Assalamualaikum
wbt..
Alhamdulillah,
hari tue saya ada bagitau yang semalam kena bersenam, kan.. Well apa
yang saya dapat rumuskan (ewahh..) adalah agak seronok jugak walaupun
penatnya Ya Rabbi.. huhuhu macam sahabat2 saya cakap, nak putus urat
kaki..
Mana
taknya, semalam cuaca pun agak elok sikit walaupun mendung nak hujan,
dan kami kena berlari mengelilingi bangunan sebanyak 2 kali round..
Kalu jalan rata takpelah jugak nak berjogging, nie bangunan opis ada
turun naik bukit.. huhuhu semput jugak la semuanya, nasib baik bukan
saya sorang jea yang semput, hehehehe.. Kali nie saya cuma berlari2
anak jea sebab taknak memaksa kaki nie bekerja kuat, maklumlah lepas
bersenam, nak balik rumah pulak, dahlah pakai kereta manual...
Mula2 tue, kami buat warm-up dan instructor nya adalah daripada 2 orang cik adik Kem. Kesihatan Malaysia.. Haa apa lagi, yang seronoknya adalah budak2 bujang anggota bomba nie la..hihihi,, Lepas buat warming up, kami pun kena berlari dua kali round satu bangunan dan lepas tue kembali ke tempat lapang semula.. Part nie la semua orang sakit bahagian lutut hingga ke kaki, sebab instructornya memang mementingkan senaman bahagian lutut ke kaki... Adoiii, penat woo..
Walaupun penat, sempat lagi kami berdua amik gambar, hehehe.. Lepas tue, aktiviti diteruskan dengan berpecah kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan wanita.. Lelaki macam biasalah sukan yang biasa mereka main adalah pingpong, futsat dan sepak takraw.. Manakala kaum wanita pulak masuk dalam Dewan Sutera untuk melakukan aktiviti senaman..Mula2 kami semua ingatkan nak berzumba atau bersenam robik tapi, huhuhu.. Instructor masih lagi mementingkan senaman kaki, tapi nasib baik buat secara duduk atas kerusi.. Kami diajar camne nak menjaga kesihatan rahim dan kempiskan perut dengan bersenam.. Camne cara..?
Duduk
di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak kaki di atas lantai dan
pastikan peha dan betis bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan
pastikan posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan.
Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula. Kita kena ulang step nie selama satu minit..
Lepas
tue, duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha awak..
Tarik
nafas dan hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada. Tahan selama
tiga saat. Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan bongkok
keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal. Kena ulang selama satu minit.
Kemudian duduk
pada bucu sebuah kerusi(tanpa roda). Letakkan kaki di atas lantai
dengan lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Letakkan tapak tangan
di atas kerusi dan di sisi awak. Hembus nafas semasa awak mengangkat
pinggal dan benarkan tapak tangan dan kaki untuk menampung berat
awak. Tahan untuk 20 hingga 60 saat sambil bernafas seperti biasa.
Kemudian lepaskan.
Step2 nie ramai yang tak dapat nak buat tapi kami tetap cuba jugak walaupun tak boleh... Lepas kami bersenam atas kerusi, aktiviti diteruskan dengan membuat senaman yoga dan menakjubkan kami semua berasa amat tenang sekali dan macam biasalah kami berdua ambik gambar..hehehe
Habis
saja beryoga, kami beramai-ramai ambik gambar dengan instructor2 yang
comel.. Nak tau yang mana satu..? Tuee... Awak nampak tak dua orang gadis yang berpakaian putih kat belakang sekali.. Itulah instructor kami daripada Kementerian Kesihatan Malaysia...
Dan
akhirnya tamatlah sudah hari sukan untuk kami, Insha Allah pada 2hb
Disember nie kami akan bersukan lagi, maklumlah dah jadi 2 kali
sebulan.. Redha jea la.. Hihi saya bukan tak suka bersukan, tapi bab
nak berlari tue jea yang lemah sikit..hihi
Jaa
nee..
wahh best kak shikin.. btw jeles tgk rumah baru akak pink2 gtu :P
ReplyDeleteHehehe, sbnrnya akak tak suka sgt kaler pink tapi ntah napa rasa terpaut hati pada kaler nie..
DeleteBagusnya program sihat macam nie..
ReplyDeleteBest la program cam ni :)
ReplyDelete