Sejak akhir2 nie, ada banyak kes melibatkan rumah pengasuh ataupun taska,hingga menyebabkan kematian bayi dan kanak-kanak.. Senario nie amat membimbangkan kita sebagai ibu dan bapa untuk menghantar anak kita ke rumah pengasuh ataupun taska..
Saya nak kongsikan cara untuk selamatkan anak kita daripada marabahaya nie dan semoga ianya beri manfaat pada kita semua..
1.
Hak memilih adalah hak kita. Pilihlah dengan bijak.
2.
Bina hubungan baik dan positif dengan guru-guru nurseri anak-anak
agar lebih mudah dan terbuka untuk berbincang secara santai dan
sampai.
3.
Kualiti perkembangan anak-anak adalah tanggungjawab kita. Nurseri
hanya membantu secara profesional. Kita perlu pantau dan berhak
mengetahui pandangan guru dari masa ke semasa.
4.
Utamakan kualiti pembangunan anak kita berbanding penjimatan kos
semata-mata.
5.
Adalah hak kita untuk bersama nurseri berbincang tentang perkembangan
anak-anak kita dan terletak di tangan kita hak untuk memilih
mana-mana nurseri yang kita lebih yakini serta percayai atau bertukar
ke mana-mana nurseri. Namun begitu, jangan sampai mengganggu emosi
anak-anak kerana kerap bertukar pengasuh atau nurseri.
Selain
lima tip di atas, ibu bapa juga seharusnya perlu kikis sikap yang
mana taska bukannya tempat untuk mereka mencampakkan anak mereka
begitu saja dan biarkan guru-guru yang mengendalikan anak-anak mereka
sepenuhnya. Ibu bapa juga perlu tahu perkembangan anak-anak agar
mereka boleh membesar dengan baik. Moga kedua-dua belah pihak boleh
mainkan peranan agar anak selamat dan disayangi pengasuh walau ibu
ayah sibuk mencari rezeki.
betul tu sis!! hak memilih adaah hak kita..so jgn slah pilih
ReplyDeleteParents tu kne ambik tahu. Jgn main ikut suka je :)
ReplyDelete