Assalamualaikum
wbt...
Semoga
sebekas cahaya Ilahi menyinari hidup kita semua, buka mata dan buka
jendela agar sinaran matahari dapat memberi semangat kepada kita...
Jika kita mensyukuri apa yang kita miliki, percayalah bahawa kita
telah selangkah sampai pada kebahagiaan yang kita impikan. Berhenti
menyesali apa yang telah terjadi kerana kegagalan itu hanyalah sebuah
pelajaran yang menhiasi perjalanan hidup seorang manusia untuk menuju
keberhasilan.. Harapan itu akan selalu ada bagi orang yang sentiasa
berdoa dan akan selalu ada jalan bagi mereka yang tak mengenal erti
putus asa..Ketenangan hidup akan selalu berada di sisi bagi mereka
yang redha apa yang telah diatur dan dikehendaki oleh Ilahi.. Jika
ada sesuatu yang membuatkan kita jatuh, percayalah bahawa kita sedang
diajarkan bagaimana untuk bangkit semula dari kejatuhan dan selalulah
terapkan dalam diri untuk tidak berputus asa dalam kehidupan, kerana
sesungguhnya setiap titis air yang jernih berasal daripada awan yang
gelap.. Di hari yang baru ini, janganlah kita menyimpan perasaan
kecewa, kesal dan dendam masa lalu kerana semua itu akan menjadi
'penyakit hati' dan di hari baru juga kita perlu memaafkan orang lain
agar hati kita tidak dikotori dengan noda-noda hitam.. Senyumlah
biarpun kita dilanda kedukaan hati kerana sebuah senyuman adalah cara
untuk menyelesaikan masalah dan jika kita terus tersenyum, pasti
perasaan kita berasa jauh lebih baik daripada semalam.. Kelmarin
memberikan kita pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam
adalah teladan dan pelajarannya., dan untuk menghadapi hari esok,
jadikanlah kelmarin dan semalam sebagai pedoman dalam menerokai
sebuah kehidupan.. Selalulah terapkan dalam hati, aku tersenyum bukan
kerana aku jauh lebih hebat daripada masalahku, tapi aku tersenyum
kerana Allah jauh lebih hebat daripada masalahku...
everyday is a brand new day. start it with fresh, colour it with wonderful, close it with hopeful :)
ReplyDeleteAllhamdulillah.... terima kasih atas motivasi pagi... senyum=senyum selalu..... :)
ReplyDeletesalam singgh..
ReplyDeleteInsyaAllah..tq share =)
singgah sini
ReplyDeleteterima kasih
nice motivasi.. Insha Allah :)
ReplyDeleteinsyaAllah...thnks 4 sharing kak
ReplyDelete