Assalamualaikum
wbt..
Penah
tak awak alami situasi nie, bila terbatuk jea mesti akan terkencing
walaupun hanya keluar sedikit saja.. Malah lagi teruk jika batuk kita berterusan,
maka lebih banyak kita terasa terkencing dan mesti kita rasa was-was
terutama nak bersolat,kan..
Ini
bermakna awak mempunyai simptom lemah pada otot pelvis.. Awak tentu
penah dengar senaman kegel atau lebih dikenali sebagai senaman
kemut.. Tapi ramai yang salah anggap senaman ini hanya untuk wanita
berkahwin saja sebab nak menguatkan otot pelvis kita.. Sebenarnya
simptom lemah pada otot pelvis bukan saja dialami oleh wanita
berkahwin, malah gadis dara sunti jugak mempunyai peratusan yang agak
tinggi.. Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang
wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin
dari faktor keturunan dan juga proses penuaan. Jika kita tak tangani
dengan segera, tentu ianya akan membuatkan kehidupan kita terganggu
lebih2 lagi bila waktu solat... Bayangkan, sewaktu kita solat, tiba2
kita terbatuk dan terus terkencing, sudah tentu solat kita secara
automatik terbatal, terpaksa ambik wuduk lagi, lebih teruk jika air
kencing telah terkena pada pakaian solat..Kalu kita alami situasi nie
di rumah tak mengapa, tapi apa yang berlaku andainya situasi nie
berlaku di luar rumah seperti di surau ataupun masjid..? Sudah tentu
ianya menjadi masalah besar jika kita tak tangani segera..
Saya
nak kongsi cara untuk membuat senaman kegel nie..Semoga info nie
memberi manfaat pada semua wanita dan gadis di luar sana..
- Kenalpasti
otot pelvis tersebut.
- Kemutkan otot tersebut seperti awak menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa awak terasa mahu kencing, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing awak kosong. Sebab menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.
- Cara
kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau
berbaring.
- Apabila
awak sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan
ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan.
- Ulangi
langkah ini sehingga empat ke lima kali.
- Seeloknya
lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya
sekerap yang mungkin.
Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, samada masa awak sedang menonton tv, tengah memandu ataupun ketika duduk dalam opis... Cukup begitu mudah, bukan..?
nice info :) kalau preg mmg disarankan buat senaman ni :)
ReplyDeletegood info
ReplyDeletenice info... tq ya
ReplyDelete