Resepi ini cukup bagus buat kaum lelaki dan perempuan yang tidak mengandung, atau bersalin normal pun boleh amalkan. Hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa perapat.
Kalau awak bersalin secara pembedahan, petua ini sangat digalakkan sebab bersalin czer selalunya tak bertungku di bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.
Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu besar
Lada hitam 1 5 biji
Bawang putih 3 ulas
Cara buat:
Tumbuk halba sampai hancur kemudian masukkan halia, bawang putih dan teruskan tumbuk. Akhir sekali masuk lada hitam, tumbuk sampai lumat. Gentel bulat-bulat, selepas itu anda boleh keringkan dan simpan dalam bekas.
Kalau tak nak tumbuk, boleh kisar. Untuk 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.
Kelebihannya, tidak rasa apa bila makan dan kesannya anda asyik bunag angin sama ada kentut atau sendawa.
Cara makan:
Makan 2 biji -4 biji setiap hari ikut ketahanan badan. Fungsinya untuk kempiskan perut dan buang angin. Ibu menyusu pun boleh amalkan kalau anak tahan. Tetapi ibu mengandung tidak dibenarkan.
#sumberdaripadamingguanwanita
Owh..bila dah sebati semua...bulat bulatkan macam maajun tu ya kak...
ReplyDeleteWAH BYK TUL PETUA SIS BAGI SMEUA yang unni x tau
ReplyDeleteDia cam majong ke kak kin ? Tp ni cara kt buat sndiri
ReplyDeletePerdu Cinta : Yea kak PC...
ReplyDeleteUnni Anje : sharing is caring Unni..
Ayunie Ramli : A'aa Mek, ianya sama macam makjong buatan sndr.. =)