Ada
orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna
bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan
la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita
renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut
sewaktu kita solat.
*.
*Takbiratul-Ihram / Takbir:* Allah Maha Besar.
*Doa
Iftitah*: Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan
wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana
lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku
diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan
orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan
ketika *rukuk:* Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan
ketika *bangun dari rukuk*: Allah mendengar pujian orang yang
memujinya.
Bacaan
ketika *iktidal:* Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan
ketika *sujud:* Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.
Bacaan
ketika *duduk di antara dua sujud*: Ya Allah, ampunilah dosaku dan
rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan
daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan
daku.
Bacaan
ketika *Tahiyat Awal:* Segala penghormatan yang berkat solat yang
baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah
pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan
ketika *Tahiyat Akhir*: Segala penghormatan yang berkat solat yang
baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat
Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas
hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah
pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan
ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas
keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Semoga
bermanafaat utk kita bersama!!!..
*copypaste
*
nice info sis.. in shaa Allah bermanfaat tuk semua..
ReplyDeleteInsyaAllah akan lbih igt lg lpas ni bile solat :)
ReplyDelete