Lama
tak bercerita dengan awak suma..Sihat ke..? Dah makan ke blum..? hihi
sori sebab tanya yang bukan2, sebab ayat tue memang dah biasa saya
tanyakan dengan hubby, huhuhu.. Sedih jugak la sebab dah seminggu dia
demam, nak balik dia tak bagi balik sebab katanya awal bulan 12 nanti
dia nak balik... Dalam hati nie risau jugaklah dengan keadaan dia
walaupun dia tinggal dengan keluarga mertua, sapa yang tak sayang
suami oii, kan..
Dan
maaf jugak sebab beberapa hari nie saya tak dapat nak bercerita sebab
line wifi opis megalami masalah.. Nak pakai internet sendiri plak,
baru2 nie saya dah terminate line maxis sebab nak pakai prepaid la
konon2nya tapi belum beli lagi line prepaid..huhuhu jadi untuk
sementara nie, hanya line wifi rumah aje yang saya gunakan.. Pada
sahabat yang nak berurut tue, boleh whatsapp pada saya selepas waktu
bekerja yea..
Okey,
hari Jumaat lepas merupakan hari yang sibuk sikit sebab ketua unit
saya nak buat pertandingan celik minda untuk suma warga IP JBPM Putrajaya..
Memang tiap2 tahun kami buat pertandingan celik minda, dan hadiahnya
adalah barangan hamper dan sijil penyertaan.. Fuhh berpeluh jugak la
nak buat pertandingan nie sebab selalunya ketua unit saya akan draft
kan pertandingan dan tugas saya pulak menyiapkannya.. Kali nie kami
buat dua kategori, kategori pertama adalah pertandingan teka silang
kata dan kategori kedua adalah pertandingan teka muka surat buku...
Yeayy.. Inilah hasilnya yang saya buat, yang teka silang kata tue saya cari aplikasinya dalam internet, taipkan jawapan dan pembayang lepas tue, sistem akan create kan silang kata tue... Selalunya kami buat beserta dengan slogan yang mudah jea.. Tapi favourite staf opis nie lebih gemarkan pertandingan teka muka surat buku yang dah dibungkus tue.. Masing2 mencari dan memadankan buku yang hampir sama dengan ketinggian buku yang dibungkus, lepas tue teka muka suratnya... Lepas saya menyiapkan tugasan ini, saya pun menyiapkan poster pertandingan untuk ditampal di semua board aras dan board pada lif dan inilah hasilnya...
Sebenarnya
saya takde idea nak buat poster nie jadi sebab tue nampak ringkas jea poster nie, hmm takpelah asalkan announcement nie sampai pada semua staf.. Setakat nie baru dua orang staf yang menyertai pertandingan nie, hehehe banyak masa lagi.. Tarikh penyertaan pun sampai 9 Disember nie.. Itulah aktiviti Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi sebagai penutup acara pada tahun 2016 sebab kami baru perasan tahun nie hanya sekali aje kami adakan aktiviti untuk unit kami iaitu pada awal tahun nie, kami cuma buat jualan majalah terpakai.. Memang laris jualannya awak tau, mana taknya, kami jual RM1 jea setiap satu, majalah yang tebal sikit kami jual RM3 ke RM5 setiap satu.. Kami buat aktiviti jualan nie pada setiap dua tahun sekali dan Insha Allah pada tahun 2018 pulak kami akan adakan lagi jualan nie.. Bukan staf opis jea tau yang beli, ada jugak pembeli daripada kalangan orang awam yang mempunyai urusan JBPM turut sama2 membeli, ada sekali tue kami penah dapat sorang customer yang memang giler kan majalah Reader's Digest, Majalah PC dan majalah Dewan Masyarakat, dia membeli suma edisi yang ada pada kami...
Masa tue seronok giler sebab dapat wang jualan, opp...opp... nanti...Duit jualan tue kami tak ambik sikit pun, duit jualan yang kami dapat tue, kami rolling jadi modal untuk buat pertandingan lain seperti pertandingan celik minda seperti sekarang yang tengah berlangsung nie.. So, kalu awak yang duduk berdekatan dengan Putrajaya, bolehlah join sekali untuk membeli majalah terpakai tapi kena tunggu tahun 2018 la... hehehe
Okey, nanti ada masa Insha Allah kita jumpa lagi pada malam esok..
Jaa nee, oyasumi minna..
Okey, nanti ada masa Insha Allah kita jumpa lagi pada malam esok..
Jaa nee, oyasumi minna..
Alhamdulillah, akhirnya blogger Safirul Amar telah selesai memberi ulasan pada jurnal saya dengan keluarnya entri terbaru beliau (Klik sini..) .. Pada sahabat yang telah menyertai segmen anjuran beliau baru2 nie, boleh la check nama awak kat sini dan keputusan segmen telah dikeluarkan di sini...
Oleh kerana nama saya yang ke-13, saya mendapat ulasan penuh daripada beliau.. Memang ada banyak lagi yang saya perlu pelajari dalam bidang coding html dan saya berterima kasih sangat2 kerana sudi review jurnal saya..
Dan inilah hasilnya..
Inilah markah saya...
Sekali lagi terima kasih pada blogger Safirul Amar kerana sudi memberi komen pada jurnal saya.. Insha Allah, ada masa saya akan improve lagi dalam bidang coding, nak kena gali lagi ilmu.. hehehe
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Demikianlah juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala. Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu..
والله أعلمُ بالـصـواب
Assalamualaikum
wbt...
Sekali
lagi, blogspot menukar dashboard nya.. Tak sempat saya nak snap
gambar, sebab 20 minit yang lepas, dashboard blogspot masih seperti
biasa, alih2 dah bertukar begini.. Awak suma dah bertukar ke belum..?
Seingat
saya dashboard blogger dulu, hanya terpampang nama blog kita lepas tue kat bawah tue ada senarai blog yang kita follow kan.. Lepas tue, kalu nak buat entri yang baru, kena klik kat button new post dan dibawa ke new tab, kan...Tapi template yag baru nie, dashboard nie dah disatukan jadi satu, macam dalam gambar nie..
Nampak tak saya tanda no. 1, 2 dan 3..? itulah template yang baru bertukar tue.. No. 1 tue kalu awak ada banyak blog yang dihasilkan, ianya dah disatukan kat situ..
No. 2 pulak, macam biasalah ada new post.. Tapi yang no. 3 tue reading list.. Dulu kat dashboard lama hanya dipaparkan blog yang dihasilkan dan reading list saja.. Tapi sekarang, dekat bahagian dashboard yang baru nie, reading list dipaparkan dalam satu kolum saja...
Ada satu lagi bertukar... Ramai yang dah tau ada simbol emotion dalam entri post yang baru kan.. Tapi awak perasan tak ada satu lagi icon yang diletakkan di situ.. kat sebelah tajuk besar post tue, ada icon posting as 'nama author' dipaparkan, macam dalam gambar nie..
Macam2 dah blogspot nie dah bertukar kan..
Assalamualaikum
wbt..
Untuk kali pertama saya nak review satu drama yang saya tonton kat youtube semalam.. Drama nie ditayangkan pada bulan September lepas, sempena dengan Hari Malaysia...
Drama Anak Mat Salleh Tapi Melayu, mengisahkan tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris: Amelia (Diana
Danielle), Mary (Amelia Henderson) dan Jane (Jelita Kako) yang
membesar di Chicago, USA dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka
setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan (Redzuan Hashim),
bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah
untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung.
Ketibaan Tok Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal
bersama Tok Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari, sebagai contoh camne cara nak bersalam dengan orang-orang yang lebih tua dan mempelajari adab-adab budaya Melayu.. Dan mereka bertiga didedahkan dengan masakan Malaysia yang selama nie mereka tak pernah menjamah semasa berada di Chicago dulu macam sambal belacan dan nasi lemak..
Amelia seorang gadis yang memang sukakan suasana di Malaysia, berbeza sangat dengan Mary yang sering menyebut nak balik ke Chicago sebab katanya dirinya tak sesuai berada di Malaysia, malah dia berasa bangga kerana dilahirkan di Chicago.. Manakala adik bongsu mereka Jane yang pada mulanya tak berapa suka nak tinggal di Malaysia, akhirnya dia terpaut hati pada suasana kampung..
Part yang paling kelakar adalah masa babak anak2 gadis ini diajar membuat sambal belacan, oleh kerana mereka tak penah rasa sambal belacan, Tok Mah memberi mereka merasa sedikit sambal belacan... hihihi 😂berkejar2 tiga beradik nie ke sinki sebab kepedasan dan semasa mereka merasa sambal belacan, mereka menutup hidung masing2 sebab tak tahan bau belacan.. Dan bila Tok Mah mintak mereka bercakap Jawa, secara automatik loghat Jawa dikeluarkan daripada mulut tiga beradik nie, akibat kepedasan.. hihihi..
Awak try la tengok drama nie, memang kelakar tapi ada diselitkan unsur-unsur teladan..
Assalamualaikum
wbt...
Saya
sering mendapat persoalan daripada orang-orang di sekeliling, kenapa
saya tidak berusaha untuk mempelajari dan masuk ke bidang urutan
lepas bersalin sebab hasilnya lebih lumayan..? Dan kenapa saya hanya
buat part-time saja dan bukan sepenuh masa..? Dan kenapa harga
perkhidmatan saya terlalu murah sedangkan urutan spa Thai / orang
kurang upaya pun paling2 busuk RM50 untuk sekali perkhidmatan...
Ini
jawapan saya untuk semua.. Bukan saya taknak mempelajari untuk urutan
lepas bersalin tapi saya tak yakin dengan kemampuan saya untuk
melakukan demikian, malah untuk membuat sengkak naikkkan rahim /
peranakan nie bukan sebarangan orang boleh lakukannya.. Jika salah
sengkak, lain pulak kesnya nanti.. Biasanya perawat urutan lepas
bersalin mempunyai sejarah dalam keluarganya yang merupakan perawat bidan dan ianya akan diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.. Memang betul hasil daripada upah untuk urutan bersalin lebih lumayan daripada apa yang saya dapat sekarang, tapi masalah yang paling utama adalah MASA... Saya merupakan seorang pekerja yang komited pada kerja waktu siang, dan masa urutan lepas bersalin seharusnya dilakukan pada waktu pagi hari disebabkan saluran urat dan darah masih lembut pada waktu pagi.. Tapi apa yang akan terjadi pada kerja hakiki saya jika saya membuat perkhidmatan urutan lepas bersalin..? Dah tentunya prestasi kerja saya akan terjejas dek selalu mengambil cuti rehat tanpa alasan kukuh untuk memberi perkhidmatan pada orang...
Berkenaan dengan upah perkhidmatan tue, ini jawapan saya.. Saya membuatnya hanya kerana Allah dan saya cuma nak membantu orang di dalam kesakitan.. Allah telah memberi saya anugerah untuk membantu orang lain.. Jika saya tamakkan duit, maka apa yang saya dapat bukan daripada keberkatan Allah.. Tapi macam saya cakap, saya lakukan hanya kerana Allah, sebab jika Allah tak gerakkan hati seseorang untuk menghubungi saya, maka bukanlah rezeki saya.. Apa yang saya tulis nie bukanlah nak bersifat riak, mahupun bongkak apa yang saya dapat.. Cuma saya nak menerangkan keadaan sebenar di sebalik persoalan nie...
Alhamdulillah kini suami dan ahli keluarga merupakan penyokong kuat untuk saya teruskan memberi bantuan kepada orang lain.. Selagi saya terdaya nak membantu, saya akan terus membantu..
Assalamualaikum wbt...
Wang
syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh
simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip
syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula
kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat untuk mendongak , menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta...
Tak sangka saya entri pertama saya iaitu Klinik Lelaki mendapat bacaan yang agak ramai jugak, dan ada pembaca dari kalangan pembaca lelaki yang memberi komen.. Terima kasih yea sebab sudi memberi komen pada entri saya..
Maklumlah kerja saya dalam bidang kepustakawanan, memang salah satu tugas saya untuk mencari artikel yang manfaat untuk dimasukkan dalam blog library, sambil2 tue boleh jugak berkongsi dengan sahabat saya di sini, kan..
Entri kali nie saya nak berkongsi tentang anemia yang boleh menjejaskan fungsi jantung. Anemia memang sering dikaitkan dengan wanita tapi lelaki pun tak berkecuali boleh menghidap masalah kesihatan nie dan kalu ianya berlarutan boleh menjadi penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama golongan lelaki.. Tapi apa tue anemia..? Anemia nie adalah keadaan yang mana terdapat kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Dalam erti kata lain anemia nie bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Jadi jika bacaan hemoglobin awak tidak mencapai paras normal iaitu 12.5 hingga 18.5g/DL, sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dengan segera.
Antara penyebab anemia berlaku adalah :
1) Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik)
-Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
- Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, jangkitan cacing dan lain-lain keadaan.
2) Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :-
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, asid folat dan erythropoietin.
- Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ia melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor toksik : Penyakit inflamasi,, kerosakan hati dan ginjal ; ubatan.
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
- Kerosakan sum-sum : Kanser darah, penyakit sum-sum.
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti talasemia.
3) Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku :-
- Anemia disebabkan kekurangan zat besi
- Talasemia
Simptom / gejala anemia
- keletihan setiap masa
- pening
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- kulit pucat
- kadar denyutan jantung yang cepat
- kurang daya ingatan
Komplikasi - Anemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung dengan fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
Rawatan anemia bergantung pada jenis anemia yang dihidapi :-
- Jika disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia atau leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
- Jika disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka awak perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga boleh mengambil pil suplemen zat besi.
Assalamualaikum wbt..
1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.
Soalan paling penting, sebagai seorang islam dan wajib tahu.. soalan 1 dan soalan 2 kerana bacaan ini ada dalam solat. Termasuk no 3, walaupun sunat dituntut.
Jgn risau, ada jawapan tau kt bawah ni:
1. Apa itu Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
3. Sebelum lakukan ibadah wajib :-
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk
4. Bahagian najis :-
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah
5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri
6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.
7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul
Alhamdulillah lepas jugak jawab semua. Cara nak counter nervous, kena hadam buku yang kita dapat masa kursus kahwin tu.. kaitkan dgn ibadat kita buat inshaAllah mudah ingat. Yang paling wajib kena tahu iaitu kalimah syahadah, surah Al-fatihah, doa qunut..
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
PENGAJARAN:
Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan & ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi & tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Assalamualaikum
wbt... Untuk renungan kita bersama..
1.
Kita tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2.
Kita melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an
lantaran Kita terlalu sibuk.
3.
Kita selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Kita
semakin bertambah.
4.
Kita marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan
yang Kita lakukan adalah haram.
5.
Kita terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan
mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”
6.
Kita sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7.
Kita selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi
sehingga terabaikan amal ibadah.
8.
Kita tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9.
Kita tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu
menunda bertaubat kepada Allah.
10.
Kita tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya
perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.
11.
Kita sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat
ingin Kita miliki.
12.
Kita merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13.
Kita menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu
luang saja, setelah sibuk berkerjaya.
14.
Kita memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Kita
pada Allah.
15.
Kita hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16.
Kita melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan
Kita benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17.
Kita meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak
bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18.
Kita merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19.
Kita tidak kuasa mengubah gaya hidup Kita yang suka berpoya-poya,
walaupun Kita tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti
itu.
20.
Kita diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi
Kita beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan
di tengah kesulitan ekonomi.
21.
Kita ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22.
Kita sangat perhatian dengan penampilan luaran Kita.
23.
Kita meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan
lama datangnya.
24.
Kita ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Kita sedikit
pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25.
Kita mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan
pekerjaan.
26.
Kita tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir
Kita hidup di dunia.
27. Kita
merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang
Kita miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.
Semoga
Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk
golongan hamba-hamba Nya yang soleh.
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
Gambar nie cuma berkaitan dengan kesihatan lelaki.. hehe and of course one of my favourite boyband till now.. |
Assalamualaikum
wbt..
Tak
salah rasanya saya tulis entri berkaitan lelaki👨, kan sebab ianya
salah satu bentuk informasi jugak, hehehe😁.. So jangan fikir berbentuk
negatif okey.. Entri nie pun boleh jugak dibaca untuk wanita sebabnya awak dapat ilmu pengetahuan dan sudah tentu kita dikelilingi lelaki, maksud saya, suami, anak2 lelaki, adik beradik lelaki, sanak saudara lelaki, kan dan dalam erti kata lain, lelaki mahram kita...
Dah meleret2 pulak.. hehehe😉.. Okey, bagi seseorang lelaki, jika mengalami kekurangan sperma adalah perkara yang sangat menakutkan, lebih-lebih lagi pada mereka yang sedang dan berusaha untuk mendapatkan zuriat dalam perkahwinan.. Selain mempunyai risiko penyakit berkaitan prostat, kekurangan ini akan mempengaruhi kehidupan lelaki dari segenap aspek..
Antara faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma :-
1) Pengambilan dadah
2) Pengambilan alkohol
3) Duduk terlalu lama. Risiko kepada lelaki yang bekerja sebagai pemandu
4) Merokok
5) Tekanan diri
6) Obesiti atau kegemukan
7) Faktor dari segi perubatan, seperti masalah ejakulasi, hormon yang tidak seimbang dan lain-lain.
Awak tau, terdapat makanan yang boleh membantu untuk meningkatkan kualiti sperma..Antaranya :-
Pisang - Mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. Ia adalah enzim anti-inflamasi semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki. Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
Coklat - Sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.
Bawang putih - Mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.
Buah delima - Mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
e) Daging merah - Mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.
Kacang walnut - Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah alat sulit lelaki. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.
Bayam - Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.
Telur - Dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan membaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah alat sulit lelaki.
Air - Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan meminum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan awak sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari.
Yang paling penting, usaha dan bertawakal kepada Allah.. Sesungguhnya kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan.. Tapi untuk menjaga kesihatan, hanya kita boleh mengubahnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons