Kata-kata semangat di pagi hari..

Wednesday, November 16, 2016

Image result for natures

Assalamualaikum wbt...
Semoga sebekas cahaya Ilahi menyinari hidup kita semua, buka mata dan buka jendela agar sinaran matahari dapat memberi semangat kepada kita... Jika kita mensyukuri apa yang kita miliki, percayalah bahawa kita telah selangkah sampai pada kebahagiaan yang kita impikan. Berhenti menyesali apa yang telah terjadi kerana kegagalan itu hanyalah sebuah pelajaran yang menhiasi perjalanan hidup seorang manusia untuk menuju keberhasilan.. Harapan itu akan selalu ada bagi orang yang sentiasa berdoa dan akan selalu ada jalan bagi mereka yang tak mengenal erti putus asa..Ketenangan hidup akan selalu berada di sisi bagi mereka yang redha apa yang telah diatur dan dikehendaki oleh Ilahi.. Jika ada sesuatu yang membuatkan kita jatuh, percayalah bahawa kita sedang diajarkan bagaimana untuk bangkit semula dari kejatuhan dan selalulah terapkan dalam diri untuk tidak berputus asa dalam kehidupan, kerana sesungguhnya setiap titis air yang jernih berasal daripada awan yang gelap.. Di hari yang baru ini, janganlah kita menyimpan perasaan kecewa, kesal dan dendam masa lalu kerana semua itu akan menjadi 'penyakit hati' dan di hari baru juga kita perlu memaafkan orang lain agar hati kita tidak dikotori dengan noda-noda hitam.. Senyumlah biarpun kita dilanda kedukaan hati kerana sebuah senyuman adalah cara untuk menyelesaikan masalah dan jika kita terus tersenyum, pasti perasaan kita berasa jauh lebih baik daripada semalam.. Kelmarin memberikan kita pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan dan pelajarannya., dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam sebagai pedoman dalam menerokai sebuah kehidupan.. Selalulah terapkan dalam hati, aku tersenyum bukan kerana aku jauh lebih hebat daripada masalahku, tapi aku tersenyum kerana Allah jauh lebih hebat daripada masalahku...

6 comments

  1. everyday is a brand new day. start it with fresh, colour it with wonderful, close it with hopeful :)

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah.... terima kasih atas motivasi pagi... senyum=senyum selalu..... :)

    ReplyDelete
  3. salam singgh..
    InsyaAllah..tq share =)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah...thnks 4 sharing kak

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧