita taburkan bedak pada bayi.. Kesan2 tue adalah..
Bila
terlalu banyak menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru
bayi. Debu bedak tersebut akhirnya berkumpul di dalam paru-paru anak
awak dan lama-kelamaan menjadi pneumonia.
2.
Risiko kanser ovari
Menurut
kajian yang dilakukan oleh American
Academy of Pediatrics kekerapan
menyapu bedak pada bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena
kanser ovari.
3.
Mengeringkan selaput lendir
Terlalu
banyak menyedut bedak bayi secara tidak sengaja oleh menyebabkan
selaput lendir menjadi kering. Selaput lendir berfungsi untuk
menyaring kotoran di dalam tubuh badan manusia.
4.
Kesukaran bernafas
Kadang
kala ada bayi pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab
hingga terpaksa di bawa ke hopital. Setelah diperiksa doktor,
kesukaran tersebut berpunca akibat terlalu banyak terdedah pada bedak
bayi. Partikel keras di dalam bedak masuk ke dalam paru-paru dan
menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak
cukup sampai ke paru-paru.
5.
Risiko jangkitan bakteria
Kekerapan
menyapu bedak bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi
perempuan) mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Debu dari
taburan bedak mampu sampai ke kawasan vagina menuju ke organ genital
lebih dalam. Lama-kelamaan ia akan semakin banyak berkumpul di
kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.
6.
Meningkatkan risiko pembengkakan
Bedak
bayi juga boleh memberikan kesan pembengkakan kerana berlaku tindak
balas pada sistem badan. Sistem badan beranggapan taburan bedak
sebagai benda asing yang mesti dibasmi atau dikeluarkan. Oleh itu
badan melakukan tindak balas dengan mengeluarkan pembengkakan.
Tapi
ianya bukanlah bermaksud ibu tidak boleh langsung memakaikan bedak
pada bayi tetapi perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Contohnya ;
*
Pilih bedak yang dibuat daripada cornstarch.
*
Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaiknya tuang di
tapak tangan anda, kemudian baru disapu secara rata ke badannya.
*
Elakkan taburan bedak pada kawasan muka bayi.
*
Jangan tabur bedak di sekitar kemaluan bayi.
*
Jauhkan bedak daripada capaian si kecil. Ramai ibu gemar memberikan
sebotol bedak sebagai mainan bayi terutama ketika sedang memakaikan
lampin atau baju. Anak awak mungkin tidak sengaja membuka bedak
tersebut dan disapu di seluruh badan dan mukanya. Ia mendedahkan anak
awak kepada bahaya yang disebutkan di atas.
Sumber:
http://hamil.co.id
Hi kak ekin kpop pop hehe. Thnakyou share. selama ni dok tgok mak2 pakaikan bedak baby tu leklek je. emm
ReplyDeleteAinAthirah Anuar : hehe sama2.. =)
ReplyDeletebaru tahu..nice info sis.. thks
ReplyDelete